Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Thursday, June 16, 2011

brob briaq... brob briaq

Assalamualaikum...

Semalam sy cuti, Ishak sy tak hantar taska.. buat peneman kat rumah. Start dia celik mata, brob briaq... brob briaq dia bercakap!
~ kakakaka.. bahasa apa nie ek? ada macam bahasa jerman? :p nie kalau nak 'shadap' kan orang yang bercakap tak berhenti... hampa bagi ayat kat dia lagu nie :

"... hang dari tadi brob briaq... brob briaq, tak berenti-renti bercakap... tak jumpa titik ka?"

... cakap kat dia lagu tue, tambah-tambah lagi kat makcik-makcik yang suka buat mesyuarat tingkap, sambil menganyam ketupat. Tarik muka 14 terus & balik terus.
Wiiiiiiii...

Ada satu masa tue dia kata sy 'tak bawam bahasa'. Sy congak-congak, ohhh mungkin dia maksudkan dengan perkataan 'tak faham bahasa'. Sy tanya dia balik.. kenapa? Yalah mak tanak diam.

OOoiiiccc, siapa yang tak faham bahasa ntah. Semalam 2 kali sy calla abah dia, mengadu.. dia banyak bersoal balik sekarang.... geram kekadang :p

Ituhari, masa kami berkejar masa nak mencari barang untuk ke Tambun, Ishak kata sy kedekut. Kenapa cakap mak kedekut, sy tanya dia. Yalah ak-ak kan nak tengok vivi jap. Dek kerana dia tak dapat tengok cerita kat tv dalam supermarket tue, dia kata sy kedekut. Ada ka patut... sy kata kat dia, mak kedekut kat anak takpa, jangan kedekut dengan orang lain.

Kikikik.. jangan banyak komplen, pandai jer kata kiter kedekut plak.. sebut tv pon tak 'geti'.
~ LOL.. 'geti' tue pelat kami masa bebeudak dulu.. sepatutnya reti, pi sebut geti. Kalau masa main tue, bergaduh masing-masing kata... bukan macam tue lah, hang tak geti.

Si Ishak nie selalu tanya soalan yang sama. Cakap 'geram aku' boleh tak mak? Mungkin kawan-kawan dia di taska guna perkataan tue, bila geram cakap geram aku. Sy memang pantang bebudak bahasakan diri dengan perkataan aku.

Tiap-tiap hari dia akan tanya, cakap aku boleh tak mak? cakap geram boleh tak? Lepas tue dia tengok mainan dia & melalut tanya.. cakap mainan boleh tak mak? ermm cakap kereta boleh tak? cakap pistol boleh tak? cakap bola boleh tak?

Tak ker kau letih? Rasa macam nak buat-buat pitam jer.

Baju raya korang dah ready ker? Kalau belum azimaDIYshop ada jual baju raya...
~ ehhh terpromot plak!

Baju raya sy tahun nie :
~ baju-baju yang mana reject
~ baju-baju yang mana salah bikin
~ baju-baju yang mana daripada kain perca-perca
.............. kisah sedih di hari raya :(


Bila cerita pasal hari raya, giliran raya sy tahun nie di Klang. Kami gilir-gilir balik raya.. kecuali raya tahun arwah mak sy meninggal. Sy raya puasa 2 kali berurut-turut dengan tahun sebelumnya di kampung, sebab masa tue sy ingin sangat berada di sana & bagi kakak-kakak semua happy sikit.

Kami ramai perempuan, kalau time raya nie lah yang best. Semua pakat tolong sorang sikit. Kecuali abang sy, dia dah kawin & ada family sendiri.. & yang bongsu, lelaki, tak berapa boleh harap :p

Salah satu tugas masa rasa, keluarkan pinggan untuk pakai masa raya.. basuh buang habuk & tirap. Pinggan-pinggan nie arwah mak sy letak atas para di dapur dan dalam almari di rumah atas yang nie...



Jadinya sy & kakak sy yg tua setahun daripada sy tue lah punya kerja. Dia keluarkan & susun atas tangga rumah ... sy pulak ambil dari tangga bawa ke bilik air untuk cuci. Yang atas para, dia panjat & angkat dari para.. dia sua..
~ sua nie maknanya hulur

.. dia sua kat sy & bawa masuk bilik air. Mana periuk, belanga, senduk, sudu... semua kena cuci dulu. Rumah orang dulu-dulu, macam nie lah.. dia kalau boleh nak cukup lengkap semua, senang kalau nak buat kenduri, senang kalau anak cucu nak berkumpul, katanya.

Tapi masa tue kan kanyiaq lagi...
~ kanyiaq nie, budak-budaklah.. tak matang lagi

.. basuh pinggan pon kena bahagi-bahagi jugak.

Pinggan-pinggan tue dia beli duit daripada ambil upah mengerat & menanam pagi. Sy masih ingat.. kalau arwah mak beli pinggan mangkuk yang baru, dia akan sorokkan dulu. Kemudian, sikit-sikit dia akan bawa keluar... bila abah sy tanya bila beli? Dia akan cakap, nie dah lama dah beli nie.. abah hang yang tak perasan kot :p

Dia sorok bukan sebab takut abah marah pon, arwah mak beli pakai duit sendiri.. tapi abah suka tegur, pinggan kalau tiap kali beli, buat perhiasan bubuh dalam almari.. hari-hari biasa tanak pakai :p

Barang-barang yang arwah punya jarang bersentuh. Bunga straw tuekan lama dulu mengamuk orang dok buat... tapi sayang nak buang. Atas almari tue, kami letakkan al-Quran & jahama..
~ jahama = muqaddam..

.. masih teringat lagi, lepas maghrib.. sepupu-sepupu sy datang rumah.. kakak sy mengajar mengaji. Masuk rumah, masing-masing ambil bantal di bilik & letak bantak beratur memanjang. Mula-mula mengaji dulu.. nanti baca depan kakak sy, kalau dah lancar dia ubah.. kalau belum dia komplen itu ini :p Seronok betul masa dulu.. tapi kami dulu lambat boleh sikit kalau mengaji....

... ada sepupu yang sampai dah mai period pon dok jahama gak lagi. Mana taknya, mengaji tak tara mana, brob briaq... brob briaq bersembang ajer yang lebih. Hehhehehe....

0 comments: