Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

Loading...

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Wednesday, June 22, 2011

jangan tunggu saja, apa pon tak boleh!

Assalamualaikum...

Semalam kan plan, nak letak bling-bling kat baju readymade tue. Realitinya bila letak kepala masa nak eramkan si Ishak tidur, ngan kiter sekali tereramm hohohoooo....

..qadho sungguh tidoq, tidoq mamfuss sampai pukul 7.30 pagi.

Kekasih sy.. kalau time sy cuti, memang dia tak kejut awal. Dia tahu sy penat, see very the carring & understanding. Saper kata mael lambung ganas...itu version mak jemah punyer...

mael lambung version sy punyerr, memang baaekk punyerr.
~ laling... temah puji yu nie :p

Jadi kita santai-santai, sembang kosong.

Dua tiga tahun yang lepas, masa mula orang dok mengamuk buat tudung DIY, tudung instant nie... seronok tengok ramai yang pakat dok menjahit & pakat dok jual. Disamping dok buat & pakai sendiri, jadi punca pendapatan juga.. & sy suka tengok, ramai pakat menjahit. Semangat.

Hat mana yang dok dekat dengan key ell, depa pi beli kain & depa pakat jual kain secara online pulak untuk yang mana jauh & tak dak masa nak pi beli. Jual kit & buat kelas jahit... sy masa tue jual jugak tudung, tapi kain sy jersey kamdar sajork senah!

Pasai klang ke key ell jauh & nak pi berkomuter bagai, kos itu, kos ini. Tak balik modal.. sy lebih minat kepada baju, dimana sy boleh reka & bermain dengan imaginasi untuk buat baju..
~ bermain dengan imaginasi yer senah... kau?

Makanya bila depa dok mengamuk dengan lebih dasyat.. ahkak dok dendiam. Ahkak kan kategori marhaen, hanya mampoo ke kamdar & ke nagoya sajork lah... beli kain jersey. Sy jenis cemerkap... tak mahal pon takpa, rosak sy tak ralat. Ia ibarat kanvas untuk menzahirkan imaginasi yang telah dimainkan ittieww :p

Patern baju yang mana sy suka, sy cuba study & buat. Prosesnya berulang kali, kekadang kita tak selalu bernasib baik dengan percubaan pertama kali pertama. Makanya itu yang sy buat & tudung sy still buat untuk matchkan dengan baju yang sy pakai.

Pada sy, orang buat itu.. aku buat ini.

Sekarang sy tengok, banyak blog-blog yang jual/jahit DIY tudung nie dah senyap. Sedih gak... tapi itu roda.
~ mawi raja sms tue pon la nie dah suam kuku, inikan pulak tudung diy yer tak?

Tudung pada sy mudah.. beginner pon boleh belajar, jadinya akan ada ramai pesaing. Bila tudung daripada luar dah masuk & masuk pulak pasar malam, tak boleh buat apa lahh senahhh.. RM 10 jer. Sedangkan kita kat sini nak beli kain semeter pon dah lebih sepuluh hinggit, mana dengan upah menjahit lagi.

Kalau misal kata... RM 5 untuk kain & RM 5 untuk upah, sy rela tak jahit.. penat ooo menjahit. Tapi mana tudung-tudung nie mai? China ekk? Sana kan kos buruh murah, kain pon murah.

Kalau jahit baju nie kiranya ... patern & cara jahit,selamatlah sikit. Kalau boleh custom made nie harapnya boleh kedepan lagi, tak semua match ngan baju readymade.

Kan raja sms pon boleh suam-suam kuku :p bila dah nak rasa suam nanti pepandailah kita cari patern lain. Fesyen sentiasa bergerak & ia bergerak dalam rotation pattern. Sentiasa berputar & dulu dah ada fesyen kain lycra nie. So keep alert untuk tidak ketinggalan.

Kalau tak der idea sangat pon, cari siapa-siapa yang nak tukang jahit untuk baju kurung readymade & pulun yang tue pon dah ok. Janji jangan tunggu saja... haa yang tue, apa pon tak boleh!

4 comments:

tney@sunflower said...

I suka post che zura yg nih.. ;P

Melor said...

melor setuju dengan tney@sunflower. post yang ni ada betulnya.

Aku Ibu Muda said...

100% agree!

azima said...

tq.. pendapat blogger picisan sajork :p