Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

Loading...

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Thursday, December 9, 2010

lidah mak mertua?

Assalamuaalaikum...

Semalam, dapur rumah sy tak berasap. Masa office hour lagi, kekasih sy kata nak pekena ayam penyek.. makanya sy dok google lah
~ ahkak kan gila google, apa satu tatau mesti nak google :p

Ada lagi satu restoran ayam penyek nie, sy dah pernah cuba. Set ayam penyek RM 10.90. Ayam & sambal biasa2 saja, so restoran nie dah terkeluar daripada senarai.

Bila tengok kat blog orang, baik punya testimoni depa dok bagi.. harganya lagi murah daripada restoran atok. Restoran atok nie, pasai nama restoran tue sama nama dengan FIL, so Idris & Ishak bajet restoran tue cam restoran atok dorang lah!
~ kalau restoran atok kamu tak dernya kita pi sana jaraaang-jaraangg. Mak akan pastikan kita ke sana tiap kali perut terasa laparrr okeh. Hakhakhakk.. hantu tul menantu!

Bukan main sy kondem kedai atok set ayam penyek dia RM 8.00 tue mahal pasalnya restoran yg sy google tue RM 7.50 sajork. Lima kupang pon nak berkiraa?
~ kan ahkak golongan marhaen, wajib berkira!

Dah lah sambalnya tak kerapa kick. Pedasnya tue tak berapa nak menendang... makan pon ala-ala cam tak ada nafsu nnnggggeeeeee.

Berdasarkan pada testimoni, restoran yang sy dok google tue, sambal ayam penyeknya pedas, sekali rasa jadi ketagih. Itu yang buat sy terigin nak rasa, nak rasa cam mana rasa ketagih :p

Dengan rela, sy google mapnya sekali & forward pulak link map tue kepada kekasih cerah sy. Sy rela menyerah mulut & perut untuk diketagihkan pada bila-bila masa. Bersedia!

Bila dah sampai, oder & rasa... ooooiiicccccccc patutlah. RM 7.50 untuk lauk ajer, nasi tak termasuk. Nasi + lauk dan jadi RM8.70..

Masa dok makan nie.. bukan main dok puji balik restoran atok. Kat kedai atok lagi sedap, ulam dia dicelur dan digaul dengan serunding, jadi cam urap. Yang nie yang best dan lagi satu dia guna ayam kampung...
~ amat sesuai untuk ahkak yang tengah berdiet. Ahahaha diet la sangat, pantang sebenarnya.. pantang jumpa!

Sambal tak pedas pon redha lah kot.. daripada restoran yang sy pergi tue. Biji cilinya terbeliak-terbeliak lagi, tak hancur. Sy penakut sikit kalau makan sambal, biji tak hancur.. perut ala-ala manja gitu :p

Dan kalau di banding-bandingkan, antara 3 restoran tue.. restoran atok, yg dulu pernah pergi & yang pergi semalam, mana lagi sedap? Jawapannya... Restoran Ayam Penyek Sendiri Bikin!

Jawapan tak ada dalam senarai, rasanya ayam penyek sendiri bikin ituhari lagi sedap.
~ motif puji diri sendiri, sendiri masuk lif, sendiri tekan. Nak tambah berapa kali pon FOC.... sesuai untuk ahkak yang tengah diet niee... :p

Ayam nya terasa rempah sampai ke dalam.. sambalnya menendang dengan pelbagai jurus! Malatoppp..

... tau pokok lidah jin atau Mother-in-law's tongue, setelah dialih bahasa dipanggil pokok lidah mak mertua?



Serupa itulah pedasnya. Itu baru namanya ketagih sampai menjelir lidah.. hohohoho pedas tapi sedap..
~ sesekali puji mak mertua apa salahnya, tapi motif puji dalam blog... macam mak mertua baca blog :p

Resepi ayam penyek, kredit to http://mforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=234765&highlight=ayam%2Bpenyek

Resepi sambal untuk ayam penyek kredit to mak mertua. Resepi tue untuk sambal pecal lele sebenarnya..
~ nak resepi?...



... jadi menantu ahkak, baru ahkak peturun resepi. Hakhakahakk..

~ laaaaaaa lupa.... sebenarnya nak bagi teknik cara buat shrug.... hai bergitu jauh menyimpang! Yang itu kita KIV esok lah ekk :p

*** Restoran atok = Kedai Kopi Rahmat, Andalas Klang.
~ Dari Klang, terus sampai lepas Klinik Bersalin Razif. Di hujung block Klinik Bersalin Razif, ada susur masuk sebelah kiri. Kedai Kopi Rahmat selepas kedai Ayam Dinding, sebelah kiri. Dekat dengan tapak pasar malam hari selasa Andalas.

2 comments:

Anonymous said...

huhu,sdap nya acik aym penyek yg hri2..

azima said...

che anon... tak puasa makan rasanya noooo. study rajin2.. pass exam memolek, cecepat balik mesia.. boleh makan ayam penyek bebanyak, boleh kawen cecepat... oppppsss! :p :p