Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Tuesday, December 28, 2010

kaftan lagii...

Assalamualaikum..

Pagi yang harmoni di serikan dengan burung berkicauan... ya pagi tadi lom apa-apa lagi sy dah berkicau. Buka ajer pintu kereta untuk Idris, dia dah tunjuk muka merajuk.. cantik sangat lah tue kan? Bila tanya kenapa, diam & nak start nangis. Tak ke naik suhu bilik?

Apa kau fikir, kau Go Mi Nam macam dalan cerita You're Beautiful?
~ .. bahana tengok cerita bersiri, berhantu.. nak kena follow selalu & terbawa-bawa dalam realiti :p

Asik-asik sedih, touching sana sini & nak sentiasa ada orang comfort & siap urut belakang bagai?

Tak ada maknanya...

Orang tanya elok-elok, cakap lah abang.. macam mana lah abang nak sekolah nanti? Dah besar tapi perangai merajuk tak habis-habis. Cuba jawap soalan kalau orang tanya.. abang diam macam tue ajer, macam mana orang nak faham. Abang nie kenapa?

Nak letak botol nie kat manaa... kata dia.

OOhhh bergitu kah anakku.

Berapa hari lagi dah nak masuk darjah satu. Tapi dia masih menyusu botol.. dek kerana bekal susu dia still belum minum tapi nak ikut abah dia naik motor, nak pergi beli sarapan... dia tak tahu mana nak letak botol itu, lalu menangisss... sungguh syahdu dihati ibumu ini.

Tak ada maknanya...

... letak lah kat mana-mana atau pi buka bonet belakang nun & letak kat beg.

Geram tau.. manja sangatt.

...............

Hari nie hari pertama sy berdikari pi kerja drive sendiri.. selalunya nak kena ada orang teman sebelah. Tapi tak lah berdikari sangat.. ada jugak orang escort kat depan, kes takut nak lintas jalan :p
~ seee... orang lain manja dia rimas, dia manja terlebih boleh pulak.

Park kereta pon seberang jalan.. padahal office ke sebelah sana. Bukan nak elak lintas jalan besar sebab takut, dan bukan jugak sebab rumput di sebelah jalan lebih hijau..

.. tapi sebelah jalan sana parking free & kat sana jalan yang sy kena tempuh untuk ambil Idris nanti :p
~ ayat cover.. padahal dup dap dup dap, sampai kentut pon tak lawas! LOL

Kat mana kita tadi?

Apa nama... ... nie dia kaftan dress yang sy jahit & pakai masa sewing party ituhari. Paternnya sama ajer cam kaftan labuh sebelum nie, cuma tangan 3/4 & baju takat lutut.



Cuma yang nie tangannya sy guna kain kosong.. jadi nampak sikit part badan & tangan baju tue berbanding dengan kaftan yang sy jahit sebelum nie. Kalau kaftan pakai tidur tue kan tangannya sekali ngan badan. Kaftan nie tangan lain, baju lain.


~ tudung rm 10.00 beli kat pasar, baju rm 19.00 (harga kain sahaja), inner rm 12.00, seluar jeans bundle rm 10.00, kasut orang bagi masa hari lahir ituhari :p. Total = 51.00 sajork!



Untuk baju kaftan/abaya butterfly tue.. ideanya sy ambil dari baju nie. Baju nie beli rm 35 termasuk pos. Tapi ini baju sahaja , yang diatas kepala sampai kaki. Berbaloi beli untuk buat contoh... nota boleh jual, baju boleh pakai, boleh jahit baju baru, boleh ambil tempahan. Apa lagi yang tak cukup? Alhamdulillah...

0 comments: