Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

Loading...

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Tuesday, June 14, 2011

kenangan yang bukan sedikit.

Assalamualaikum...

Sy dah tutup untuk kelas jahitan yer, sy nak menjahit baju.

Sy nak beletiaq lah sikit hari ni. Tapi sy kalau beletiaq kena guna bahasa utara, baru lancar sikit hohohoho.

Ramai yang nak join kelas tapi timimg yang hampa aim tue tak betoi. Kami sebagai tailor nie, time-time raya nie nak pulun menjahit. Masa la nie jangan kata hampa nak join kelas, hampa nak tempah baju sehelai pon kami dah tutup.

Jadi, faham-faham... nak join kelas & belajar dengan tenang, awal tahun tue plan siap-siap. Senang nanti... by the time nak raya, hampa pon dah cukup skill untuk ambil tempahan dah. Bukannya esok nak raya.. hari nie baru nak belajar.

Ramai yg nak join kelas jahit tapi sy tolak. Lepas raya nanti sy bukak balik. Untuk pengetahuan, tahun nie tempahan baju pon sy tak ambil.. sy jahit baju ready made /custom made tue saja. Hat mana sedara-sedara nak upah pon sy tolak, tapi sy dok promote baju lycra tue jugak kalau nak sy jahit baju.. kihkihkih.

Bukan aper.. malas nak pening-pening kepala. Lycra nie kalau kena gaya & tahu cara... senang nak jahit.

Hari nie kita nak cerita apa? Semalam dari petang, pening kepala... pukul 8 malam sy dah tidur. Mengantuk pon sama, radho tidoq yang malam sebelum-sebelumya tue.. jadi hapa satu tak jahit.

Kampung sy, agak jauh dari jalan besar. Jadi kalau nak beli barang-barang basah atau nak naik bas ke sekolah atau ke pekan Bagan Serai, Taiping.... kena naik motor keluar daripada kampung. Jadi, motor nie boleh kata pengangkutan utama kat dalam kampung.

Kalau di kampung, boleh tengoklah bebudak kecik lagi, lom bersunat pon lagi dah pandai naik motor :p Kekadang kita tengok pon seriau, motor besar daripada orang.. tapi naik motor menyerit laju.

Antara sy & kakak sy yang tua setahun daripada sy tue, kakak sy lagi cekap bawak motor. Tapi saiz dia kecik daripada sy. Jadi kalau nak naik motor dia tak bagi naik motor sopan-sopan tue, pijak, pegang bahu & celapak naik. Dia tak mau lagu tue... dia suruh kangkang naik macam tue saja.. hohoho.

Bila motor dah jalan.. kita nak enjak punggung, nak pebetui duduk pon dia tak bagi, dia kan kecik, kita kan besar, dia takut melelong motor. Kita nak pegang pinggang pun dia tak kasi. Geli... jadi kita nie, duduk-duduk ja atas motor, duduk dendiam... bila langgar bonggol & terentak, punggung terenjak ke tepi... kita enjak, kemut sikit-sikit lah bagi balance balik duduk. Kahkahkahh... takut melelong motor & takut kena cubit.

Dalam family sy semua tahu naik motor, kecuali arwah mak sy. Sy masih ingat lagi, masa tue sy kecikkk lagi.. arwah mak pernah belajar naik motor, tapi pi pulas minyak banyak sangat... terus menyerit langgaq pagar rumah. Taubat dah nak belajar lepas tue... jadi, nak kemana-mana kami nie lah yang jadi tukang hantar dia.

Abah sy dia pakai motor nie...



... dulu kaler hijau. Banyak berjasa sungguh motor nie, masa kecik lagi & tak tahu naik basikal.. naik nielah pi sekolah. Kalau hari hujan, kakak sy kat belakang.. sy di depan & menyorok bawah baju hujan. Sy tak suka duduk belakang bila naik motor nie.. tak reti nak letak kaki. Nak biar tergantung, buruk betul rupa. Nak letak ke sisi tue.. dah tak sampai kaki.

Vespa nie, kalau misal kata minyak dah nak habis... kena sengetkan motor & baru start. Kenangan tue.. masih teringat-ingat lagi, kenangan yang bukan sedikit. Sy & kakak pernah cuba belajar naik motor nie. Motor Vispa nie kan ada clutch, tapi kami belah utara... telah mengutarakan perkataan tue & menjadi kelaih :p

Masa tue kecik lagi, kaki pon tak sampai.. tapi nak jugak tuh. Start motor & bila gear 1 boleh jalan, masuk gear 2, enjin mati. Orang lalu nak ke bendang dok perati ajer... buat malu. Punya belasah sampai melecaq betis, mana taknya.. masuk gear 2 mati, masuk gear 2 ajer mati.

Ituhari masa di rumah sy sendiri, bawa anak-anak jalan pusing naik motor... anak-anak sy hairan, mak boleh bawa motor? Boleh la sikit-sikit, walau kaki tak sampai tanah, tapi kalau nak rempit tue boleh, tak der hal. Nggeee...

5 comments:

DiahRothman said...

Salam Azima, tengok motor Vespa tu KakDee pun ada dapat sebiji dari arwah bapa...sekarang anak lelaki kakDee yang punya. Teringat zaman sekolah motor ni lah yang bawa kakDee selama beberapa tahun ulang alik, bapa usung tiap2 hari..... Alhamdulillah ianya masih elok, dan Boy dan Hubby jaga dengan baik.... ada ngan kakDee di Alor setar..... Boy tinggal di KL....untuk kegunaan dia waktu balik bercuti....

Ini link kat gambar vespa...
http://3.bp.blogspot.com/_eef9fH3ih70/Sge7wBDdYEI/AAAAAAAACY0/LrgtYOYcyik/s1600-h/IMG_1840.jpg

zuwaidah said...

syok baca citer dolu2...best kan. amboi berletiaq bhs utara..orghang taiping kaaa...patut la cakap belah sana

azima said...

waalaikum salam kak dee,

amboiii segaknya Vespa dia... seat asing2 lagik, tak jenuh berkelahi nuh... kakaka. Vespa abah sy punya tue.. tua dia dah tak naik, tapi nak juai sayang... dok terperuk mcm tue lah.

Sentimental tue... tgk Vespa kak dee, side tepi, nampak tempat sangkut barang kat bawah seat tue... tue pon kenangan tue, masa naik moto... kami gantung beg sekolah kat situ lah.. kikikik.

Bila dah besar, dah pandai malu.. takmau dah naik motor nie, segan kat kawan-kawan.. nak naik kena kangkang besar2.. kakakakaka.

che zuwaidah, kami orang atas lagi dari taiping.. semanggol (semanggoi) nak beletiaq kena bahasa utara.. baru laju ayat-ayat chinta keluar :p

tney@sunflower said...

Failed betul bila naik motor nih.. apatah lagi nak bawa.. tp kami kecik2 dulu ayah n mak tak bg bawak motor , tak manis katanye anak dara nak merimpit.huhu.. lagipun kami tak mampu beli motor lain..

azima said...

che tney...

family kami ramai perempuan & memasing ada tugas, ada yg pepagi kena pi beli lauk... kalau tak bagi naik motor memang x der lauklah jawapnya...

merempit tue syok ooo... tapi janganlah tunjuk geganas sangat, kemut-kemulah bagi sopan sikit... kakahakaka