Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Thursday, December 23, 2010

Teknik & tips cara ubah suai kaki seluar

Assalamualaikum...

Hari yang sejuk & damai di Klang hari nie, namun tak mampu mendamaikan hati sy.. hohhohoho sedih sangat bunyiknya tuh!

Well well well... biasalah kan, dah namanya hidup ada atas ada bawah, ada suka ada duka, ada masa diberi kelapangan ada masa diberi kesempitan.

Tapi satu benda yg sy dok ingat sejak dulu lagi.. jangan tunggu sampai peluang kedua. Walaupun kekadang ada peluang kedua.. tapi tak semestinya sama! Yang penting kita cuba.

Satu kata-kata semangat yang sy dok api-apikan dalam hati bila sy rasa down macam nie:

JANGAN CABAR SAYA!

Dan ia selalunya menjadi! Berdiri di hadapan cermin, kutuk diri sendiri dulu.. kemudian kumpul semangat lalu.. ((JANGAN CABAR SAYA!)))
~ nak lagi dramatik, tumbuk cermin ker kan.. kasi effect darah-darah sikit. Ada bran? LOL

Jadi jangan berhenti untuk cabar diri sendiri bila anda rasa kalah.

Sy akan buat ini jap lagi... kasi gegar, kasi panas sket bumi Klang jap lagi. Jangan cabar sy... lalu sy buka bungkus nasi lemak & makan sampai lincin. Kahkahkahhh.....

......................................

Kat mana kita tadi?Kalau suruh merapu, memang tak habis-habis... sampai lobam tak jumpa jalan balik :p

Hari nie sy nak ajar macam mana nak ubah suai seluar, khusus untuk yang nak perkecik kaki seluar dan nak singkatkan seluar. Molek benar sy rasa.. musim nak buka sekolah nie, beli seluar ready made, pinggang ok tapi labuh pulak tak kena.

Pic nie sy snap masa sy ubahsuai seluar bundle ituhari.. kalau seluar sekolah, lebih elok rasanya hujung seluar jahit silang pangkah. Tapi kalau penyakit M banyak.. redho jerlah jait pakai mesin jahit pon, janji boleh pakai.


1. Pakai seluar & lipat seluar ikut labuh yang nak. Sy biasakan pakai seluar & kemudian lipat berbanding ambil labuh seluar seperti dalam gambar diatas kerana labuh cawat seluar tak sama terutama kalau jeans potongan low cut. Kemudian potong.


2. Seluar nie besar pada hujung kaki & sy nak kecilkan kepada 7.50". Ukur luas hujung kaki 7.5" dan tandakan. Anjakkan pembaris/tali tape ke atas sehingga bertemu 7.50" pada lutut. Garis kan dan jahit mengikut garisan tersebut.


3. Gunting buang kelim jahitan hujung seluar untuk elak daripada terlalu tebal & memudahkan ia dijahit.


4. Sy guna mesin jahit portable & untuk jahit kain yang tebal agak susah. Jadi ada kalanya, jeans yg tebal sy terpaksa 'sunatkan' kelim jahitan seperti ini... hohoohoho.
~ ahkak lebih sayangkan mesin jahit okeh. So far, tak der sapa lagi yg selak seluar ahkak atau part tersunat tue belum lagi memudaratkan penampilan ahkak. Hakhakhakk...


5. Lipat dua kali dan jahit. Ada yang menggunakan merton (hammer) ketuk kelim yang nak jahit untuk bagi kemas & rapi lipatan tue terutama bahagian yang tebal untuk memudahkan ia dijahit.


6. Siap.

Lazimnya, bila sy ubahsuai seluar sy.. sy akan jahit ikut warna benang yang dijahit pada seluar dan BUKAN ikut warna seluar. Kerana sy nakkan seluar tue nampak original dan tak ada kesan ia telah diubahsuai..
~ tanak terserlah bahawa ahkak tak cukup inci nnggeeee...

Dan lagi satu, bila jahit seluar, guna benang jahit jeans dan bukan benang biasa. Benang jeans urat benang lagi tebal & perlu masukkan dalam sekoci untuk benang bawah sahaja, benang atas tak perlu...
~ nampak cerewet sangatkan ahkak? Tue lah pasal kena buat sendiri! LOL

12 comments:

Mila@Rimbun said...

jenuh saya pikir camna nak jahit kalau takde benang atas... then baru paham, benang atas tuh pakai benang biasa jer kan kan

azima said...

che mila...
alololorrr.. maksud sy benang atas tak perlu tue, tak perlu benang jeans. pakai benang biasa utk benang atas..

Anonymous said...

che azima, kat mana nak beli benang jeans tu eh. lama dah cari ni.. hihi

azima said...

che nai..
ada jual kat kedai jual barang jahit... minta bennag jahit jeans.. benang nie urat benang tue besar lagi daripada benang biasa.

Unknown said...

mesin portable,,kna tkr tapak la ye sis? apa nama tapak tu kalo ada?

azima said...

Maisarah, x tukar tapak tp dlm pic nie sy pakai tapak zip

masitah muhamad said...

kak,,klu nk jahit seluar y agak tebal d sbbkn lipatan, selain jeans.. ad benang khas ke? @ jarum khas ke? hehe

moslinah said...

sy klu jaht jeans..guna jarum numb 18

Unknown said...

Kak, nak tanya mcm mana nak kecilkan bahagian betis utk seluar tracksuit? Sy x pernah lagi buat utk anak sy. Maaf kak kalau keluar tajuk hehe.

--SuE^eiiNN-- said...

Kna tukar tapak x utk portable mesin? Atau

--SuE^eiiNN-- said...

Kna tukar tapak x utk portable mesin? Atau

--SuE^eiiNN-- said...
This comment has been removed by the author.