Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Monday, November 21, 2011

hakikatnya.. kuda pun tak pernah naik!

Assalamualaikum....

Ada satu malam tue... berpusing-pusing sy cari tempat untuk tebuk lubang butang, tapi semua depa rejek. Huhuhhu... dengan alasan : kain getah ini macam, tak boleh kain sangkut & mesin jammed.

Ok lah ok lah... satu penolakan yang membuatkan sy kena memikirkan apa alternatif lain untuk letak butang pada long dress cardigan tue. Sy boleh buat lapik butang macam baju kebaya & rumah lubang butang... tapi sy malas nanti bertambah kerja-kerja menjahit :p

Akhirnya.. sy ambil jarum dan benang, buat rumah lubang butang macam buat rumah lubang butang pada leher baju kurung. Setel satu masalah... so boleh singgah Emporium Makan di Klang dan pekena mee jawa dengan suka hati :)



Teknik nie dulu-dulu sy tak tahu, lepas kawen dengan kekasih sy tue... baru belajar dengan MIL. Tapi kekadang kalau belek baju yang ada di kedai atau baju orang... sy tengok ada tersilap sikit teknik tue.

Bukan keseluruhannya salah, cuma silap teknik sikit. Kalau yang sebetulnya, tali yang buat untuk rumah lubang butang tue elok terhampar. Kalau yang silap teknik tue.. talinya berpintal-pintal atau terkilas-kilas.

Dah ke Klang, sempat rembat 2 helai jeans bundle... seluar-seluar sy semua tamat riwayat dengan kecederaan parah pada kelangkang... thehehehe.
~ apa maknanya tuh? LOL..

........................



sy memang tak ada masalah jika disuruh pakai dan mengayakan baju yg sy jahit selama ini. semalam di rumah MIL, pakat gelak tak sedar diri bila sy pakai jubah hoodie nie...



dan eksyen seperti seorang penunggang kuda.. melompat turun dari kuda, lepas tue tebarkan baju, then turunkan hoodie dan kemudian tebarkan rambut pulak.Kahkahkahkah... hakikatnya? :p
~ hakikatnya.. kuda pun tak pernah naik!

Friday, November 18, 2011

long dress hoodie cardigan

Assalamualaikum...

Semalam sy ambil half day, pi ambik duit RM 100.00 kat sekolah Idris. Dalam pada saya termenung sementara tunggu majlis penyerahan duit tue, tetiba Idris tepuk sy dari belakang. Dia keluar rehat & dia perasan sy... dia perasan baju sy sebenarnya. Depa kan juri tetap kalau sy nak mintak komen baju-baju yang sy jahit :p


~ duit RM 100 tue nak beli PSP kata dia... amboiii.

... temankan dia rehat, membuatkan sy rasa terharu.

Dan hari nie last day sekolah... tahun depan dia dah darjah 2. Ituhari dia balik sekolah & kata ada surprise...

.. dia tunjuk pic gambar kelas dia. Bila tengok pic tue teringat masa sy sekolah dulu, cepat sungguh masa berlalu. Dan sy sungguh tak sangka, sy akan berada di sini hari ini, dengan apa yg sy ada... sy berkahwin, ada anak & dengan ada apa yang sy ada sekarang. Alhamdulillah...sehingga sy rasa tak ada apa lagi yang sy perlukan ya Allah, sy amat-amat bersyukur.


_________

custom made order:




~ serupa...


~ tapi tak sama...



Kalau kain 2 tone nie ada lagi kat kedai... nie akan jadi tambahan produk baju sy, kalau tak ada terpaksa sy cari kain denim lycra








~ long dress hoodie cardigan.. 2 tone, ada butang di depan.. bawah terbuka, pakai skirt labuh atau seluar panjang, bila berjalan ternampak yg dalam kaler hijau striking tue, stylo kan :)

Wednesday, November 16, 2011

kepantangan..

Assalamualaikum...

Hari nie, sy tertarik untuk baca tentang kepantangan. Bukan pantang dek kerana bersalin ker bersunat ker aper.. tapi kepantangan yang ada dalam keturunan. Benda-benda macam nie kekadang memang kita rasa maca mitos.. mengarut & kalau nak explain dengan logik akal pon orang tak berapa percaya. Tapi dalam kehidupan sebenar, ianya wujud.

Pertama, pantang makan ikan tapah. Yang nie katanya keturunan daripada Pak Kaduk, boleh memudaratkan hingga membawa maut & penawarnya dengan meminum air rendaman kancing emas yang dijumpai oleh Pak Kaduk dalam perut ikan tapah

Ada pulak yang pantang makan ikan kekacang atau alu-alu. Kalau makan naik kelopak garam, gatal2 (macam alergik)
~ kelopak garam nie hampa tau dak macam mana? serius sy lamaaaaaaa tak guna perkataan nie... klopak garam nie bintat gatal macam terkena ulat bulu tuh..

aperrr? tak pernah kena ulat bulu??? :p ceroiii lahhhh..


~ nie lah kelopak garam..

Kami dulu semak mana yang tak masuk.. katoq mana yang kami tak pergi.
~ katoq tue anak sungai...

.. kerap dapat kelopak garam nie kelau main dalam semak, pi katoq & sauk ikan. Arwah mak kata kena ludah hantu... euwww takut, tapi dalam takut-takut tue, esoknya pergi lagi :p

Katanya dalam pelayaran, kapal pecah dan diselamatkan oleh ikan kekacang nie dan ditolak ke pantai. Yang pantang ikan kekacang nie katanya keturunan Wan. Depa nie pun pantang makan rebung buluh jugak.

Ada yang keturunan Pengiran Laga. yang di Brunei pantang ikan patin. Orang Rawo pulak tak boleh pijak tanah/simen sebelum buat adat
menjejak tanah, kalau tidak cirit sampai membawa ke mati.

Sy fail sikit lah bila sebut nama-nama ikan, yang tahu.. makan ajer :p Ok mari kita google :


~ ikan tapah


~ ikan kekacang /alu-alu

(sumber gambar: carian internet)

Tue dia, depa punya pantang, macam-macam. Kalau sy, pantang nasik kut.. kalau makan, tambah-tambah lagi kalau malam.... uuiii dia punya naikkk, bukan kelopak garam... tapi spare tyre berlapis-lapis thehhehee. Lagi-lagi kalau masa sedap, lagi berlapis... :p

---------------

Jubah daripada kain berpanel.. banyak pakai kain baju nie, nak potong kena ikut panel.





Tuesday, November 15, 2011

Cuba teka.... dalam banyak-banyak buah, buah apa yang boleh dibuat kain? :p

Assalamualaikum..

Semalam, anak buah sy call... dok semawa makan cucuk kodok durian semalam... sy kata sy tak makan durian sekarang, tapi kalau sy balik kampung nanti.. kalau boleh dengan pokok durian tue sy nak bawak balik klang... boleh? :p
~ durian baru duk belajaq luruh sekarang nie... buang buruk.


Dia kata manggis pun ada la nie... ermmmmhhh, acik pun tak makan manggis.... pantang. Tapi depa tau lah... acik memang pantang, pantang jumpak!

Semalam sy buat teka teki teka tekuk kat facebook...

Cuba teka.... dalam banyak-banyak buah, buah apa yang boleh dibuat kain? :p

Nasib baik x der dapat jawap... kalau dapat jawap, sy ingat nak bagi kain nie sehelai :p

Jawapan : Pisang.... :)




Kain/skirt nie berpanel & dia punya bentuk panel macam dengan pisang. Tapi utk jual2.. sy bubuh nama J skirt!




Kain nie pun produk kami yang terbaru yer, RM 75 sehelai, material denim lycra, yang sy punya nie sy cecuba buat version preggy, nak oder pinggang macam biasa pun boleh.


Monday, November 14, 2011

Ilmu baru, baju baru dan produk baru...

Assalamualaikum...

Hari minggu yang lepas sy join kelas cheese tart, fruit tart, tiramisu & triffle kat Kolej Kominiti Klang.






~ senget benget love... adakah sebab sy tak pandai bercinta? LOL




~jilat tiramisu... tak dan sampai rumah :p

Ada jumpa juga dengan geng2 GMJ.. Geng Mesin Jahit. Sy memang tak cam orang sangat lah, tapi depa yang cam sy, cam kat baju... sy pakai wrap dress printed merah +hitam. Berguna jugak loadkan pic baju-baju sy kat blog rupanya.. tapi bahaya jugak kalau orang cam cam kita dalam masa dan keadaan yang tak kena gaya :p :p

Sy sempat jugak jahit sehelai blouse untuk hari kedua, beria-ia :p


~ nak bubuh nama apa tak tau blouse nie...

Tapi cara buat tiramisu tak de lah complicated sangat, tak payah masak pun. Takkan memanjang nasik, sesekali nak juga cheese, kata perut melayu sy LOL

Produk baru di azimaDIYshop :


~twirl skirt -lycra


~ panel skirt- denim lycra

Friday, November 11, 2011

Konsortium Tukang2 Jahit Melayu (PAKAIAN)

Assalamualaikum..



Sy ada create satu group : Konsortium Tukang2 Jahit Melayu (PAKAIAN)

Group ini dibuat untuk mengumpulkan tukang-tukang jahit melayu di Malaysia. Tak kira apa jua hasil jahitan pakaian yang anda usahakan. Semoga group ini menjadi satu directory tukang-tukang jahit melayu di Malaysia dan berguna untuk kegunaan kepada siapa yang mencari khidmat tukang jahit.

Kadang-kadang kita ada produk & kita ada ilmu... tapi promosi tak cukup. Jadi mana-mana tukang jahit di luar sana, jemput join konsortium ini..

... bila nak dekat raya atau ada orang nak tempah baju.. jadi mudah nak cari tukang-tukang jahit. Tak dak la ayat.. susahnya cari tukang jahit, tempahan dah tutup dan lain-lain.

Di konsortium ini, dimana semua tukang-tukang jahit berkumpul, under one roof :)

Daging goreng kunyit style acik hang!

Assalamualaikum...

Semalam, balik dari kerja... buka pintu rumah jer, terus terpa kat peti sejuk. Defrost daging yang dapat masa korban ituhari. Hampa punya daging habis dak lagi? Kalau belum & ingat nak masak sempoi2 boleh cuba masak nie.

Sy kalau pi kedai makan, nampak lauk nie selalu ambik. Kalau tak daging, ayam.. sempoi tapi sedap. Bagi masin kuat sikit & makan dengan nasik panas... nak lagi dramatik kalau depa bubuh cili padi tergolak-golek. Masa makan...... cetttt pi gigit cili padi tue sikit bagi pedas. Syokkkkkk...

Dok pikiq, depa masak lagu mana lauk nie? Hari tue masa pi tolong orang korban, sy dan belajaq masak nie...ooohhh, lepas nie pakat tutup kedai habih laaa, acik hang dah pandai masak, kater koooo.

Masa nak potong daging baru perasan... daging hat nie terkena part yang liat-liat sikit. Tak kisah lah... gigi bercupak, pakat gonyeh lah makan nanti. Nak hiris gading nie, sy selalnya tak defost lama, agak-agak beku lagi dah start potong. Baru senang nak potong daging bagi nipis masa tue.

Masa duk potong agak2 separuh, kuali letak dah atas api... nie nak bagi cepat nie. Bubuh daging macam tue saja, tak payah bubuh minyak. Bubuh kunyit & bawang putih (sy tak bubuh pon semalam)... lebur atas api macam tue saja & masak sampai ayaq daging tue kering.

Bila dah kering, baru tuang minyak & garam... kiranya kita dah nak menggoreng nie. Bagi kecut sikit daging, masukkan bawang yang dihiris, kalau nak bubuh sayur yang lambat masak macam carrot, kacang panjang ker, boleh masuk sekali. Sy tak bubuh apa pun sayur... tapi bila last dah nak masak, sy tauk cili padi (tak potong pon cili tue) tomato, daun sup & daun bawang.



Dah siap daging goreng kunyit style acik hang... tomato 4 sure ada & sayur potong besaq2 sikit, senang anak makan depa kutip perasing. Tapi hat semalam tue liat sikit takpalah masing-masing gigi bercupak :p & kelihatannya kurang garing... tak dan nak garing, lapaq nasik sangat-sangat dah!

Nak lagi dramatik boleh kot bubuh lada hitam.. atau bubuh kicap sikit ka. Sy kalau memasak.. kicap & lada hitam itu rencah yg sy kira sedap lah tue. Sajalah kot-kot sedap... masak memanjang menderhaka tak ikut resepi. Memasak ini seperti seni... tak kisah lah nak buat macam mana pun janji sedap :p

Alhamdulillahhh...

Assalamualaikum...

Hari selasa selalunya hari cuti untuk sy memasak :p Sy biasanya ke pasar andalas sebelum balik kerja. Tapau makanan & beli lauk untuk seminggu akan datang.

Selasa lepas, sy beli dua bungkus nasik + ayam berempah & add 1 ketul ayam.

Pada asalnya sy ingat RM 4.00 + RM 4.00 + RM 2.00 = RM 10.oo.

Rupanya, RM 4.50 + RM 4.50 + RM 3.00 = RM 12.oo.

Terpelengong jugak kejap. Ayam nya tue seketui tak besaq mana pun, ngam-ngam 3 jari pun dah RM 3.oo. Selalunya yam goreng seketui dalam RM 2.00 jaaa.
~ terpelengong.. terpaku/terkedu/terdiam sekejap.

Sy ada 2 corak pemakanan..
~ hauhauhauuuu... corak pemakanan, kau mampoo? :p

... ada 2 corak pemakanan, kalau sy makan ayam di rumah.. sy pilih part-part tulang sikit sebab bahagian nie lebih berperisa. Kalau sy makan kat luar, sy pilih dada.. part yang lebih isi! :p

Nasib baik pilih yang isi, kalau tadi pilih yang tulang?

Hebat, bebetul hebat, depa memang cukup cekap dalam bab selaras menyelaras nie. Tapi kita tak boleh pi marah dia, dia boleh kata.. kami beli ayam, sekilo pun dah 7 ringgit lebih kak, takkan kami nak jual ikut harga dulu?

Kat pasar andalas tue, sy perasan dua tempat yang jual ayam. Satu yang tukang chop ayam tue selalu pakai cap & sebelah dia ada jual daging sekali... harga ayam sekilo dua minggu lepas RM 7.30. Yang lagi satu kedai yang ada dua bro yang pakaian, rambut, chopping board & cara dia buat kerja pun kemas & bersih. Kat dia sekilo RM 7.50...
~ mungkin RM 0.30 tue harga yang harus dibayar untuk kekemasan & kebersihan kot..

Ok itu kat pasar andalas. Harga ayam kat pasar pandamaran pulak, sekilo boleh dapat RM 6.30. Beza dok ada dalam RM 1.00, awat jadi lagu tue? Pasai tak pantau lah.. kata hari tue pumpang pum pang kata nak pantau, tapi pantau apa pun tatau.

Hari tue kat tv, sy tengok depa duk compare harga-harga barang. Harga ikan kembung sekilo depa tulis RM 5.00 naik kepada RM 6.00. Tapi kat pasar, sebelum-sebelum nie sy tak pernah jumpak lagi ikan kembung sekilo RM 5.00... harga ikan kembung kat pasar la nie rm 7.00.. kalau ada yang 6.50, itu ikan kecik-kecik atau pun ikan yang dah nak pecah perut.

Hari tue duk sembang-sembang dengan partner sy, harga barang makin naik. Bukan lah nak mengeluh... tapi yang naik gaji tue, menyebabkan kenaikan harga barang. Kami-kami yang mana kerja swasta nie jugak yang duk melopong.

Tapi duk pikiaq pi pikiaq maii... hikmah tue ada. Ishak dah tak pakai lampin pakai buang, kecuali nak tidoq saja. Dah jimat kat situ... drypers sekarang satu pack berapa? RM 35.00 satu pack. Susu anak-anak pun dah tak banyak... depa dah kurang minum susu sekarang.

Tambah pulak kawasan perumahan sy apartment. Tapi meter air sekarang dah tukar daripada meter pukal ke meter SYABAS... dapatlah merasa air percuma tue. Selalunya bil air sebulan RM 30.00 ++ tapi bil bulan lepas tak payah bayar.

Benda-benda macam nie lah yang buat sy rasa bersyukur sangat. Dalam merasa kepayahan, tapi Allah permudahkan jalan. Janji jangan lupa kat Dia. Kalau kita rasa susah... ada lagi orang yang lebih susah daripada kita.

Macam cerita orang dulu-dulu, beras dalam rumah dah habis.. duk pikiaq nak bagi anak makan apa lah nie. Tiba-tiba teringat ada ubi kayu bawah dapuq. Boleh lah rebus & bagi anak-anak makan.

Alhamdulillahhh...


~ ini lable cloth untuk baju-baju sy akan datang.. alhamdulillah.
~ video yang dalam entry sebelum nie tue.. cara sy jahit seluar atau part-part yang senang tetas. Tak perlu tekan butang undur belakang, cuma sambil jahit, sambil tarik ke depan untuk dapatkan jahitan yang berulang.

Thursday, November 10, 2011

Video

Wednesday, November 9, 2011

TUTORIAL : 30 minit telekung lycra :)

Assaamualaikum..

Ingat ustaz don ajer ada 30 minit? sy pon ada jugak 30 minit (:p sambil jari tunjuk 3)
~ poyo!


Ok ini tutorialnya ya, tapi pesan-pesan sy :

utk ilmu telekung nie sy ikhlas, cuba dulu & show ur effort utk mencuba.. kalau tak dapat sungguh, baru tanya kat sy.

sy nie jenih cengee (garang), kalau sy nampak sangat tak cuba dulu.. sy jadi kecewa, sy cuba sy jahit & buat tutorial nie... makan masa 2 hari, stay up hingga ke pagi & jait tetas, jait tetas..

so sy harap sangat jangan cepat putus asa. bukan sy nak tunjuk berlagak, tunjuk eskyen... sy kekadang teringin nak tengok macam mana ur effort yang tak menjadi tue, bila dah menjadi nanti.. baru u akan rasa KEMANISAN nya :)


Langkah 1 :
Guna telekung yang sedia ada dan bentang atas kain macam tue saja.. tak payah pola.

Langkah 2 :
Jahit tepi BIASA pada : pinggang kain, cantumkan kain dan jahit tepi sekali terus, dan jahit juga pada bahagian depan telekung ( yang nie jangan jahit tepu cantum terus)

Jahit tepi KECIL pada : bawah kain sepanjang labuh telekung, kalau tak nak jahit tepi kecik, jahit tepi biasa & kemudian jahit lipat pon boleh (terpulang)



Langkah 3:
Jahit 2 jahitan selari untuk masukkan getah punggang. Boleh ajer nak jahit 1 jahitan ajer.. sy buat dua jahitan padal nak bagi cantik ajer bila masuk getah & cerut nanti.

Tak kisah guna saiz getah yang 1" atau 1/2" .. sy guna 1/4 ajer.


Langkah 4:
Lipat telekung dan tanda kan titik tengah pada bahagian muka. Tandakan ke kanan 6 inci (jadi jumlah akan jadi 12" lah semuanya)


Langkah 5:
Jahit dia jahitan selari sepanjang 12 inci yang kita tanda tadi. Lebar lipatan itu, anggaran 1/2 "


Langkah 6:
Masukkan getah pada 2 jahitan selari yang sepanjang 12 inci tadi. Berapa panjang getah? Getah jangan potong dulu... ini pakai agak-agaklah nak kedutkan banyak mana.


Langkah 7 :
Masukkan getah macam nie


Langkah 8:
Jahit ulang 2-3 kali pada 1 hujung getah.. kedutkan & ratakan.. ikut suka & agak-agak getah nak panjang mana & jahit ulang 2-3 kali pada 1 lagi hujung getah. Kemudian BARU potong getah.

Jahit lagi satu jahitan selari pada tengah getah... jahit sambil tarik/regangkan getah. ini utk kemasan & supaya getah tak terkilas


Langkah 9:
Lepas step 8, ambil telekung dan pakaikan di kepala, cuba tandakan berapa luas muka yang nak dan tandakan dengan kapur.

Langkah 10:
Jahit cantum telekung, jahit cantum dari bawah sampaiiii lah pe penanda kapur tadi

Langkah 11:
Ambil kain perca & potong kikik... ukuran (imagine huruf T) lebar kiri ke kanan dalam 5" dan tinggi 2 1/2". dan jahit tindih kikik pada penanda kapur tadi. (Lepas dah pin & sebelum jahit tue boleh test sekali lagi, tengok muat atau longgar luas muka tue)


Langkah 12:
Jahit selari seperti dalam gambar hingga ke hujung dekat dengan kikik. Jahit ke atas sedikit pada kikik.. ini utk mengemaskan kedudukan kikik supaya kelim jahitan kikik tak terkeluar bila pakai telekung nanti.


Langkah 13:
Ambil akin perca & potong tali, panjang dan leber ikut suka.
Jahit tepi sepanjang tali dan kemudian terbalikkan/
Jahit tali ke muka telekung.... DONE!





Tuesday, November 8, 2011

... raya haji.

Assalamualaikum..


~ telekung sy, kaler kelabu... tak salah kan kalau bukan putih, saja sy buat kaler nie pasal kain kaler nie sy beli terlebih. Lagi pulak memang fail dalam menjaga telekung... suka naik taik lalat :p Kaler macam nie at least tak ketara sangat...

Lepas maghrib semalam, sy pergi kedai kain.. ingat nak ambil stok kain yg sy book minggu lepas. On the way kat roundabout yang kat replika keris (klang) tue.. ada kemalangan. Masyaallah... naik motor, badan ok semua, pakai jeket kulit & helmet pon dok pakai lagi tapi pecah, mungkin kena gilis.

Seriyaunyaaaa... ituhari masa sy on the way naik bas ke klang tue, kat situ jugak lah kemalangannya berlaku. Roundabout yang sama... orang nie kadang-kadang bila masuk roundabout main masukkk ajer. Hang nak ke pukul 9 tapi boleh ambik lane kanan... mana tak sauk orang lain kalau tak kena gaya. Tak rancang & tak pikiaq pon sama. Sy tak boleh tengok benda-benda macam nie... ketaq lutut.

Sy dok pikiaq, anak sapa lah yang duk terbaring tengah jalan tue... daripada jeket yang dipakai, rasanya muda lagi. Kalau dah kawen pun, mungkin ntah ka baru kawen atau anak sorang duk kecik lagi.... sedih sungguh kalau ingat-ingat balik. Kalau dia Islam... moga-moga ditempatkan bersama orang yang beriman. Aminn....

Ok, cerita pasal hari raya... hari raya haji memang selalu-selalunya lah sy tak balik kampung. Tahun nie pun sama.. ingatnya nak tunggu Idris cuti sekolah dulu dan baru balik kampung. So raya nie memang sy tak masak apa pun... cuma pi surau, ambik daging korban & tolong masak-masak kat surau ja.

Malamnya pi makan kat jiran rumah atas sy... depa nie dari Bangladesh... tapi cukup baik dengan family sy dan anak-anak sy. Pandai depa nie masak... nasik nak macam nasik beriani, lauk ayam & daging. Bertambah la jugak makan :p
~ macam tak biasa ...

Tapi, bila tengok depa duk peluk anak-anak sy tue... rasa sedih pon ada. Ntah-ntah ka depa nie ada adik & teringat kat adik depa. Ada jugak yg dah berusia... ntah ka depa nie dah ada anak kat sana. Rindu kot... sy kalau bab-bab rindu nie kalah la, tue sebab kengkawan kalau duk cerita depa PJJ (perkahwinan jarak jauh) sy kata kat depa... tue pasai aku tak kerja dengan G... nggeeee.

Rindu dendam nie boleh mendera jiwa ... nggggeee.

Ok masa cuti 3 hari nie buat apa? Sy duk pulun try menjahit telekung... duk gila buat tue pulak dah. Dalam pada gila- tue dapat 2 helai, satu bawak kat office & satu lagi bubuh dalam kereta. Elok sangat lah, sy pon kekurangan telekung, tue dia pecah rahsia. Punya dok jait baju, sampai bab telekung, jatuh la miskin pulak :p :p


~ subhanallah.. sy tak tau macam mana hepi nya sy pakai telekung nie, selesa & sejukkkk ajer. Kalau ada yang nak oder, boleh request kaler & letak bling-bling bagi cantik sikit... sy jual RM 50.00

Nanti sy tunjuk tutorial... kiranya sy nak cover balik sewing party hat sy janji nak buat sebelum puasa tue dulu. Kiranya tak ada sewing party lah sebab sy pon kalut nak buat macam-macam.... jadi nanti masing-masing boleh belajar kat online saja.

Oh ya, hasil jualan barang lusuh, RM 47... boleh la, kiranya tak lah bersalah sangat daripada duk buang saja. Sy ingat nak clearkan jugak baju-baju kurung & kebaya sy masa muda-muda dulu. Pinggang dulu 26 inci cekkkk oiii, rasanya tak kurus balik dah kot, jangan duk mimpilah kekekkee...

Ok hepi sewing.. ramai yang suka cari tutorial kan? kat blog sy tak berapa ada tutorial pasal sy kedekut kekekke, cumanya one fine day.. i'allah bila masa sy ikhlaskan semuanya, itu benda pertama yang sy akan buat. Buat masa nie belum lagi, tunggu langsai semua installment dulu... ngggeeee.

Friday, November 4, 2011

... long dress Zahra

Assalamualaikum...

Sy ada dinner malam nanti.. memula ingat sy malas nak pergi. Tapi sy fikir, kalau sy pergi... nanti sy boleh jahit baju untuk sy sehelai. Nanti kiranya sambil menyelam, sambil minum ayaq lah.

Sy jahit baju untuk dinner & sy boleh tambah koleksi baju untuk jualan. Untuk baju-baju pakai dinner, kat azimaDIYshop tak ada lagi... so molek sangat lah tue.

Tapi semenjak dua menjak nie.. kepala sy rasa berat ajer, mungkin sebab sy kurang minum air kebelakangan ini...
~ minum air pon malas, hujan kan kebelakangan nie.. sejuk-sejuk, liat betul kalau kena ke bilik air :p

... kepala rasa berat, sy malas nak fikir. Itu yang jahit baju nie tertangguh, pagi tadi pukul 4 pagi baru siap. Itu pun sy banyak shortcut daripada perancangan asal. Tangan baju sy ingat nak buat bercuff, sebab baju-baju sy tak ada lagi tangan pesyen tue... tapi sy jahit bubuh getah ajer, nak cepat.

Leher sy ingat nak buat hat jenis ikat, tie neck macam sample baju dalam entry sebelum nie tue... tapi sy buat leher bulat sajork.


~ baju sy sebelum nie banyak yg cutting pada empire line, hat nie sy potong atas lagi...


~ nak highlight yang bertingkat tue sy bubuh la bling-bling sikit..


~ akan jadi projek baju readymade sy yg akan datang.. 2 kaler ajer yang sy plan nak buat : merah + hitam & putih + hitam... senang sy nak simpan stok kain.


~ ada 2 versi.. long dress & dress/blouse, dress/blouse punya versi.. soon.

Wednesday, November 2, 2011

Menu 1 Malaysia sy : RM 3,... sy pon teringin nak uji, please sy boleh tolong uji.

Assalamualaikum...

Sepatutnya sy post entry nie esok, tapi memandangkan sy dah ada bahan :p

Yang belum baca, pi baca dulu lah naaa...
http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/10/menu-1malaysia-najib-uji-kualiti-lauk.html

atau type sahaja menu 1 malaysia untuk ketahui cerita what the funny nya tue.

Menu 1 Malaysia sy :



Nasik putih (belambak... nie kiranya bajet utk orang yang kerja dengan membanting tulang 4 kerat)
.. tapi macam sy, kerja membanting apalah sangat... membanting jari jemarilah kot, ruas berkerat-kerat :p

Ikan tongkol masak sambal... atau kekadang ayam masak sambal yang saiznya 3 jari pun tak sampai
... tapi terkini ayam itu dicelup dengan tepung dan digoreng terdahulu untuk mewujudkan kesan effect potongan yang besar.. satu perbuatan yang murni!

Timun 3 hiris (timun selalunya di belah 4 dan dipotong.. untuk dapatkan 4 hiris, tapi dalam menu sy ada 3 hiris ajer... hirisan yang ke 4, utk menu orang lain pulak, sadis yek!)

It cost me RM3

The question is... where is my fried beef (my 2nd lauk) or my ayam masak kicap (3rd lauk lah), bean sprout & my papadom? Sapeee suda ambikk?
~ nangisssss....



~ ohhhhhhh nak uji kualiti lauk... sy pon teringin nak uji, please sy boleh tolong uji.

sy jatuh cinta dengan lycra

Assalamualaikum...


~ before


~ after.. jubah leher bulat & tangan cekak getah (cekak ker cekik? :p)

Ada satu benda yang sy terlupa, dah berbelas tahun.. 15 tahun rasanya dan sekarang sy baru teringat balik. Idris kata buku teks kena pulangkan balik... makanya sy pun teringatlah zaman sy sekolah dulu...

... haiiii syahdu syahdat nyaa. Masa nak hantar buku sekolah nie lah kita boleh tengok sapa cermat dan sape tak cermat, sapa rajin baca buku dengan sapa malas baca buku :p

Kalau hat rajin baca buku... bila menengokkan keadaan buku tue, sampai lunyai. Kiranya kita boleh andaikan dia khatam habis lah buku tue... khatam dari kulit hingga ke kulit. Tinggal tak rendam dalam ayaq & buat ayaq penawaq jer lagi.. hohohoohh.

Sy dedulu.. kalau tak ada telinga anjing kat buku tak sah. Ada jugak yang lekang kulit... kiranya kami memang rajin baca buku dulu :p Tapi bila masuk sekolah menengah, tiap kali masuk sekolah, dapat buku ajer.. kakak-kakak nie dah ajaq macam mana nak balut buku.. hujung tahun masa pulangkan buku, elok lah sikit.

Kalau dulu-dulu, kami balut buku... beli plastik dalam bentuk meter macam kain tue. Balik rumah, letak buku atas plastik tue & potong plastik... ikut lah nak besaq banyak mana. Pakat balut lah kami.

Tapi selalunya bila pulangkan buku... kami pi londeh balik plastik tue. Balut buku hat yang akan dapat tue pulak. Mana aci.. senang sangat lah orang yang akan dapat buku tue nanti, hang balut lah sendiri :p

Sy dah tinggal alam sekolah dah lama & anak-anak buah punya buku pun sy tak perhati sangat. Bila Idris sekolah ituhari, abah dia beli plastik yang siap dah untuk balut buku... amboiiii senang sungguh la nie. Apa nak semua ada...
~ tapi dalam senang-senang... mak dia pemalas jugak! :p

-------------
~ Anak sy, Ishak lable kan ustaz don tue sebagai ustaz mak nnnggeeee. Tapi yang kelakarnya.. cara sebutan tue, ustaz don kepada ustaz doing... ehh ada -ing pulak disitu. Lable ustaz mak tue.. macam mak yang punya pulak, LOL.



Ok cerita tentang baju nie....

... dulu sy mengelak sungguh kalau orang nak tempah baju dengan ada potongan pada bahu, pasal finishing untuk leher tue.. sy fail.

Kalau buat teknik ambil bias seam allowance, amatlahh tidak kemas untuk lycra (atau jahitan sy yang tak cantik? hohhoho) . Selebum-sebelum nie sy buat jubah untuk jubah aladdin & butterfly tue tak ada cutting pada bahu & ketiak pon tak ada... sy ambil kain lapik leher macam buat baju kurung jer.

Tapi ituhari, sy cuba buat satu blouse... haaaa kau, mudah sungguh buat finishing leher bulat guna kain lycra... ini membuatkan lagilah sy jatuh cinta dengan lycra (giler ekk... giler kan berjenis-jenis :p)