Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

Loading...

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Wednesday, December 8, 2010

Selamat tinggal dunia jahitan... sy ingin bersara.

Assalamualaikum...

Selamat tinggal dunia jahitan... sy ingin bersara.
~suara latar.. (((noooo nooo nooo)))

.. dah lama dahhhh.

Ya, itu keputusan yang amat sukar sy buat. Tahun depan, komitmen sy banyak.. dengan kerja-kerja di office yang semakin bertambah, anak nak masuk sekolah. Tambahan pula, ladang mulberry sy sudah berbuah... perlukan tenaga yang banyak untuk menuai.



.... ekceli perkataan menuai nie valid tak untuk enam pokok mulberry sy tue?
~ burrrrr...

Ngggeeee.. tak valid ehh? So, tak jadik lah bersara cam nie...



... see, buahnya pon seperti sy, malu untuk bergambar... malu-malu kucing.

Saja jer tue crop bagi tunjuk sikit jer... yang tak tunjuk berbondong-bondong.
~ ke laut sungguh penjodoh bilangan.. berbondong-bondong katanya.



... dan pokok serai ini..
~ Ya Karim pokok serai kerrrrr.. kenapa macam lain!

... saja lah tue kan nak kata pokok lalang lah tue :p

Pokok serai nie pon sy crop... 2 batang yang ke atas tue ialah bunga serai. Haaaa, pokok serai kalau keluar bunga serai...
~ ada ker pokok serai keluar bunga raya?

.. jangan menyampuk orang tua-tua bercakap. Kalau serai keluar bunga serai, boleh dapat batu serai. Tapi bukan boleh senang-senang cari, ada 'cara' dia. Sy tak kan buat entry ' teknik & tips cari batu serai'.. sebab sy pon tak tau :p

Sy pernah tengok ajer batunya. Bukannya batu cam orang melombong berlian tue ok. Ia dah siap potong.. memang cantik & berkilauu!

Tak pasti pulak sy batu tue batu apa & datang dari mana.. nilai pasarannya lagi sy tak tau. Tapi, kalau nilainya makan tak habis.... kira jadilah sy bersara! :p

Hakhakhakk...

6 comments:

zedmagel said...

DIY,

Selamat bersara diucapkan, kerana sudah terlalu penat barangkali...

Zuria Arshad said...

saspens je akak ni hehehehe...jgn bersara dulu, nanti boring...macam saya rindu nak menjahit tp terpaksa stop dulu aritu sebab ada 'projek besar punya'. Ni sekarang nak mula balik...excited je..tak sabar2 sampai benang tak masuk dalam jarum pun rasa nak marah :D

Lia @ Norli (Mamarempit) said...

adooihh...sakit perot gelak...rase nk guling2...air mate pun dh kuar2 niih.....

salu tengok je blog ni..tk penah komen.....hehhehe

azima said...

che zed,
ya sy penat.. penat menuai :p

che zuria,
saspen ekk.. saspen jugak baca 'projek besar punya' tue... sehingga suspender rasa di hati ini :p

che lia,
jangan guling2 ketika merempit, bahayaaa. tak pernah komen sebelum nie sebab sy tau che lia org yg pemalu kan? sy pon pemalu juga ;)

BUNGA said...

wah.. suburnya tuaian mu itu kak.. kata org tangan panas.. saya tanam pokok kesum ni, malu2 je dia nak tumbuh.. apa la nasib..hehe

azima said...

che bunga.. itu pon baru2 belajar tue, pokok kesum sy tanam dalam pasu.. let say cuasa panas bleh move ke tempat redup sket. & kalau siram kasi banjir sket.. bagi sesuai ngan habitat (habitat? :p )pokok kesum.. nak kawasan yg berair.