Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Monday, June 27, 2011

Haaaaaaaaa fancit lagi

Assalamualaikum...

Hujung minggu yang lepas, hujung minggu yang memenatkan. Bila sy decide nak tambah size S untuk baju readymade tue. Makanya dua orang jiran sy.. sorang jahit kain & sorang jahit baju kena kerahan tenaga kekkekee. Kakasih sy kata, oohh kiranya sekarang nie 3 orang tailor fully booked?! Tauu takpaaa...

Paginya mengangkut baju untuk pi juai.. sy dah rasa gabra. Sy tak biasa meniaga offline, segann.. tak tau macam mana nak mula bukak mulut. Sy totally takdak idea. Mulanya dok belakanglah tengok member sy sembang & promot barang.. sambil mencelah sesesikit.




Sy tak menaruh harapan yang besar, cuma setakat nak belajar marketkan secara offline sahaja... belajar macam mana nak tebalkan muka :p sale boleh dibanggakan & dapat tempahan dari para guru.

Sy yang malam sebelumnya tue siapkan jahitan baju tak tidur memang fancit giler. On the way balik, dalam kereta... memang sy tekan butang off terus. Sampai depan kedai makan pon sy tak sedar diri... gagah jugak buka mata & bukak mulut. Ya... selain sy perlukan bantal, nasik pon perlu jugekk :p

Sampai rumah, tidoq teruih sampai jam 2 partner sy kejut zohor. Sambung tidoq balik sampai pukul 6 kejut asar pulak... lailahaillallah, mengantuk & letih sungguh. Sy memang jarang sangat tidur petang.. pasai nie lah, badan rasa letih & lemau.

Mandi & siap pi kenduri.. malamnya sy ada kenduri kat jalan kampung perepat, sampai rumah dah lewat, banyak benda bergayut kat mata... sy pi bantai tidoq dulu. Fancit lagi.... dengan lengan sy dah rasa berdenyut-denyut, muscle pain mengangkut baju-baju. Dok ingat-ingat lupa, sambil tidoq sambil dok beradui.. mujuq la ada orang tolong urut :p Jam 2 pagi baru isyak... itulah hari yang paling liat bagi sy & jenuh partner sy kejut.
~ don't try this at home :p

Esoknya, ahad sy mengajar adik ipar sy pulak menjahit. Sambil goreng bibun, sambil siang ikan keli. Lama tak makan kari kan keli.. teringin. Petangnya sambil buat photoshoot baju pulak. Dah makin petang, makin masing-masing pakat rasa tak larat... makin masing-masing dok merapu sambil gelak kuk kik kuk kik.


Dah lah cik Senah si full body mannequin tue tinggi melayup & yang ada nie dah la katik. Jenuh ginjat nak bagi pakai baju.... hat sorang lagi yang snap pic gelak kihkihkih pasai masa aim camera, tak nampak apa.. dok nampak bumper orang yang hat bagi pakai baju. Kakakakaka... ketumbit mata baru tau :p

Haaaaaaaaa fancit lagi, kaki pulak berdenyut-denyut. Rasa macam nak berjalan dengan lutut, letihnya. Mujuq ada orang urut lagi...

~ mekasih ling.. temah hutang banyak untuk ini :).... manisnya kurma ini, haaaaaa fancit lagi. Serius kelakar ekk Sepah.. kampung pon kampung lah ekk!

4 comments:

Tney said...

tak larat.. tak larat.. fancitt..!!
tak pa fulus masuk, pengalaman dapat.. yang kite enjoy!!!

cayalah zura... congratulation.. :D

azima said...

che tney... tq tq tq , berkat tumpang semangat kengkawan jugak nie :)

Manjalara Collections said...

x ketumbit pun ha ha.. tapi best biler org puji.. wah saya sukalah u all berniaga macam ni.. tak pernah saya nampak org jual baju + jual nota jahitan sekali.. ha ha ha..

azima said...

:P ahkak tersipu.. tersipu macam bakal mak mertua puji bakal menantu.. ahhahaha