Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Wednesday, May 11, 2011

.. hari ibu & ayaq jambu.

Assalamualaikum...

Kelmarin Idris kata nak belanja sy & abah dia jambu atau air jambu.. sempena hari ibu, mak pilih la mana-mana jambu atau air jambu.. katanya.Hari sebelumnya dia kata nak beli bunga.. tapi sy kata, bunga tak boleh makan!
~ ahahhaha.. macam tak faham peel maknya tuh!

Tapi bila abah dia kata nak banyak-banyak, dia kata.. dia akan carry forward bekal yang dibawa untuk sekolah pagi ke sekolah petang. Untuk membolehkan dia ada lebih duit saku.

Tak gamaklah abah hang oii... rasa nak menitik ayaq mata! Tapi abah dia melawak ajer sebenarnya... saja nak test, saja nak tengok kelaku.

Semalam, dapat lah merasa ayaq jambu. Rasanya lebih manis & lebih sedap daripada biasa.. anak belanja :p

Tapi sy nie jenis tak alert sangat sambutan hari-hari nie. Kalau tanya sy bila hari ibu, hari bapa pon sy tak tau. Mungkin pasal sy orang kampung, mungkin juga sy rasa perasaan sayang tue harus hadir dari dalam hati, dan disampaikan dengan seikhlas hati jugak. Kalau ia tak melanggar hukum syarak, nak ingat takpa.. tak ingat pon takpa.

No heart feeling.. cuma kalau ingat tue kira bonus. Jangan meminta untuk diberi, biar ia ikhlas dari hati. Macam lawak Jozan, sy ikhlas takat RM 30 ajer, RM 50 dah tak ikhlas.. korek tabung masjid balik untuk balance. Ahahaha...





Lagi baju custom made, kurung aladdin, hitam, saiz XL.... salah seorang peminat blog azimaDIYshop nih!
~ nggeeeee.. ahkak ditimpa perasaan!

Lagi sekali... suka takpa, tak suka pon takpa. Cuma kalau minat tue... dalam hati ada taman lah sekejap! Nggeeee...

Tuesday, May 10, 2011

... siap lah kau chicken fat!

Assalamualaikum..

Orang yang kita sayang memainkan banyak peranan dalam hidup kita, terutamanya dalam meningkatkan diri. Kalau orang luar yang tegur, kita boleh masuk telinga kanan dan keluarkan di telinga kiri, buat dono, buat bodo. Tapi kalau orang yang kita sayang nie tegur, terkesanlah juga kat hati.

Dulu, masa sy tak tahu drive walau dah 8 tahun dok renew lesen buta-buta, sy memang rasa tak yakin, sy takut sy langgaq orang & orang tue mati! Kahkahkahh..

.. sungguh sy penakut betui, sy jenis gabra, kelam kabut & lepot plak tuh.
~ lepot tue tak lasak lah.. tengah jalan elok-elok pon boleh jatuh :p

Orang lain, kalau takut boleh menjerit.. sy kalau takut, sy rasa sempit dada & terdiam tak kata apa-apa. Sy teringat lagi masa naik roller coster masa dok bercinta-cinta dengan kekasih sy dulu :p

... orang lain dok menjerit wak wit, wak wit... sy selop!!
~ selop tue terdiam & selalunya dikaitkan dengan budak nangis terlampau sampai hilang suara.

Ahahahaa.. sy kena remind dalam kepada, bernafas, bernafas & bernafas. LOL....

Yang boleh sy tekad nak belajaq drive balik... bila Idris kata, abang teringin nak jalan-jalan dengan mak naik kereta. Ooooiiicc... dia teringin macam tue, kami spend masa berdua jalan-jalan sama.

Dan kalau sy rasa vitamin M (malas) sy banyak sangat.. sy selalu suruh orang rumah sy pesan jangan malas sangat. Dia memang takkan cakap sy pemalas.. tapi sy paksa dia. Ahahahaa... pagi nie sy paksa dia cakap sy gendut! Ngggeee... terima kasih. Sy bersemangat.. siap lah kau chicken fat!
~ debik-debik pada perut gendut!






Custom made XS. Mak budak punya, tapi kecik molek... serius pinggang kain ahkak pakai kat drumstik! LOL...

*** sy berura-ura untuk azam, sehari sebiji tomato.. kekah makan macam tue ja, untuk meremajakan kulit!
~ kakakaka... remaja lah sangat!

Monday, May 9, 2011

untuk sape2 yang - berpunggung 50 inci

untuk sape2 yang
- berpunggung 50 inci
- minat baju kurung readymade sy
- minat kaler maroon...
~ ada tawaran diskaun sket nak bagi :p

BLOUSE 2 in 1~ readymade saiz S & M

Assalamualaikum..

Kalau ada berkenan dihati, bolehlah pinang.. RM 56 sehelai termasuk poslaju (s'jung)

(Saiz nanti sy update!)


MERAH BATA ~ SAIZ M



PINK ~ WARNA SEBENAR TAK SHOCKING SANGAT SPT DALAM GAMBAR, SAIZ S


~ SOFT PINK, SAIZ S


~BIRU KELABU~ WARNA SEBENAR BIRU KELABU SIKIT TAK SEPERTI DALAM GAMBAR, SAIZ M


~ LIGHT BLUE, SAIZ M


~ HITAM, SAIZ S

yaaa! sy sedang memerli (spelling? perli sepatutnya jadi memerli atau memperli? sy tak pasti

Assalamuaalaikum...

Ada banyak benda kelakar yang berlaku kebelakangan ini dalam hidup sy :p Bila badan letih tapi kena push untuk melakukan sesuatu... sy cenderung untuk menjadi gila-gila.
~ gila-gila.. bukan gila, bahaya tue :p

Sy teringat kisah masa abang sy datang rumah masa nak hantar anak dia balik Mesir. Dia kata, kalau tv harga RM 2, hari-hari dia akan hempuk tv. Kelihatannya ganas :p tapi dia sebenarnya tertekan dengan simptom muak & loya-loya yang dialami tiap kali menghampiri pilihanraya :p

Kelakar & sy memahami. Sy akui, corak pemikirannya sama seperti sy, kami tak perlu di-GULA-GULA-kan!. Sy katakan pada dia... nak hempuk tv? Balik hempuk tv kat rumah dulu lah... kikikikikk.

Semalam, sy rasa kelakar sekali lagi dan kalau tv itu memang RM 2... sy dah cucuh ke api. Berita semalam terselit tentang bahaya menorek telinga. Ada sape yang tengok segment tue semalam? Kehkehkehh... sungguh kelakar!
~ yaaa! sy sedang memerli (spelling? perli sepatutnya jadi memerli atau memperli? sy tak pasti)

"Telinga manusia terbahagi kepada telinga luar, tengah & dalam. Perbuatan mengorek telinga boleh menyebabkan keradangan dan yang boleh menyebabkan kepekakkan.. jadi, disarankan untuk berjumpa pakar."

Sy tak berapa ingat sangat skrip tue tapi macam tuelah lebih kurang. Sy dengan kekasih sy kebetulan hujung minggu lepas letih sungguh, dia bertukang, sy siapkan tempahan, mengajar & semalam kami pi beli kain & lain-lain peralatan menjahit sy.

Dan jugak peel kami berdua nie suka reka skrip sendiri.. makanya terkeluarlah dialog-dialog kelakar untuk stok geli-geli ketiak.

Doc pakar telinga : Ya, encik ada masalah apa?

Manusia masuk air : Sy nak minta doktor pakar korekkan telinga sy boleh?

Doc pakar telinga : Satu putik kapas sy caj RM 300, boleh?

Helloo.. korek telinga pon nak kena jumpa pakar, cakap pom pang pum pang boleh lahh, nie hat marhaen yang makan pon kena catu nie macam mana?

Sy orang kampung & sy tahu apa erti susah. Tapi susah-susah sy, alhamdulillah tak pernah tertangguh keinginan nak makan. Tapi sy faham apa perasaan bila anak-anak suarakan keinginan nak makan itu dan ini, dalam masa yang sama ibubapa tak boleh nak adakan & tunggu gaji. Sy pakai kereta buruk & bocor pon tak apa.. alhamdulllah, tapi sy cukup sensitif bab makan & anak-anak.

Jangan buat kelakar sangat masa zaman-zaman sekarang nie, dengan harga barang makin naik. Ke pasar bawa RM 50 pon dah tak terasa apa-apa. Jadi RM 300 kita nak bagi makan anak-anak atau nak korek telinga?

Kekadang ada ketika kita dengar benda-benda kelakar macam nie, kita boleh gelak & kalau kelakar tak menjadi kita boleh oooiiicc kan ajer. Tapi kalau salah masa dan keadaan boleh merasa makan kasut saiz 9!

Kau takkan tahu apa erti susah sehingga kau merasa susah. Dan aku takkan merasa apa itu kaya.. kerana aku tidak mahu kaya. Kerana, kaya itu akan membuat aku jauh daripada-Nya!!


***Kekasih sy potong duit saku Idris kepada RM 1.50 sebagai denda. Tapi RM 0.50 dia bawa balik semula ke rumah. Bila abah dia tanya kenapa tak beli pape RM 0.50 nie? ... mana ada aiskrim yang boleh beli dengan RM 0.50, katanya dengan muka monyok tapi kelakar. Bagus.. satu pengajaran untuk kamu. Rasaiinnn!

Saturday, May 7, 2011

ayat coverina & pink tergejut..

Assalamualaikum...

Sy punch card menjahit dalam pukul 10 lebih malam tadi, sampai la nie still berjaga.. letak kepala dan setengah jam ja & la kerja pulak. Mengantokkk uiiii... menyesai pun ada kadang-kadang kalau time dah tak larat celik mata... ada mancis? Nak pinjamm!





Warna ungu kelabu & hijau lumut, saiz S, jiran sy punya.. punya lah duduk bertahun baru kenal jiran LOL... atau boleh tak sy buat ayat coverina, maaflah sy nie RABUN, tue yang tak berapa kenal orang :p Padahal menjahit boleh pulak kau kan.. serius kan Senah?.. itu ajer ayat yang paling afdal!








Oder kawan sekolah... shocking pink, pink tergejut.. memang betul-betul ahkak hurut dada, tergejut.. ahkak mendap sungguh :p

Thursday, May 5, 2011

cerita ceriti balik kampung

Assalamualaikum...

Sy dah ok, urat sy dah ganti dengan dawai, tulang sy dah ganti dengan besi.. berkat mengerjakan praktikal menanam padi di balkoni rumah sy semalam...
~ nggeee... sy tipu!

Adalah tue sy sy kerjakan.. tak bilik air, bilik jahit sy. Tak bilik jahit, almari baju sy... tak almari baju sy, orang rumah sy. Kikikikik...

Urat & sendi rasa selesa hari ni & sy kembali semangat untuk bekerja, siap pasang kuda-kuda!

Ok, cerita ceriti balik kampung.. cadangnya nak balik kampung pukul 4 pagi, last-last subuh baru gerak. Sebabnya masa sy menjahit, Ishak terjaga & nak menyusu.. last-last sy sekali hanyut. Jahitan yang sikit lagi nak siap tue, sy kena siapkan jugak sebelum balik.

Masa dalam kereta, masa berkualiti sy... tidurrrr! Sedar-sedar ajer dah kat Tapah rasanya, dah half way kauuu. Memang tidur mampuss terus... nnggee. Berhenti kat situ, makan nasik.. ada lauk tapau dari rumah patin masak lemak cili padi sikit & beli lauk tambahan kat R&R.

Serius makanan kat R&R sekarang nie mencekik gila, 3 ekor keli saiz kecik buat masak sambal & 2 ketul ayam masak kicap = RM 20! Kalau ikut hati den, rasa macam nak hantar santau ajer... hihhihii!
~ tipuuuu.. takderlah. black magik nie, ahkak memang black lah, blacklist.

Sampai rumah dah dalam tengah hari.. dek kerana kat rumah tak ada lauk. Kakak sy tapau beli lauk kat kedai Kubu Gajah, berdepan dengan exit tol Bukit Merah. Dia beli ikan keli bakar 5 ekor saiz sedang, air asam, sambal tempoyak, 2 ketul pajeri nenas, kerabu perut + pucuk paku. Teka berapa RM? Bila tanya berapa memang rasa hangattttt hati kat R&R tue. RM 16 jer Senahhh... tak ker rasa nak bako? kita bako, kita bako ajer!

Petang & malam tak ke mana, just borak-borak sambil sy potong kain. Sy bawak balik mesin jahit tepi ke kampung kali nie. Dah gunting, jahit tepi terus... punya lah nak kampoi!


~ Darwish sampai lewat sikit.. dah kurus dah dia, tengah mengesot sekarang nie. Masa sy nak balik, sy kiss banyak kali & anak buah sy kata, jaga-jaga acik nanti berjangkit (kakak sy ygang umur 43 tue kan tengah mengandung sekarang nie :p) Sy kata.. nak jangkit, acik pandai-pandai kelepiaq lah :p
~ tau ker kelepiaq tue, amende? :p

Ahadnya, pagi pergi Pekan Ahad Sungai Gedung..


~ see.. ada orang jual rokok daun. Sy teringat dulu masa kecik ambil rokok daun nie & buat korek telinga. Bukan main rojoh macam tue saja, kena lipat & buang dulu hujung rokok baru boleh korek telinga.. tapi syokk oooo korek LOL!

Balik singgah rumah kawan kakak sy ambil ukuran baju dia, kemudian terus gi rumah kakak sy. Kami kenduri ikan sepat hari tuee...


~ sy buntu dan keliru, tak tahu mana satu nak cicah.. dengan sambal membelam atau dengan sambal tempoyak... ngan masak sambal ikan sepat lagi. Sy tak tahu memilih yang mana satu... rasa macam hilang ingatan pon ada, meahaahha. Last-last yang sy tahu, tetiba sy tersandar kekenyangan. Ngggeeee.. hingga sekarang baru sy teringat, sy tak rasa pon masak labu air tue.. ishh ishh isshhh.


~ zoom, telur ikan sepat tue lagi asyikkk kalau buat asam pedas, aduhaiii...


~ sesi cuba baju... kurung butterfly saiz L, tudung tak matching daaa tapi selamber ajer dia, nak kaler merah tuuuhh. See kalau sy tak jaga badan, sy bakal masuk dalam kelompok nie, wat to do.. dah baka macam nie.. tue yang kena pedo-pedo sikit makan. Tapi kalau balik kampung sy tak boleh pedo-pedo.. sy sebat ajer :p


~ anak buah.. nak jugak tuhh :p

.. petang pi Bagan Serai kejap beli baju anak-anak, dek kerana sy banyak makan semut gamaknya. Masa sy pack baju anak-anak, sy pack seluar Idris ajer.. baju sy terlupa! Balik rumah rumah, kawan mai ambik baju & malamnya tue sy pergi hantar baju kat kawan pulak & terus gi Kamunting, tapau nasik ayam.


~ see.. terpacol isi ayam dia,mengalahkan isi sy.. ahhahaha.

Nasi Ayam K.T.M kat Kamunting... kalau naik bas Merah yang lalu dari Bagan Serai ke Taiping tue, bus akan lalu depan kedai tue. Sy tak berapa pandai bagi landmark, apa nama taktau tempat tue..

RM 4 sebungkus, berlambakkk nasik & ayam dia! Serius, sy jatuh rahang! Satu bungkus, boleh kongsi dua orang, sy kongsi ngan orang rumah sy.


~ ini kisah benarrr.. bukan chobaan! RM 4.00 yerr...

Asyik sangat snap pic, sampai orang rumah sy tanya bila nak boleh makan? Hahhhahaa... sy terpersona! LOL...


~ pandangan tepi... see membuak-buak isi :p

Esok paginya, nak balik plan gerak awal.. tapi kawan sy request nak tampal bling-bling. Malamnya sy tak sempat tampal pasal mengantuk sangat.. terlewat gak gerak balik. Dalam kul 9.30 balik sampai Klang pukul satu lebih. Banyak makan masa pasal terpaksa exit Gopeng & Rawang, isi NGV. Wat to do... nak jimat, cara orang tak berduit! Nggeee...



Malamnya.. keluar makan, agenda tertunda birthday baby boy ituhari. Minum ais tak sedar diri nie lah yang buat sy alah dapat 3 serangkai ituhari :p Padan hidung!

Wednesday, May 4, 2011

Ya, sy rasa nak mengaum..

Assalamualaikum...

Cerita ceriti di kampung sy KIV kejap, balik dari kampung sy kena demam & flu. Dah tua-tua nie, banyak nikmat yang dah ditarik balik.. dah lama tak minum ais, sesekali nak pekena pon tak boleh :p

Bila sy sakit, urat-urat badan rasa kelat, badan rasa lemau, lalu sy rasa down & kena pulak beberapa incident yang membuatkan sy frust... jadi sy perlukan suntikan semangat sikit untuk bangkit kembali.

Serius, waiting list untuk baju- baju banyak sy nak kena sy selesaikan. Sy bukan nak mengeluh.. sy kena bersyukur & sy bersukur alhamdulillah... tapi bila badan lemau & kurang bersemangat, sy letih.

Selalunya kalau jadi macam nie, cara sy motivate diri dengan pandang depan cermin, kutuk diri sendiri. See... bersememehnya nko! Apa lah nak jadik? Kemudian lawan balik.. untuk menangkan diri sendiri, jegilkan mata atau bentuk-bentukkan mulut misalnyaa.. untuk mengejek kembali :p

Untuk urat-urat yang kelat, badan yang lemau.. sy buat aktiviti regangan untuk kendurkan urat balik, sental bilik air atau mengemas misalnya yang boleh berpeluh. Badan yang berpeluh pasa sy seolah-olah sy singkirkan semua cas-cas negatif dari dalam badan. Pada sy, badan yang selalu dimanjakan akan jadi berat & malas bergerak :p

Kata-kata semangat juga perlu, dan kata-kata semangat untuk diri sy kali ini...

kembali~ walaupun hidung aku perit, urat-urat aku kelat.. tapi dalam hati ku dah pasak cukup-cukup, katalah apa saja aku takkan rebah, hinalah apa saja aku takkan berkudis!
~ serius aku rasa cam nak mengaum plak sekarang nie, kasi up aku punya adrenalin! kehkehkeh
Ya, sy rasa nak mengaum..



aummm.. ganas tak, ganas tak? grrrrr..

Musuh yang paling sukar dikalahkan ialah diri sendiri, semua cas-cas negatif itu harus disingkirkan.. dan untuk menyingkirkannya perlu kepada semangat yang kental, harus lawan.
~ abis lah nanti orang kata ada saka rimau, waris jari hantu.. ekekek :p

Friday, April 29, 2011

kupang & derau

Assalamuaalikum...

Rabak mata sy hari nie :p

Semalam, lepas standby oder nota, sy mula menjahit baju. Dek kerana ralit buat kerja sambil dengar lagu-lagu tahun 90 an, sedar-sedar ajer DJ radio kata kejap lagi masuk waktu subuh. Aduhaii terlajak sudah...

Nak berjaga, berjaga juga.. tapi sy kontrol jugaklah, jangan bagi lajak sesangat & selalu-selalu sangat. Takut penyakit datang... selang-selang lah. Hari nie stay up, esok tidur macam biasa.. badan nak kena jaga sama dekk!

Sy sebenarnya dah tak der mood nak buat kerja.. :p Bolehh?

Tak sabar dah nie nak balik kampung cuti labour day nie, mana yang nak balik kampung terutamanya sabtu pagi & menghala ke utara, hati-hati ok. Dengan pesanan, jangan sampai cilok kereta ahkak, nanti ahkak take over kereta & tunggu hampa kat simpang! LOL.. simpang mana? Belah utara banyak simpang.. simpang taiping, simpat empat semanggoi, simpang tiga selinsing, simpang siur :p

Bila cerita balik kampung... sy teringat bendang & teringat cerita dulu-dulu.

Ambil mood ok, kita nak flash back nie... sekitar hujung 80an & awal 90-an, masa tue kita belum baliaq lagi nngggeee... tak tau apa lagi, tau seronok nak main ajer :p

Dulu, nak buat bendang tue cukup susah... semua pakai kederat tulang 4 kerat. Kita cerita cara nak mengusahakan bendang cara dulu. Nanti, kot-kot harga beras melambung naik, boleh kita pakat-pakat tanam padi kat balkoni atau bumbung rumah masing-masing ker kan?
~ bengkek hati kan? marhaen nie, duduk dalam rumah nak bernapas pon sesak, lagikan pulak nak menanam bagai....

Ok, mula-mula... petak bendang akan diracun dan dibersihkan. Rumput-rumput yang dah mati akan di longgok-longgokkan dan balik-balikkan untuk pastikan rumput benar-benar mati.

Masukan anak benih dalam guni, ikat & rendam dalam tali ayaq. Rendam nak bagi benih tue tumbuh tunas.. kalau tak pon rendam dalam besen besaq.

Lepas tue, kita kena menabuq~ menabur. Cari plastik guni baja ataupun daun pisang & susun tepi batas tali ayaq. Kaut keleboq (selut) yang dalam tali ayaq tue pakai baldi & tuang atas pastik atau daun pisang tadi. Ratakan.. part nie sy selalu mengelak, sy nie penggeli. Kekadang ada macam-macam binatang dalam selut tue... eiii geli sungguh!

Kemudian tabuq benih padi.. dah siap tutup dengan guni atau daun pisang, untuk elak ayam patuk makan benih padi tue. Tunggu sampai anak padi tue tumbuh dalam anggaraan sejengkal.



Koyak benih padi yang tumbuh atas selut (semai) kepada saiz yang lebih kecil dan disemai ke petak semai di dalam bendang.Tunggu lagi sampai semai besar sikit..

... bila dah besar, kena cabut semai tue, depa ikat semai & kandaq untuk diagih-agihkan ke keseluruhan petak bendang.



Untuk kami yang budak-budak nie... masa cabut semai nie, kami bubuh semai atas plastik besar, kami tarik dalam bendang untuk hantar ke petak bendang. Sy tarik satu bucu, kakak sy tarik satu bucu.

Dalam bendang kan ada ayaq.. jadi seronoklah. Masa pergi bawak semai, masa balik.. kami gilir-gilir naik atas plastik tue pulak. Kakak sy duduk atas plastik dan sy tarik dia, bergilir-gilir lah. Masa tue bendang tak ada lintah & pacat kat batas bendang ajer. Main kejar-kejar dalam bendang.. penat tue memang penat tapi.... syokkk ooooo!!!!

Tapi ada satu jenis semut api yang kekadang ada dalam semai.. kalau kena gigit, sakit sungguh. Sy pernah tengok paha arwah mak sy yang kena gigit & bengkak menggelupas kulit. Sy pernah tanya arwah mak sy.. sakit tak? Dia kata kalau budak-budak budak dah menangis, nasib baik dia dah tua. Maknanya sakit sungguh bisa kena gigit semut tue :( :( sedihnyaa...

Semasa proses menanam.. semai tue akan akan dicarikkan kepada yang lebih kecil dan ditanam dengan kuku kambing.



Bila dah siap tanam, biar hingga besar, tapi dalam pada tue kenalah tabur baja. Bila pokok padi dah besar, ayaq dalam petak bendang akan dikeringkan dan selalunya masa nie lah orang kampung rajin menggagau ikan, mengail ikan, menangkoi, menjala & macam-macam lagi.

Tunggu padi masak... kalau masa tunggu padi masak nie, sy ingat selalu petang-petang abah bawa kami naik motor ronda-ronda naik motor tengok padi, masing-masing pakat berebut nak duduk depan motor.. hai nostalgia batul.

Bila padi dah masak, pokok padi akan dikerat dengan pisau mengerat..



.... kemudian di letakkan di celah perdu pokok padi untuk proses seterusnya iaitu memukui ~ memukul.



Pokok padi di pukul pada tangga yang diletakkan dalam tong padi dan didepan tong diletakkan layar daripada plastik baja untuk elakkan daripada padi tercampak keluar. Padi yang telah dikumpulkan, di jemur dan dianginkan untuk pisahkan dengan hampas. Kemudian akan dimasukkan dalam guni padi untuk dihantar ke kilang.

Kalau masa menanam atau mengerat nie.. sy punya tugas kena hantaq makanan untuk orang yang menanam atau mengerat tue. Tak dernya sy nak duduk lama di bendang.. geli dengan pacat. Hantar makanan... terus lari menyerit balik :p

Selalunya, menanam atau mengerat nie kerja orang perempuan. Kerja orang lelaki masa menanam ialah kandaq semai ke petak bendang. Kalau masa mengerat.. orang lelaki memukui padi.

Sy masih ingat lagi ada satu sistem yang orang kampung guna kalau masa mengerat atau menanam... iaitu kupang & derau. Kupang maknanya, kerja mengerat atau menanam upahnya dibayar dengan duit. Derau pulak maksudnya dalam satu kumpulan tue masing-masing bergilir buat kerja. Kalau padi sy dah masak dulu, kawan-kawan dalam kumpulan sy akan mengerat bendang sy dulu. Esoknya padi Jah masak.. sy pi mengerat padi dia pulak.

Arwah mak sy selalunya akan reserve kan satu tempat untuk dia tanam padi pulut untuk buat ketupat masa raya & untuk makan sendiri. Dia juga ada tanam sikit spesis padi yang kami panggil padi burung... padi nie biji padinya kecik & pokoknya pon kecik dan rendah ajerr...

.. tapi bila last time sy jejak kaki ke bendang? Lamaaa sangat walaupun rumah dekat ajer ngan bendang... la nie katanya bendang ada lintah, lagilahhhh geli :p

So, teori dah ada.. bila kita nak buat praktikal tanam padi kat balkoni rumah kita? LOL...

Thursday, April 28, 2011

baby boy yang ke 35 :p

Assalamualaikum...

Hari nie hari lahir teman, kekasih & baby boy yang ke 35 :p
~ laling.. temah ucapkan selamat hari lahir..

Seperti biasa, sementara tunggu pukul 12 malam.. kami bercerita, tentang kisah-kisah dulu & masa depan. Apa berbezaan & apa perubahan, apa yang tak suka apa yang suka. Dia highlight kan beberapa kekurangan sy & kelebihan sy.. dan sy juga buat benda yang sama. Kami bercerita secara jujur. Pada sy, apalah perkahwinan itu jika tanpa komunikasi...

... waktu-waktu bahagia macam nielah nak kena highlight mana yang tak kena. Jadi teguran itu diterima dengan lebih berlapang dada. Jangan tunggu bila ada masalah baru nak tegur.. susah nak terima dan mungkin akan ada sedikit unsur ego masa tue.
~ laling semoga panjang umur murah rezeki, temah sayang hanya pada laling seorang! :p

Ngggeee.. jangan ada yang muntah dah LOL.. kasi can lah, orang tua pon nak bercinta jugeekk :p

Wednesday, April 27, 2011

Lagi pic blouse 2 in 1 ~ blouse + shawl

Assalamualaikum...

Lagi pic blouse 2 in 1 ~ blouse + shawl






~ Shocking Pink, Saiz S, RM 50 (tak termasuk pos) ~ AVAIALBLE






~ Gray, Saiz M, RM 50 (tak termasuk pos) ~ SOLD

Tuesday, April 26, 2011

fitting & biskut 4 segi....

Assalamualaikum..


~ kurung aladdin terbesaq yg sy buat so far. Seperti yang sy bagitahu sebelum nie.. sy bukan nak aim kat saiz orang tue, sy nak highlight bahawa sy respek dengan mereka yg plus size tapi berani berfashion & bermain warna.

Sepatutnya hari nie sy nak bagi baju nie kat owner dia untuk buat fitting... dah dalam kereta baru teringat baju nie tertinggal. Hampeh sungguh... sy ada agenda sendiri sebenarnya, kain warna nie sy beli lebih.


~ elok lepas snap pic, coihhh.... kain melorot jatuh.. kekekeke

Kalau dah buat fitting & baju dah ok, tak ada yang tersilap potong... balance kain tue sy nak buat blouse 2 in 1 kat sy. Balance kain tue sebenarnya tak berapa cukup nak dapatkan shawl seperti labuh yg standard, tapi dek kerana nak pakai utk sendiri.... kira acilah kot nuh? Habuan nak pakai sendiri, yang mana reject tue.. hat tue lah kita ambik pakai huhuhu. Wat to do... nasib nasib :(



Semalam, kami bersembang punya bersembang... ada orang tue dah terlajak dari waktu tidur dia. Masa orang lain makan, dia sibuk main.. dah malam-malam buta, baru cakap lapar. Kaunter makan ditutup pada pukul 9 malam yer anak-anak, lepas daripada tue sebarang masalah tidak akan dilayan.

Tapi dia selalu bilang dia kan kecik lagi... oooiiiiccc, maknanya awak kecik lagi so, awak ingat awak boleh buli sy dengan buat ayat comel macam tue? Awak mengorat saya pon sy takkan termakan dengan ayat-ayat mulut manis awak tue.. tahu?
~ skrip rekaan sahaja :p



Sy buatkan vico & biskut 4 segi ajer. Kelihatan sy kejam sangat kan? takk... dia cukup dengan itu :) Dia layan ajer & dek kerana melihatkan dia beria makan.. sy pon ikut sama rasa lapar :p

Biskut 4 segi tue sejak dari zaman sy kecik lagi, tak boleh lupa style mematahkan biskut tue. Letak di atas tapak tangan & karate.. dan bila melihatkan Ishak membuat cara yang sama, sy terpesona :)

Dibesarkan di kampung & rapat pulak dengan arwah mak, petang-petang hari selalu mengekor dia pergi rumah jiran.. sembang-sembang kosong, mesyuarat tingkap kata orang :p

Dan... adatlah orang kampung, dah namanya tetamu.. kalau tak ada apa sangat, ayaq kopi O & biskut 4 segi nie lah yg paling basic mesti ada dalam rumah. Kemestian kalau tiba-tiba tetamu datang..

... sedap wehh kalau dengaq mak-mak bergosip sambil ralit cicah biskut 4 segi dalam ayaq kopi. Serius sy ok walaupun hanya kopi O dan biskut 4 segi ajer, cukup ok sehingga kekadang tue tuan rumah kena topup pon ada... thehehhe.

Sehingga sekarang sy ok.. ituhari dek kerana teringat kat biskut 4 segi, satu plastik tue sy & anak-anak sekali hadap. LOL....


Teingat lagi.. pergi kedai tok wan lid beli biskut 4 segi, beli yang pakai timbang tue. Cukup syokkk cicah... tambah-tambah lagi kalau musim hujan!

~ kekasih sy kata, biskut 4 segi sekarang, saiznya lebih kecil. Yalah.. mungkin beberapa mm, kalau nak test, kita kena cari cawan lama macam zaman mak-mak dulu guna, cawan cawan arcopal alkorok dulu. Kalau biskut tue celuih...
~ kita ulangkaji yer anak-anak, apa maksud perkataan celuih tue?

.. kalau celuih masuk ke mulut cawan, maknanya betullah biskut 4 segi sekarang dah alami transformasi :p

Biskut 4 segi sepatutnya tak celuih masuk ke mulut cawan, sebab tuelah pelbagai style & gaya kami reka untuk mematahkannya kepada dua.. dan seringkali juga patah hancur kalau karate pada sisi yang salah! LOL..

Monday, April 25, 2011

~ Tutorial : Macam mana nak pakai blouse 2 in 1 ~

Assalamualaikum...

Baju saiz S, hakikatnya sy saiz M :p


1. pakai baju & pegang bahagian shawl


2. belit ke belakang.. terpulang samaada dari kanan ke kiri atau dari kiri ke kanan.. bergantung kepada kebiasaan anda


3. singkap naik shawl untuk menutup kepala ~ sy memakai inner neck untuk menutup rambut & leher, boleh juga pakai inner syria


4. untuk yang nak belit 2 kali ( kurang menutup dada) boleh belit shawl & pinkan. sy hanya belit sekali dan membiarkan shawl menutup sepenuhnya dada.

Redha lah.. bukan rezeki sy.

Assalamualaikum...

Hujung minggu yang agak produktif untuk saya, rasanya bekerja di bawah tekanan lagi berhasil pada sy :p

Ok, menyiapkan tampahan untuk di bawa balik & ini rutin sy sejak dulu lagi. Bila ahkak nak balik kampung, maka berbondong-bondong lah yang harus dibawa. Mana baju yg dah siap jahit, kain yang belum jahit.. dan sejak depa pakai handfon yang ada MMS, kain yang mana dah siap jahit, depa demand pulak suruh hantar MMS... tak sabaq nak tengok katanya. Haduiii... semput ahkak.
~ tenang.. bawa bertenang, nanti cepat kedut! :p

Tak kisah lah hat tue... seronok kalau tengok kakak-kakak kita pakai baju hasil dari ayaq tangan kita. Nak tolong bab duti ringgit, kita tak mampu.. takat harga adik beradik, itu ajerlah yang mampu. Rezeki daripada berkat doa depa jugak... tak gitu?

Bercakap pasal rezeki.. sy pernah tulis dulu, kalau namanya bukan rezeki kita... dah dalam mulut pon Allah boleh bagi terkeluaq balik. Ada dua helai baju sy yang dah siap sy jahit & masa iron bling bling, kain yang sy buat lapik tue turun warna pada baju.

Sy dah basuh pakai kloroq tanak tangal, Mr. Muscle yang sy buat sental dinding bilik air tue pon sy guna... tanak tanggal jugak. Ok, that's it. Redha lah.. bukan rezeki sy. Kadangkala dalam melakukan sesuatu, ter over do pun tak menjadi juga.






~ jubah aladdin ungu kelabu.. orangnya tinggi & harap-harap bila pakai bling bling yang satu tue terenjak atas sikit.. :p

Saturday, April 23, 2011

Kurung modern & jubah aladdin...

Assalamualaikum...

... kurung modern aladdin.






... jubah aladdin ~ baju seperti dalam entry sebelum nie.