Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Thursday, December 2, 2010

Teknik & tips untuk plaster simen

Assalamualaikum...

Sy nak kongsi pic cara plaster simen.
~ aduhaaaiiii... dia plaster simen plak dahhhh..

Kan title blog kiter DIY segalanya bermua disini.. makanya semua bab boleh masuk lah, asalkan DIY. Kita kan wanita yang bisa menghayun buaian... dan juga bisa menggegarkan dunia

Hari nie kita plaster simen.... esok2 mana nak tau kot berpeluang, sy tunjuk teknik potong pokok balak plak....
~merasa ahkak tunjuk pic pose memolek sambil tanggung gergaji potong balak.. hakhakhak mau jatuh rahang mak mertua!

Pic nie masa abang sy plaster pagar ituhari. Untuk pagar tue, sy & hsbn dah ikat bata. Bab plaster kena kemas dia yang buat, sebab skill hat nak bagi kemas tue yg kami tak ada

... ayat2 tue bahasa yg sy fahamlah, sy bukan reti sangat pon



~ nak plaster simen, better beli pasir kasar, sebab bila plaster ia 'ringan' cumanya renyah nak kena tapis buang batu-batu besar dulu lah. Kadar untuk bancuh simen, sy main agak2... pasir satu kereta sorong, simen dua baldi yg org buat kerja2 simen tue & kapur setengah beg.

Nak kena stenby beli 2 keping plywood tebal tue habuan utk bancuh simen atas tue.. tapi yang nie nanti kalau nak recycle pakai balik bleh la buat rak2 pape.. jangan buang, sayang. Sekali hadap, boleh la bancuh simen 3 kereta sorong pasir...
~ patah pinggang weyyyyy!

Part yang mana ada lebihan simen masa ikat bata tue kena potong buang pakai kapak dulu.. kat beam bawah pagar tue kena lapik apa2 yang ada untuk tampung simen yang jatuh. Dalam pic pakai tikar getah lama.. tapi kalau dapat plywood nipis tue lagi ok. Nanti nak kaup ambik balik simen yg jatuh lagi senang.



~ perata simen hat bahagian atas dulu.. lepas tue guna pinggan (yang abang sy pegang tangan kanan - ntah la lupa abang sy panggil nama alat tue.. pinggan rasanya :p) & guna tempat perata simen tue.. kaup ke dinding.



~ kaup2 kan ke dinding.. bagi tebal lebih sikit daripada yg kita nak. Kemudian nanti baru potong. Lumuq simen sampai habis.. cover semua. Kalau ada part yg simen ternipis atau terjatuh balik.. baru kaup yang mana jatuh di bawah tue, kaup balik ke dinding. Masa nie dia pakai perata simen yg besi..


~ pic dari jarak dekat :p



~ dah ok semua.. baru potong. pakai perata simen hat panjang. Part mana yang tebal kasi potong...



















~ potong bahagian bawah plak.


~ perata bagi rata, sekata & padat..


~ utk atas tue nak bagi segi tepat elok, guna perata simen panjang. Letak bagi sama level, guna perata simen yg kayu & perata kat atas. Perata bagi dapat bucu elok2, untuk bawah beam yang comot tue... tarik turun simen yg lebih & kemaskan.

Akhir, guna span yg ada pemegang.. celup dalam air & sapu atas permukaan simen.. utk kemaskan & bagi licin elok.

4 comments:

Firdauszainal said...

oo kena pakai kapur jugak ek...ingt xpyh...:p

auralife said...

Salam ikat bata mcm na xmo BG herot

Unknown said...

Klu nk ikat bata xmo bgi herot guna benang dan penimbang air.

pengikat bata said...

lepas dah potong brape lama tunggu utk blh gosok span?