Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Wednesday, February 16, 2011

Si norkiah : Ubun-ubun lembik lagi dah berani tunjuk perangai.. macam budak baru datang period!

Assalamualaikum...

dah ada entry utk hari nie kan?? tapi still nak update, dek kerana mengalami kecelaruan minda. Kan ker sy selalu terhegeh-hegeh edit, crop, copyright pic bagai.. tapi hari nie tak der mende plak nak crop crop.. rasa cam tak puas :p

Adakah itu maknanya kerja mengupload & update blog tue satu kepuasan?

Ia bukan setakat kepuasan sebenarnya.. bahkan satu momentum untuk sy berusaha lebih. Satu kekuatan untuk sy celik mata di malam hari atau lebih tepat di pagi buta, terkial-kial menjahit apa sahaja.. dan kemudian nantinya sy boleh snap & letak di blog esok hari.

Apa kau fikir kalau sy nyenyak tidur dan esok harinya tak ada benda nak sy ceritakan akan membuat sy duduk senang? Apa kau fikir dengan mudah untuk ignore rasa tak boleh duduk senang itu?

Maka perasaan itulah yang saban hari menghambat sy untuk mencuba sesuatu.. yang serupa macam orang lain pon takpa, tapi dengan cara sy sendiri. Bergerak sikit otak.. 8 jam terperuk di office, itu masa sy untuk berfikir. Bila semua isi rumah tidur, sy realisasikan apa yang sy dok pikir tue...

... kalu menjadi, syok boleh pakai untuk diri sendiri. Kalau tak menjadi... takpa, at least i learn something. Belajar bukan setakat secara formal... kesilapan diri pon 'cikgu' yang baik juga untuk mengajar.

Buat sesuatu dengan cara sendiri itu yang penting. Sy ada mesin jahit, orang lain pon ada mesin jahit.. tapi cara kita tak sama. Ada orang, mesin jahit buat kumpul habuk...
~ hhehehhee

ada orang buat tukun tiruan..
~ kikikikkk..

ada orang anggap satu kepuasan... dah berkomuter bagai & off course kepuasannya lebih, khenn?

... sy? cukuplah kalau yang boleh menjahit lurus, beratus-ratus corak jahitan pon bukannya sy nak guna.. setakat ada pedal untuk tekan, kalau pakai kayuh dengan kaki.. sy bimbang nanti berketul-ketul pulak otot-otot kaki sy!
~ meahahahha ada hati tue makcik nih..

cukuplah ada butang untuk reverse, kalau tak kang cam mana ia nak kembali ke pangkal jalan? :p cukuplah ia dapat menggulung benang secara automatik, tak perlu sy cari paku panjang macam zaman dolu2.. cukuplah ia ada alat untuk memasukkan benang & cukuplah setakat mentolnya menyala.. untuk menerangi keadaan semasa menjahit, mata nie kan dah senja, sesenja orangnya!

~kat mana kita tadi?

Cukuplah mesin jahit yang simple ajer & tak perlu berautomatik sangat... asal rajin menjahit sudah, boleh ajer jadi ibu duit, tapi kalau malas... apa satu tak guna.
~ sy bukan nak kata sy rajin bla bla bla.. itu perkara yang berbeza.

Mesin jahit nie cam kereta manual & auto lah jugak. Hebatnya kereta manual boleh di bawak bergasak dengan pelbagai gaya.. manakala auto lebih manja. Ada kan orang kata, kereta auto... kereta pondan :p Sy tak kata orang yang kataa... nnngggeee.

Sy terkeluar daripada memondankan diri dengan memakai kereta manual. Dan sy juga terkeluar daripada memondankan diri dengan memakai mesin jahit manual.

~ ok, dah masuk kepada isi cerita..

Tapi yang satu nie sy tak boleh blah.. terpaksa sebab sy malas caj bateri camera. Cari hp yang agak-agak MP dia ok, lalu sy beli. Kalau ikutkan, sy lebih suka hp yang ada keypad tue.. bergasak sampai tercabut huruf pon boleh pakai lagi.

Tapi start daripada cuti CNY tue buat sy bengkeeekk. Dengan perangainya yang manja, mengada-ngada. Ubun-ubun lembik lagi dah berani tunjuk perangai.. macam budak baru datang period!



Si norkiah nie lah yang bikin sy hot, touch screen tue kekadang tak boleh pakai. Imaginelah.. nak view SMS tekan butang open pon tak boleh. Kekadang tekan huruf lain, keluar huruf lain. Dah delete semua pic & video pon dok lembap gak lagi. Tak ker rasa nak menjerit dengan pelbagai gaya?

Geram sangat tau.... si norkiah nie, cam biasalah tunjuk muka X6 dia tue. Memang tak makan saman, tinggal satu ajer lagi... dia lom rasa baling kat dinding ajer!
~ dats y i reply SMS : yes or no ajerr lately ... -_____- sometime, teknologi menyusahkan huh..

2 comments:

Nur said...

Ingat ke apa tadi, handphone buat perangai ropenya... :D

azima said...

che yati.. haah geram sangat ngan norkiah tue..