Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Friday, April 22, 2011

Besaq ~sy nak buat lagu mana bagi celuih.

Assalamualaikum...

Sat ja nooo.. dah jummat balik. Dalam pada dok cekau sana, cekau sini.. terkam sana, terkam sini. Rasa macam tak dan buat apa pon, tapi nak masuk bulan May dah.

Mempunyai anak yg bersekolah, sy menjadi sedikit prihatin... terutama tentang cuti sekolah :p. Ituhari anak buah sy bertanya, cuti sekolah nie acik nak pi mana? Well well well... sy sebenarnya tak merancang untuk meletakkan cuti sekolah = pergi berjalan-jalan menjadi satu kebiasaan. Biaq depa rasa macam biasa ja... macam tak ada apa benda berlaku. Time sekolah kena pi sekolah, time cuti kena pi taska.. makpak hang kena kerja lagipun depa bukannya kerja chop duit. Kikikikik...

... macam tue lah ayat yang arwah mak & kakak sy dok kata kalau nak benda yg demand sikit. Awat hang ingat pak hang kerja chop duit? Tapi ada ka pekerjaan chop duit.. itu yang sy dok tertanya-tanya dulu :p

Lagi satu... rimas rasanya nak jalan ke mana-mana waktu cuti sekolah nie, sana sini orang meremut :p. Tapi, terrrrr plan lah jugak nak pi satu tempat untuk cuti... kerja tunggang tungging pun kalau ada benda untuk reward diri sendiri (& family) pon best jugak nuhhh... jadi, nanti-nanti kita bersemangat lebih lagi. So kiranyanya nie untuk semua, cuti sekolah pon iya, dah lama tak jalan pon iya, sesekali nak reward diri pon iya.

Hari nie sy nak cerita tentang besaq. Ituhari sy terima oder dari orang besaq.. maksudnya sy saiz dia. Sy terkedu gak sebenaqnya.. sebab sy tak tau nak buat lagu mana! Design baju nie bahu mai sekali sambung ngan tangan.. so kita ada kekangan kat situ. Kalau orang tue badan besaq... kain lebaq takat 60 inci saja.. jadi kita nak bubuh kat mana tangan pulak nak bagi celuih?
~ celuih tue muatlah maksudnya...

Sy boleh ja kata.. taktau buat lah kak, tak cukup tanah!

Meahahah... sy melawak ajer nie, sy bukan nak aim kat saiz & kain extra yg nak kena beli tue. Tapi sy respek sebenarnya kalau orang berbadan besaq tapi still nak berfesyen... bagi sy itu berani. Feel comfortable with your body.. adalah salah satu cara untuk naikkan self esteem.

Pakaian boleh mempengaruhi pembawakan diri, misalnya pakai selipar dengan high heel. Dengan memakai selipar mungkin sy berjalan bersepah sikit, ikut dan ajer & sedikit unsur serabai . Dalam kepala dok pikiaq.. janganlah jumpa dengan sapa-sapa yang kenal!

Tapi tapi bila dengan high heel, gaya langkah dah lain.. sekurang-kurangnya yang bersepah tadi terdidik lah sikit, yakin sikit... jalan pon tengok orang sebab dok perasan macam orang dok tengok kita.... nngeeeee. Walaupun pada hakikatnya.. orang dok usya taik mata sesat kita! Kehkehkehh...

kat mana kita tadi?

.. ok, sy respek ngan orang yang berbadan besaq, tapi berani berfesyen & berani bermain dengan warna. Mempunyai tubuh badan yang besaq, tak bermakna tak boleh berfesyen apa pon.. tak cantik. Cantik kalau kena gaya, tapi tak cantik jugak kalau over confident. Yang sedang-sedang dah lah.. kita nak yang manis-manis dipandang mata, yang agak-agak orang tengok & tak toleh tengok sampai 2 kali.

Kerana kalau toleh 2 kali tue maksudnya pon ada 2... cantik sangat atau buruk sangat :p



Sy ambik oder tue & sy buat tue sebagai cabaran. Kalu ituhari oder untuk orang yang kecikk sy salah potong dua kali :p Kali nie untuk orang besaq, nanti kita tengok... sy salah potong berapa kali. Hampa tolong kira... kikikikik.



... tapi ini bukan oder yg sy maksudkan... yg sy maksudkan 3 kali ganda.

Tapi, sy buka nak aim pada besaq. Sy nak try pikiaq tengok, kot mana sy nak buat lagu mana bagi celuih?

Wednesday, April 20, 2011

Aiskrim Malaysia... ada thrill & mencabar daya ketahanan :p

Assalamualaikum...

Dek kerana sy liat cas handfon, makanya tak dapatlah nak upload pic baju yang sy jahit & snap pagi tadi. Jadi kita KIV dulu hat tue....

Nak cerita satu aktiviti malam yang kami adik beradik buat, lazimnya selang sehari. Dulu, masa kecik lagi, kami antara rumah yang jual ais batu..
~ kami panggil ais ketoi :p

& aiskrim Malaysia nie. Jadi, malam lepas kakak ajar kami mengaji... nie lah aktiviti kami, tolong buat aiskrim. Dek kerana kami nie kecikkk lagi & tak berapa pandai ikat, kalau ikat mesti jadi kendoq
~ kendoq tue maknanya tak tegang lah..

.... aiskrim tue. Jadi lepas kakak isi masuk air dalam plastik aiskrim tue kami, akan tolong pegang sementara kakak sy yang lagi sorang akan ikat. Macam-macam perasa kami buat.. untuk jual & juga untuk makan sendiri.

Sy tak berapa ingat berapa harga aiskrim tue kami jual dulu. Tapi yang paling sy ingat... balance air yang tak cukup untuk buat sebatang aiskrim selalu jadi rebutan antara sy & kakak sy yang umurnya tua setahun daripada sy tue. Kami tue merujuk kepada sy & dialah.. kawan sy dok bergaduh masa kecik-kecik dulu :p


(sumber: carian internet)
~ ais krim asam masin (asam boi), gigit sikit kat hujung & hisapp... aduhaiiii.

Bila air tue tak cukup untuk buat sebatang aiskrim, jadinya aiskrim tue pendeklah daripada yang lainnya. Pendek & comel... makanya masing-masing pakat dok chop dulu. Tapi bila dah keras, alih-alih orang lain dapat dulu, tak ker bergaduh?

Kalau nak dibandingkan, bergaduh ngan dia masa kecik dengan anak-anak sy bergaduh... sy ngan kakak sy tue lagi handal bergaduh.... kikikikikik. Pukul, tarik rambut, cubit, mencarut :p semua ada.. ikut sedap ajer. Tapi itulah, mai ke anak sy... depa berebut sikit ajer, mak dia nie dah berangin. LOL..

Tapi memang respek lah mak-mak dulu besarkan anak-anak. Dengan anak-anak yang berceretet, dengan lasaknya, dengan 1001 perangainya, bukan calang-calang. Kalau teman ader anak 6, maunyer teman duduk hospital bahagia sanerr... tekanan perasaan. LOL...

Bila memikirkan pasal aiskrim Malaysia nie, sy pun ringankanlah tangan membuatnya untuk anak-anak sy. Asyik lalu depan 99 ajer nak aiskrim.. mana larat :p



Tapi sy buat versi yang dipermudahkan & dipersingkatkan lah.. macam tak biasa :p



Tapi sy terfikir, agak-agaknya dek kerana terbiasa nak mempermudahkan & nak mempersingkatkan tue membuatkan anak-anak sekarang kurang lasak. Ok, contoh yer.. kami dulu tengah bermain, lari sana.. lari sini. Bila rasa dahaga, masuk rumah & ambil aiskrim nie sebatang, tak der bukak dengan gunting atau pisau. Samaada kami gigit kat hujung atau gigt pada simpulan tue & pulasss sampai putus.... tue sebab gigi kuat.

Contoh lain, kalau dulu tengok buah jambu yang jenis kecik & bila masak isi dia merah tue, kat pokok Maklang.. kami panjat ikut selamber rock ajer. Tak kira hang lelaki atau perempuan, kalau kata budak tue.. semua tahu panjat pokok. Kami rekah buah & terus makan atas pokok tue jugak. Apa barang nak suruh mak kopek kan, belah & buang kulit bagai. Mana ada thrill & mencabar daya ketahanan :p

Anak-anak sy, nak makan buah kena kopek kulit, belah & baru makan. Kalau ayam goreng terlebih garing sikit & keras sikit.. dahhhh tak pandai nak makan. Manja betul..

... Ishas & Idris, siaplah hampa.. Mak balik kerja nanti, mak beli sebijik tembikai, hampa kena rekah sampai boleh!
~ meahahahaha.. abislah nanti orang kata gila! LOL...

Tuesday, April 19, 2011

blouse two in one~ simple & casual, remaja & feminin

Assalamualaikum..

Setelah ditimbang semasak-masaknya, sy ambil keputusan untuk buat readymade yang seperti ini:



.... sebab sy sasarkan kepada remaja & belia. Sy nakkan ia simple & casual supaya boleh dipakai dengan jeans & slack untuk menepati gaya yang ringkas. Imagine satu hari, bila terjaga dari tidur & dapati jam loceng tak berfungsi.. kesiangan! Gosok gigi, mandi celam-celum, sarung jeans & blouse 2 in 1 nie.

Senang & cepat. Tak perlu nak iron, tak perlu nak termenung kejap nak fikir shawl atau tudung mana yang match... sambil berlari pon boleh belit shawl tue dikk!

Untuk tambahan hiasan, sy tolak tepi semua unsur bling-bling. Rasanya bling-bling & jeans agak tak serasi bersama... tak berapa casual. Jadi sy fikirkan hiasan lain & handmade sendiri yang berbentuk abstract, bunga & rama-rama, untuk menonjolkan jiwa remaja & feminin.



I'allah sy nak keluarkan dalam 2 saiz, S & M sahaja. Sy ragu-ragu sebenarnya kalau yang bersaiz L dan keatas yang memakai... takut tak sesuai. Maaf yerr... :)


Blouse 2 in 1

saiz S
bahu = 13
dada = 34
pinggang = 32
punggung = 38
ketiak = 18
p. tangan = 22

saiz M
bahu 15
dada 36
pinggang 34
punggung 40
ketiak 19
p. tangan 23

Monday, April 18, 2011

kurang produktif... tapi lebih kepada melepaskan lelah.

Assalamualaikum...

Dah lama tak cerita pasal anak-anak sy...

Idris.. dia macam biasalah, pagi bangun puluk 6.30 mandi. Kekadang tersandar atas toilet bowl dulu... sambung tidur, kiikikikik. Bila abah dia laung, idrisss cepat mandi. Mandi kejap & keluar, kekadang tue perasan rambut pon tak basah.. aduhai. Lepas mandi & sebelum pakai baju, berbungkus kejap dalam selimut, sejuk. Dia macam abah dia alah pada sejuk. Kalau sejuk sangat asyik bersin. Lepas pakai baju, solat & pekena dulu sebotoi...

.. ya, dia masih menyusu botol, hehehhehe.. dah darjah satu menyusu lagi. Sy pon tak paksa sangat dia tinggal menyusu & dia pon tahu malu, menyusu hanya kat rumah :p

Sebelum hantar ke sekolah, abah dia beli apa-apa kuih yg dia nak. Transit ke taska & petang dia beli sendiri apa yg dia nak kat kantin. Kekadang tue geram jugak kalau balik sekolah hanya mainan atau kekadang jajan yang pelik-pelik yang dia beli. Nie mengingatkan sy pada tabiat sy masa sekolah dulu.. duit belanja sekolah buat beli baju anak patung kertas :p :p

Ituhari ada latihan kebakaran di sekolah & dia sungguh bersemangat, sebab dari dulu dia nak jadi bomba. Dan itulah ayat yang sy pakai kalau nak suruh dia makan banyak atau lasak-lasak sikit.. nak jadi bomba kena makan banyak sikit, baru lah kuat. Kena berani, tanak merajuk-merajuk selalu :p

Ishak.. dia pon masih menyusu badan lagi, tapi menyusu botol dah kuat sekarang. Mungkin sebab air susu badan dah makin kurang. Dah tiga tahun lebih dah dia... ituhari abah dia kata, Ishak kena kawinlah kalau nak menyusu sampai ke tua! Ahahahahaa... dia cam biasalah, gelak & cakap sportinglah abah :)

Ishak dia jenis yang bangun pagi, abang dia bangun pagi dia dah terjaga & sendiri minta nak mandi. Masih lagi mengajar dia tak pakai lampin pakai buang.. kekadang tue terbabas, kekadang tue kejap-kejap nak kencing. Tapi kencing ada lah dalam tua tiga titis. Agaknya tak pandai nak tahan lagi bila rasa geli nak kencing tue :p

Hujung minggu lepas.. dia sibuk tolong abah dia bertukang & kebetulan sy tak pakaikan dia lampin pakai buang. Dua tiga kali cakap kat abah dia nak membuang.. tapi hasil tak berapa memberansangkan. Pakaikan lampin pakai buang baru buangan dia tue cantik & lawas. Ahahahaha.. dah jambannya tak ada, janggal agaknya :p

Dia selalu memuji sy & kalau sy nak marahkan dia.. dia akan tanya sy, mak senyum ak ak tak? Kalau sy cakap senyum, sy kena senyum pada dia & sy tak jadilah marahkan dia tue. Kekadang dia ajukkan kami juga untuk buat sesuatu dengan gunakan kod panggilan antara sy & kekasih sy.. betuah betul budak tue.

Kalau kedua-dua nie memasing tunjuk perangai... tanak mandi, tanak solat, tanak dengar cakap, tanak duduk diam-diam. Senang saja, sy suruh depa pindah pi duduk rumah 'kap lam ya nga' depan tuh. Mak bapak depa tak bising kalau anak-anak tanak mandi, tak pakai baju, tak kisah kalau nak bergaduh, tak kisah kalau buat bising... nnggggeeee.




~ malam sabtu, family gathering.. BBQ itik dll. Ishak baru lepas nangis... malu jatuh longkang :p





~ ahad pagi, letih dah mengadap mesin jahit... cabut rumput, susun pokok bunga, rehat-rehat & makan di wakaf. Pokok bunga sy pon banyak yg dah kembali ke syurga.. hhuhhuh.

Weekend lepas, kurang produktif... tapi lebih kepada melepaskan lelah.

design blouse two in one ~ yang mana ok?

Assalamualaikum...

Yang nie yang kiranya nak buat utk readymade...


merah..


dark chocolate..

... tapi ada yang suka yang bawah ini, hurrmmm.... yang mana ok?

Friday, April 15, 2011

Versi baru blouse two in one ~

Assalamualaikum..



... tangan runcing, hujung baju runcing macam baju kurung readymade & shawl lebih panjang, cukup untuk dua kali lilit...

design blouse two in one

Assalamualaikum...

yang nak tengok design dress two in one sila ke :

http://manjalaracollections.blogspot.com/




senang cerita, ia dress yang kami 'kembaq siam' dengan shawl....

mencari tukang jahit area klang

Assalamualaikum..

Sy sedang berkira-kira mencari tukang jahit area klang yg berminat jait baju readymade sy.
Yang berminat secara full time atau part time.. sila emailkan details pada sy.

.. tq

Thursday, April 14, 2011

Jubah & Kurung Versi Bling Bling~ utk pakai raya!

Assalamualaikum..



















Sila klik pada gambar untuk view image.

KURUNG - RM 107.00 termasuk poslaju (s'jung)
JUBAH - RM 107.00 termasuk poslaju (s'jung)
Sesuai sangat untuk pakai raya!

Tuesday, April 12, 2011

Dress two in ONE~ dress + shawl

Assalamualaikum...

Perkenalkan produk terbaru pakaian ready made Manjalara Collections..


~ shawl dilalukan atas kepala dan dipinkan di sisi

Sy panggil dress two in one kerana dress bersekali dengan shawl. Kalau dulu, kurung & jubah untuk pakaian lebih kepada formal, dress two in one nie sy sasarkan kepada pakaian casual, untuk dipakai ke kolej misalnya untuk acara-acara santai yang perlu ringkas, cepat tapi menarik dalam masa yang sama.

Tak perlu terbeban untuk memikirkan shawl apa yang harus dipakai, hanya sarungkan baju nie dipadankan dengan seluara atu jeans & siap. Boleh juga dipakai bersama inner neck jika perlu. Dan cara shawl di pinkan juga boleh diubahsuai mengikut kreatitivti.


~ shawl dilalukan atas kepala dan diletakkan di tepi

Monday, April 11, 2011

...sy sebenarnya sedang merisik

Assalamualaikum..

Sy ambil UPL 3 hari.. & sekarang sy tengah siapkan ready made kurung & oder custom made yang ada. I'allah labour day nie sy akan balik ke kampung.. mana oder dari kampung tue kena siapkan lah jugak.

Alhamdulillah.. sedikit sebanyak ia beri tambahan RM dalam kewangan sy. Syukur & terima kasih ya Allah.

.... sesambil menjahit, selang 15 minit sy sambung google. Ermmm.. sy sebenarnya sedang merisik, di sini http://dondaniyal.blogspot.com/

Ust Don Daniyal bin Don Biyajid.. caranya yang bersahaja & loghat utara ( well u know, sekapal :p) bacaan ayat al-Qurannya yang mendayu tapi kadang kala tegas pada perkataan-perkataan yang tertentu.. sy jadi tersanjung.

Syabass tv al-Hijrah..

Sunday, April 10, 2011

Percubaan.. kurung blingbling

Assalamualaikum...







meriah sikit nuhh?

Saturday, April 9, 2011

Lalu kita rasa letih dan lelah...

Assalamualaikum...

Pernah tak satu hari anda terfikir... ada lagi orang baik-baik dalam dunia nie yer!

Hari ini, kita selalu ingatkan pada anak-anak kita, tanak bercakap dengan orang yang tak kenal, keluar sekolah tunggu sampai abah/mak datang.. tanak merayau pi mana-mana, kalau orang kasi makanan atau apa-apa barang tanak ambik dan lain-lain...

.. kita sedaya upaya ganti perkataan jangan itu kepada tanak (taknak), tak mahu, tak elok dan sebagainya kerana kita selalu fikir perkataan jangan tue satu larangan & benda yang selalu di larang tue lazimnya teringin sangat nak buat...

Sebenarnya... ramai lagi orang baik-baik dalam dunia nie. Jika terjumpa tue, kekadang membuatkan kita rasa termalu pulak.

Kejadian yang baru.. masa sy di KLIA. Anak sy, Ishak menangis sebab tak puas main kat playground yang ada kapal terbang, sebelah restoran KFC tue. Masa perjalanan balik tue dia jalan agak ke depan sebab merajuk dengan sy sambil menangis.. kejadian tue betul-betul kat convayer laluan pejalan kaki tue...


.. keadaan seperti macam si Ishak nie terpisah & menangis mencari mak abah dia yang hilang. Ada sorang nie dari arah bertentangan.. berkata, anak siapa tue? mana mak abah dia? awak ker? Alamakkk... sy cecepat lari dapatkan Ishak, masa menunggu bayar parking pon orang dok perhati... agaknya untuk pastikan yang budak yang menangis itu tak sesat & sy betul-betul mak kepada budak itu.

See, ada lagi orang yang baik dalam dunia nie... agaknya mereka risau.

Lagi satu, masa sy di R&R... sy mandikan anak sy di paip air berhampiran wakaf. Walupun budak, tapi tak manis rasanya mandi berlengging. Sy mandikan anak sy dalam keadaan memakai lampin pakai buang. Bila dah nak siap.. sy selindung-selindung cuci & siapkan mandi. Tapi sy terasa sy ini ibu yang bodoh bila ada yang berkata, macam mana lah mandikan anak pakai pempes?

See, ada lagi orang yang baik dalam dunia nie... walaupun ayat mengguris hati, tapi keprihatinan itu ada...


Satu lagi cerita masa sy bujang dulu.. balik kerja malam & sy lintas jalan tapi kurang berhati-hati. Lepas bagi satu hon yang panjang.. dia perlahan kan kereta sambil berkata, adik ada masalah ker dik? kenapa nak bunuh diri?

See, ada lagi orang yang baik dalam dunia nie. Prihatin tue ada tapi ayat macam kurang asam boi sikit, geram tau....

Kadang-kadang kita susah untuk ubah persepsi bila tengok orang lain macam sikit lalu kita beranggapan yang bukan-bukan. Kita ingin mula dengan diri sendiri, sentiasa beranggapan yang baik-baik selalu, tetapi seringkali kita beranggapan baik atau berbuat baik.. yang sebaliknya berlaku.

Lalu kita rasa letih dan lelah...

Friday, April 8, 2011

giveaway.. ada yg berminat?

Assalamualaikum..

ada yg berminat utk masuk giveaway kurung/jubah readymade sy?


... boleh buat pakai raya :)

Gray in the house :) ~ NEW! Jubah Aladdin Nursing Wear

Assalamualaikum..

Both dark gray.. gray in the house :)




~ kurung aladdin saiz S -SOLD




~ jubah aladdin saiz S custom made & request untuk belahan pada dada untuk menyusu, hanya tarik pada bahagian yang bergetah -SOLD

Thursday, April 7, 2011

Inilah kisah tangkoi & menangkoi.. Dan inilah cara kami berpesta!

Assalamualaikum..

Sy excited sangat bila tengok pic nie..



... alat ini lah yang dinamakan tangkoi. Tangkoi tue diperbuat daripada buluh & jala. Ada satu buluh panjang (galah) sebagai pemegang & 2 buluh yang di silang untuk diikat pada 4 bucu jala. Caranya mudah saja... cari mana tali ayaq yang rasa-rasa ada ikan, rendam tangkoi dalam ayaq & tunggu sat..



.. bila rasa-rasa ikan macam berenang main-main dalam jala tangkoi tue, angkat lah. Jala yang melendut tue akan memerangkap ikan dalam tue. Alih tangkoi ke bataih tali ayaq & kutip ikan.. bubuh dalam guni baja atau timba.

Habih la.. tak faham nuhh, intermediate sangat bahasa utara katanya :p

Benda simple ajer... celup & angkat & kutip. Itu ajer.

Parit tali ayaq kat tepi rumah sy.. ada dua. Yang paling hampir kami panggil parit ta*k, nnnggeee... pasal parit nie hampir dengan rumah-rumah, jadinya segala mak neka pi buang dalam parit nie. Dan kalau dulu-dulu tandas pon anda boleh nampak di tepi parit nie.

Ini cerita dulu lahh.. masa tue mana ada mana ada plastik, lampin pakai buang dan lain-lain yang susah nak reput. Sampah yang dibuang pon sebenarnya bagus untuk rantaian alam dan manusia. Termasuk yang daripada tandas tue! Kihkihkihh...

Serius sy ingat lagi... kalau dulu pi kedai runcit tok wan lit kat dalam kampung... depa bubuh barang dalam kelongsong kertas lebih kurang macam nie..



... imagine lah macam nie, macam nie lah lebih kurang. Kurangnya banyak, lebihnya sikit!

Ahkak kayuh basikal & tongkat basikal depan kedai. Dengan berseluar katak..
~ seluar pendek atas daripada lutut, yang budak-budak pakai tue kami panggil seluar katak :p

.. & baju t-shirt, betis jangan imagine gebu & mulus sangat seperti dalam pic... imagine ada setompok dua parut saiz sekupang sana sini! Thehheee...

... rambut ikat satu ekor kuda jalan cepat-cepat ke pintu kedai.
~ shades? jangan tanya pasal shades, masa tue lap hingus bagi kering pon tak pandai lagi. LOL...

Kemudian melaung..

"tok wannnnnn.. " wann nya tue panjang berlagu, bila tak ada sapa keluaq, laung lagi.

"nak beli gula sekilo.. " tok wan lit pon ambil kelongsong kertas yang dibuat daripada surat kabar lama tue, masukkan gula & timbang. Kemudian dia pi kat kaunter & hentak- hentak kelongsong kertas tue bagi padat sikit gula tue.. kemudian dia tarik tali rapia & ikat.

Lepas tue dia capai pisau sekupang & potong tali rafia.
~ pisau tue kami panggil pisang sekupang pasal harga dia sekupang & dulu kat sekolah guna untuk raut pensel.

Tali & pisau sekupang tue sentiasa sangkut atas kaunter.. cuma pisau sekupang tue depa ikat pada getang getah yang dirangkai... senang nanti boleh tarik ke mana-mana.

Sy tak ingat sebenarnya nama tuan punya kedai tue, tok wan lit. Sy pakai talian hayat kejap tadi. SMS tanya kakak sy, dia kata tok wan lid ada lagi, tapi la nie duduk dengan anak dia. Padanlah rumah dia usang tak dak sapa yang duduk.

Kakak sy kata, tok wan lit nie selalu pesan, tiap kali nak balik... kalau jatuh, bangkit sendiri. Sy tak ingat pulak tentang pesan tue. Mungkin masa tue sy terlebih pemalu... nnnggge sehingga dia segan nak melawak dengan sy atau masa tue sy masih kecil.

Tapi seingat sy, sy ada kenangan yang memalukan dengan tok wan lit nie. Satu hari lepas balik sekolah, sy dengan kakak sy pergi kedai. Dia tunggu kat motor AAW 8251 & sy jalan pi masuk kedai. Sampai sekerat jalan, kakak sy panggil balik kat dia.. tapi sy taknak. Dalam kedai baru sy perasan period sy bocor & tembus ke baju sekolah yang sy pakai. Malu nyerrrrr sayerrr...

ehh kat mana kita tadi..

Ok, parit tali ayaq kat tepi rumah sy.. ada dua. Yang paling hampir kami panggil parit ta*k, yang ke dua tue parit mandi. Yang mandi tue airnya elok & bersihlah.. untuk disalirkan masuk ke dalam petak-petak bendang, boleh buat mandi jugak.

Kami selalu menangkoi kat parit-parit nielah, kedua-duanya. Tapi masa tue tak der dah la jamban kat parit-parit. Ikan banyak & besar-besar masa tue. Yang selalu dapat kalau menangkoi, ikan sepat lah.. besar-besar tapak tangan. Kalau sepat buta, macam nie..



.. ada tanda bulat kat bada, sirip bawah merah-merah sikit & saiz nya agak kecik.

Ikan sepat nak habaq mai.. orang tak pancing atau mengail. Ikan nie jenis tak makan umpan. Kalau nak tangkap ikan sepat kena pakai jala atau bubu atau menagkoi atau menggagau. Selalunya goreng ajer..


~ ala tak sedap tak sedap tara mana... lalalaalalla

atau buat masak sambal


~ mind set ajer nie & tak sedap tak sedap tara mana...

atau asam pedas...


~ tak sedap.. tak sedap... tak sedap lalalaalalla

... perghhh sib baik baru lepas makan, kalau tidak, sure tetiba rasa pedih perut :p

Bila nak angkat tangkoi nie.. kita kena buat lubang sikit kat tanah & tampan dengan tapak kaki, jangan bagi bergerak. Kemudian angkattttt... berat sebab nak lawan graviti lagi, berat sebab jala terendam dalam ayaq lagi. Kekadang punya angkat.. sampai keras perut-perut :p

Inilah kisah tangkoi & menangkoi.. yang selalunya masa musim ayaq kering. Dan inilah cara kami berpesta!

Tuesday, April 5, 2011

kurung aladdin & butterfly... jangan lupa high heel sekali!

Assalamualaikum...


~ black ( custom made saiz L)


~ dark chocolate


~ turqoice

Itu air tangan semalam & malam kelmarin.

Ituhari sy bagitahu... kalau nak pakai baju lycra nie, eloknya pakai girdle dulu.

Hari nie nak tambah lagi satu.. kena pakai dengan high heel jugak, ataupun wedges. Tak kisah lah janji tinggi & jangan slipar sudehh...

.. sy sajalah ituhari nak cari wegdes. Tapi banyak yang tak berkenan kat mata & bila ternampak high heel tue, boleh lah.. nak buat snap-snap pic baju ajer pon. Tumit kasut tue 4.5" yer.. kasut tertinggi yang pernah dibeli.

Gamak pakai & berdiri tegak ajer... untuk jalan, sure langkah akhak bersepah.

Gayat!

Jadi, untuk kurung aladdin & butterfly... jangan lupa high heel sekali!

Perempuan kan complicated. Complicated kan lagi dengan effect tinggi lampai, lenguh kaki tue make sure hadam sorang-sorang :p

Jangan kau masuk wad kerana sesak napas dek kerana girdle yang ketat atau terjatuh longkang dek kerana tersadung kaki sendiri sudehhh...

Monday, April 4, 2011

Jom kita pindah duduk kampung lah...

Assalamualaikum...

Hujung minggu yang letih.. jumaat malam menjahit, rasanya dos menjahit agak berlebihan malam itu. Sabtu lepas balik kerja pergi cari kain lagi.. tambah kain yang ada. Banyak warna yang dah habis & sy ingat nak standby untuk readymade raya.. moga-moga ada rezeki :p

Nak kena grab peluang apa yang ada. Walaupun kekadang kita ada peluang ke dua, tapi mungkin tak sama. Hidup hari esok makin mencabar berbanding hari semalam.. jadi semuanya nak kena siap sedia.

Tambah-tambah pula kita yang hidup di bandar nie.. tak macam hidup di kampung- kampung. Kalau di kampung, sesekali terputus bekalan.. sesak-sesak ada lagi pucuk kayu, boleh mengai ikan buat sementara.

Kakak sy di kampung, anak dia hat no dua.. rajin mengail ikan. Jemu sayur-sayur di pekan, dia masuk semak cari pucuk paku. Sesekali fikir, syoknya hidup tak payah fikir apa-apa. Jom kita pindah duduk kampung lah...

.. gamak-gamak tak ada duit, kita tanam ubu kayu ker, keladi ker, serai ker...
~ pokok kantan ker, bunga kantan la nie mahai mereput oiii.. satu bunga kantan RM 1.00

Tak pon ke sungai cari lokan, cari daun nipah buat atap ker..
~ ada ker orang pakai atap nipah sekarang? kot2 boleh supply utk orang yang buat landscaping.. buat wakaf semua tue..



Cerita tentang daun nipah nie, dulu masa sy budak-budak lagi.. pernah tengok pak sedara buat rokok daun. Ada cara nak koyak daun tue & kena ada skill gak tue...

... tapi masa sy dok berkawan dengan kekasih sy tue, sy jadi heran bila tengok sedara-sedara depa hisap rokok gulung jugak, tapi daripada kertas bukan daripada daun nipah. Bubuh tembakau & gunting bunga cengkih kemudian gulung.. rokok gulung versi jawa kot tue.

Secara jujur, dulu masa sy kecik.. sy pernah curi-curi hisap rokok daun nipah nie :p Tapi sy tak gulung sekali dengan tembakau lah. Rokok daun tue, sy cucuh & hisap. Bau dia syokk & kekadang kalau tak cucuh ke api pon.. rokok tue just gigit-gigit, pelepas gian. Ngggeeee... don't try this at home!

.. kat mana kita tadi?

Tak pon, kita buat ikan kering, ikan pekasam ker.



Tunggu time ayaq kolam Bukit Merah penuh & masa depa lepaih ayaq tue, banyak ikan. Mcam pesta pulak, ada yang mengail, ada yang menjala. Tapi ada satu teknik lagi yang lamaaaaaaa dulu kami guna pakai untuk tangkap ikan. La nie kalau nak cari memang payah nak nampak... menangkoi.

Teringat lagi dulu, duduk atas bataih tali ayaq & sekejap-sekejap angkat tangkoi kot-kot adapt ikan. Tapi masa tue kecik lagi... nak angkat tangkoi pon tak larat lagi.

Ataupun kita anyam mengkuang ker kan?



Arwah mak sy boleh la kalau nak anyam tikaq mengkuang nie.. tak la lawa sangat, herot petot ajer & jenis yang biasa ajer, tak ada kelarai apa-apa pon. Kalau nak masuk dalam bidang nie, nanti-nanti kita perkembangkan skill lagi, buat bakul ker kan...

.... janji kita duduk boleh hidup di kampung. Tension hidup kat bandar nuh, nak masuk jamban pon kena duit... fedap!

Sy nak ke kamdar.. usya kain lagi :)

Pasal mengkuang tue nanti sy update lagi... ada kenanngan yang sentimental bila sebut tentang mengkuang ;)

Saturday, April 2, 2011

Kurung aladdin..

Assalamualaikum..

Lagi...









Jika berminat, boleh oder utk custom made : RM 90.00 ~ tak termasuk pos