Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Monday, June 13, 2011

kempen ikut muka sapa...

Assalamualaikum...

Hari nie dah start balik sekolah. Selalunya kalau anak-anak dah kembali ke sekolah, ibu-ibu yang penat menyiapkan kelengkapan itu ini. Tapi di rumah nie, abah dia yang menyiapkan. Iyer... sy mengaku.

Sy selalu terkedu kejap bila ibu-ibu yang lain bercerita tentang hal-hal sekolah. Contohnya, ada ibu kepada kawan anak sy telefon bertanyakan tentang jadual hari ganti sekolah misalnya. Atau kengkawan bertanyakan pasal sabun cucian untuk baju sekolah misalnya...

.. ya, sy ibu yang tak sempurna.. sy tak membuat semua itu.

Kalau ditanya kenapa, sy percaya jawapan kepada soalan itu masih belum cukup untuk membela sy, belum cukup memadai.
~ laling tqvm.. temah dah hutang banyak untuk ini :(

Anak-anak sy sekarang, depa pakat dok kempen ikut muka sapa. Idris, iras wajah dia lebih kepada abah dia, wong jowo & Ishak lebih kepada sy, muka melayu :p

Bila depa jalan, depa nak pegang tangan orang yang sama muka dengan depa. So, nak jalan... abah pimpin tangan Idris. Sy kena pimpin tangan Ishak lah. Buat apa pon nak kena macam nie.. nak tidur, nak suap makan, nak duduk dalam kereta, hatta nak mandikan pon sama. Kalau tidak.. hat sorang juara menangis akan menangis, hat sorang juara merajuk akan merajuklah.

Macam-macam idea depa nie...



Sy baru dapat anak buah perempuan Jumaat lepas. Masing-masing dok kempen jugak ikut muka sapa. Hat sorang kata macam abang dia.. kebetulan abang debab, yang baru keluar nie pon bolatt jugak. Yang tengok mulut conget, kata macam mulut sepupu dia pulak.

Lepas tue pi snap pic baby tue ada lesung pipit... sorang mak sedara nie pi claim macam dia pulak, mentang-mentang dalam family dia sorang jer ada lesung pipit. Nasib baik sy tak ada pada masa tue.. kalau tidak sy boleh provoke, elehhh lesung pipit pon ada sebelah ajer, itu pon nak bising... hakhakhakk.

Adik ipar sy kata putih baby tuh... sebelum orang lain claim, baik sy chop cepat-cepat. Haa.. yang putih tue ikut acik dia nie lah! Kehkehkehh... putih kater kooo, geli ketiak.



0 comments: