Assalamualaikum...
Sabtu lepas sy pergi Ipoh, ada kenduri kawan sekolah.. tapi singgah rumah kawan dulu, dia nak pakai terus baju kurung aladdin yang ditempah kat sy & baru ke tempat kenduri. Kemudian sy ke rumah adik ipar di Batu Gajah, by hand bagi baju jugak. Kebetulan dah teringat jugak kat Zikry, cumanya sy tak dapat sangat nak main-main dengan dia.. sy tah start tak sedap badan masa tue, nak kena flu.
Rupanya kat Gopeng dah buka stesen NGV, so nanti-nanti kalau balik kampung.. dah tak payah langsung pakai petrol, jimat-jimat :)
On the way balik, mujur ada ubat flu dalam kereta. Terus laloq sampai ke sudah, kebetulan hari sebelumnya tue sy cuma sempat tidur 1 jam ajer, pulun jahit baju. Kekadang sy rasa sy lebih bertekun kalau buat kerja last minute hehhehe cumanya mata rabak lah :p
Ahad, sy dah seram sejuk & kelat-kelat satu badan. Mesin jahit tepi yang dah dihantar pon sy tak sentuh secara serius lagi, setakat touch & go sahaja baru... ermm ia masih perawan! Meahahha....
~ tunggu abang kuat sikit, nanti abang akan sentuhi Shasha ya kehkehkehh.
Sy gagahkan diri untuk bergerak sebanyak mungkin, sy jenis kalau tak sihat, tak boleh rehat-rehat. Kena bagi berpeluh baru hilang sakit badan... dapat sental bilik air, berbaloi lah jugak... kenduq sikit urat-urat.
Sy rasa semua ibu-ibu yang superwoman, housewife misalnya ada skill macam nie. Kalau tak sihat, boleh lagi ke sana sini menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Bila anak-anak dan suami keluar rumah ke tempat kerja & sekolah, baruuu sambung demam balik. Kann?
Petangnya, jiran sy bagi baju kurung pesag gantung untuk diubahsuai. Jahitannya amat mendukacitakan...

tengoklah pesaknya tue, hurut dada bila sy tengok. Ntahlah sy nie nak kata ambik tempahan taklah banyak sangat... sebab masa sy banyak habis ke print nota, mengajar & jahit baju sendiri & sedara sikit-sikit. Jadi pengalaman menjahit tue tak banyaklah, so nak komen banyak pasal orang lain punya kualiti jahitan, sungguh sy tak berani.
Cumanya sy suka kalau ada yang bagi baju contoh. Kat situ kita boleh tengok cara orang lain punya jahitan & belajar dari situ. Kalau orang tue jahit kemasss.. baju yang kita nak jahit nie pastikan lagi kemas dari baju contoh tue. Spend masa sikit, belek-belek sikit dulu baju contoh tue... tengok orang lain punya teknik macam mana.
Tukang jahit selalunya tahulah, apa kerenah kain.. kain jenis sekian-sekian lincin, kain jenis sekian-sekian pecah ira kainnya dan sebagainya. Based on pengalaman & tak perlu jadi professional untuk menghafal segala nama kain bagai.. cukup dengan ambil hujung kain & tarik, kalau pecah tue merana nak jahit. Kain jenis nie.. nanti nak jahit tepi pon tak lekat!
Then, kena pikir cara lain macam mana nak handle kain nie. Untuk leher, tak boleh jahit sembat & kena ambil kain lepik leher berkain gam lembut misalnya untuk memudahkan kerja. Semua teknik tak boleh semua pakai harung untuk semua jenis kain.
Anda yang membeli kain pon boleh apply cara yang sama. Nak beli kena tengok material, test dulu tarik pada hujung kain, rasa kain tue samaada lincin atau tidak. Tak perlu aim pada kain yang cantik & murah sedangkan.. pakai baju tak jejas lagi dah pecah sana sini. dan selalunya tukang jahit akan ambil upah lebih untuk kain yang lincin & banyak kerenah. Tak ker rugi?
Ok, ituhari ada yang bertanya kat sy pasal sy bagitahu kena pakai girdle bila pakai baju kurung atau jubah lycra untuk mantapkan badan. Girdle yang macam mana?
Dulu sy pakai Avon ( tak tahu apa namanya, dah lama sangat sy beli) harga bawah RM100 rasanya, material girdle nie.. kalau pakai baju jersey/lycra ia tak melekap. Tapi cumanya ia ada sambungan & berpanel-panel. Yang berpanel-panel nie yang buat masalah, bila dah lama pakai, jahitan tue dah tetas... sy jahit balik pakai jahitan zig zag, sungguh buruk permandangan!
Kemudian sy ingat nak beli yang ini, sy plan nak ke Avon & tengok sendiri material samaada ia jenis yang sama yang sy beli dulu. Tapi nengokkan harga girlde sahaja, agak mahal lah :p

Kemudian sy terjumpa Spanx nie & terus oder melalui online. Memang sedap pakai, material knit & ia cover bawah dada sampai ke paha. Harga RM 166.. cumanya untuk underwear, sy suka yang ketat-ketat. Lain kali kalau untuk slimming wear, kena beli 1 saiz kecik daripada ukuran badan :p So, ini lah girdle yang sy pakai buat masa sekarang untuk lenyapkan spare tyre sy buat masa nie. Nggeeee...