Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Thursday, June 23, 2011

bomoh & paranormal

Assalamualaikum...

Ada 4 benda yang anda kena alert di azimaDIYshop sekarang nie :p

1- SALE sampai 30 hb Jun nie saja, so jangan tunggu sampai esok
2- GIVEAWAY.. baju raya pon sampai 30 hb Jun nie, jangan tunggu raya
3- Sy still terima tempahan baju custom made/readymade lycra aladdin/butterfly
4- Sewing party, DIY telekung ~ date blom decide lagi... i'allah sebelum puasa

Kak Yah/ Kak Moh masih kat Malaysia ekk, hat tue pon kita kena alert jugak :p Mana nak tau kot-kot nanti selisih kat jalan ker kan..

.. tapi pada zaman teknologi memacam , bomoh jugak yang dicari. Apa nak buat nuhh... dah mentaliti tak sampai, nak buat macam mana. Kalau kita boleh fikir bomoh tue kalau tak kena gaya boleh jatuh hukum syirik, tapi depa tak boleh fikir sampai ke situ.

Mentaliti tak sampai! OKUb... Orang kurang upaya berfikir.

Sy kalau bosan-bosan kerja di office nie, asyik mengadap angka.. bosan jugak. 3 benda jadi minat sy... enovel, paranormal & isu-isu rumah tangga.

Sy penakut & sy memang cukup anti dengan cerita-cerita tentang paranormal di tv, tapi sy minat baca tentang paranormal. Benda-benda nie kekadang bila kita baca, kita nak gelak pon ada... betapa manusia nie senang untuk ditipu & diperdaya.

Bila perasap kemenyan & suara bertukar, tetiba pandai cakap siam...mintak pulut kuning pon dah percaya. Pulut kuning sudah sampaiii.. sambil bam bam bam pukul lantai, menurun..kahkahkah.

Black magic macam nie sy cukup anti, tambah pulak kalau dok percaya kat benda-benda & bawak masuk dalam rumah & simpan. Sy anti sebab sy jenis penakut & sy tanak tengok benda nie.. sebab sy tanak nanti rasa takut tue lagi besar daripada takut pada Dia. Pasal hati kita nie berkata-kata... masa ada orang berani, masa sorang-sorang mula fikir macam-macam :p

Anti-anti pon,baca jugak.. nak tahu kenapa ada yang dok tebiang sangat kan? Bukan main hensem ashraf muslim & pandai pulak mengubat... boleh terlepas pandang yer.. hohohho.

Tapi sy admire giler lah ngan cerita-cerita orang yang terbuka hijap mata nie. Dia boleh nampak ajer benda tue sana sini... aduhduhduhhh sy dok fikir macam mana nak ignore tue, kalau macam dalam cerita Ghost Whisperer kira boleh ampun jugak lagi, rupa segak. Kalau tetiba yang jengoi.. ~ jengoi nie bahasa utara, maksudnya muncul

.. jengoi yang tak berjenis,tak cukup sifat..tak ker berak cair?!



~ kedai 1Malaysia dah buka kan? Bila lah nak buka kat klang.. katanya kualiti sama, harga murah. Ahkak insan marhaen nie nak test lah jugak roti yang ditunjuk dalam tv semalam. Agak-agak sama lembut dengan roti jenama 'teeettt'.. ahkak scan ngan mata yang tak terbuka hijab nie macam ala-ala kejung ajer roti.. boleh berderai gigi pelesu ahkak bila dimamah. Kualiti ater kooo..

0 comments: