Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Wednesday, June 29, 2011

Budi yang baik... nanti kami BALAS yerr :)

Assalamualaikum...

Semalam... kakak & anak buah sy, depa buat kenduri kuetiaw sup ayam kampung & tengah elok hadap mangkuk, depa duk perangat sy. Nak join, mai la katanyaaa... saja jer jau. Depa nie bukan boleh tengok orang kurus sikit.. jeles lah tue. Kahkhkahkah...

... sy yg jeles sebenaqnya. Mujuq semalam ada pasar malam, dapat la jugak makan kuetiaw sup, tapi sup daging lah. Depa kata tak holiau.. yang acik beli sup turpedo, punya terangkat sampai menyerit dia punya kuasa kuda!
~ aciknya pon boleh tahan sewel, dok melawak 18SX ..

Apa nak cerita hari nie? BERSIH? sy dah lama tak ikut perkembangan politik, dok mengadap mesin jahit & kain.. tatau bersih tue apa, yang sy tau kat area rumah sy nie memang dah bersih depa terkam. Pembahagi jalan kat simpang jalan semua depa sodok bagi koi lebaq la nie... bagi senang rakyat nak lalu, senang nak buat U turn. Senario yang seronok... kalau macam nie, tiap-tiap tahun ada pilihanraya pon takpa! Kakakaka...

.. kalau kampung? Ce citer, ce citer.. kampung pulak sekarang macam mana? Kalau sy cerita... mesti cerita-cerita lamaaaa dulu. Tapi kami masa duk kampung dulu lebih kepada insentif kepada pesawah, la nie sy dah tak tahu cerita. Bukan sy kacang yg dah lupa kulit, cuma kulit yang tak berapa ingat kat kacang! Hehehehe.. tersurat tue, tersurat.

Kalau dulu, mungkin kepada pondok telefon, balai raya, depa bagi baja, rancangan makanan, buku teks, sy merasa duit biasiswa masa tingkatan 6, merasa kejap join golongan ibu-ibu pi belajaq menjahit kat KEMAS... apa lagi? Jalan raya, kami tak berapa nak dapat... pasai kampung kami ramai yang pakat jadi golongan yang berBEZA :p

Jalan raya masuk ke kampung kecikkk ja, kalau selisih 2 bijik kereta, kena beralah masuk semak sikit. Kalau orang luaq masuk kampung bila ada kenduri.. dia boleh larat kata, laaaa ramai orang duduk kat sini, ingatkan hutan.. takdak orang!
~ sampai hati mengata ker kiter.. duduk dalam hutan...

Tapi kita tak boleh nak komplen tue, komplen nie.. tak mengenang budi kater kooo :p Jangan kita fikir apa yang negara boleh bagi pada kita, tapi fikir apa yang kita boleh bagi pada negara.

Tapi nampak gayanya sekarang nie.. negara rajin dok bagi pada kita. Kita dapat pembahagi jalan yang cantik untuk memudahkan kita buat U turn, kita dapat klinik, kita dapat kedai 1 Malaysia.. tapi dah namanya 1 Malaysia, kita dapat 1 jerk lah.. depa tak bukak kat Klang lah tue maknanya.

Walau pendirian berBEZA, kita kena cakap terima kasih jugak. Budi yang baik... nanti kami BALAS yerr :)... errmm manisnya kurma inii.

0 comments: