Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Friday, December 10, 2010

Teknik & tips cara buat shrug - part 1

Assalamualaikum....

Semalam hari yang produktif untuk sy. Sy bawa 4 helai jeans, kain perca cotton fannel & kain perca jersey. Seluar jeans tue sy beli jeans bundle... ada orang tue minta sy beli & minta pekecik & pesingkat hujung seluar.
~ ya, ahkak pakai jeans bundle ajerr. Ahkak kan golongan marhaen.. ahkak nangis!

Sy beli lima helai untuk orang tue, tapi ada sehelai tue... sy cuba & muat pulak untuk sy :p Untuk sehelai jeans harga rm 12.00.. beli 5 helai dapat RM 10.00 sehelai. Do your maths lah yek... takkan gagah ikat perut segala bagai untuk beli sehelai jeans yg mahal semata2 sebab ori :p
~ berapa average harga jeans ori? ntahhh... ahkak tak pernah beli jeans ori!

Yang bundle nie pon dapat jugak cap Gap & Levis.
~ ori ker tak ori? ntah... ahkak tak tau beza!

Kain cotton fannel tue sy nak buat kasut baby.. dan kain perca jersey tue untuk buat eerrrmmm buat..... underware, spender maksud sy. LOL!
~ guna perkataan peder lah, cam Ishak cakap... lebih manis :p

Lunch hour sy kerjakan seluar jeans tue & sebelum balik dapat potong kain untuk sepasang kasut baby & sehelai peder.

Balik rumah stenby nota, oleh kerana dah lepas 12 malam & mata dah cerah.. siap semua sy jahit seluar & shrug.
~ yang pasal seluar tue sy ada snap pic.. tapi nanti-nanti sy letak.

Hari nie kita cerita teknik & tips cara buat shrug. Ini masuk bawah kategori refashion lah.. sebab daripada t-shirt dirombak kepada shrug.

Dek kerana masa part 1 - menggunting nie sy buat di office, sy pakai peralatan apa yang ada sahaja... jadi ikut dan jer lah ekk. Yang penting gunting tajam... gunting nie kalau mai mood sy nak menggunting, sy memang stenby bubuh dalam handbeg.

So, hati-hati sket kalau tetiba nak melawak, tepuk belakang sy.. sekali terlatah, terbukak jurus & terhunus senjata.... tak ada maaf bagimu :p


~ nie t-shirt yang nak di jadikan shrug...


~ baju bundle gak nie ponn....


1. Ukur dari atas berapa inci labuh.. sy ukur 12"


2. Lepas tue ukur berapa balance labuh baju.. 8". Guna pembaris & letak 8" daripada bawah... cam nie lagi senang nak potong.


3. Belah tengah-tengah baju di bahagian depan. Lepas itu terbalikkan baju & pakai ke badan.. gunakan paper clip untuk kepit bahagian tengah baju..


4. Ambil liquid paper untuk menanda. Tandakan lengkung mengikut cup bra....


5. Gunting pada bahagian yang ditandakan tadi.

6. Pakai sekali lagi & pastikan ianya elok dan terletak seperti yang dikehendaki.

7. Kemudian gunting sedikit pada tangan baju sebagai penanda hujung tangan baju

8. Buka baju & gunting tangan baju berdasarkan tanda yang digunting tadi.

9. Perca bahagian bawah baju.. tandakan anggaran 2.15" untuk dijadikan ruffle. Pastika ia mencukupi untuk dijahit sekeliling pada bahagian bawah baju. 2" utk lebar ruffle, 0.25" untuk habuan jahit tepi.

~ bersambung part 2

2 comments:

Rodzila said...

Dahsyat la sis!semua benda DIY! hikhikhik

azima said...

che rodzila...

kannn? semua benda nak DIY... kekadang otak yg +ve fikir nak cabar diri sendiri s/ada bleh buat atau tidak.. kekadang -ve, terfikir ntah2 ogr terfikir.. koman sesangat LOL!