Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Friday, October 7, 2011

mai pakat LIKE ustaz!

Assalamualaikum...

Alhamduliilah.. kalau kita nak compare-comparekan kesedaran tentang agama sekarang jauh lebih baik daripada dulu. Dulu kakak sy kita pergi sekolah pakat pakai pinafore, abang sy pi sekolah pakai seluar pendek. Bukan budak-budak lagi masa tue... dah sekolah menengah dah. Bahasa kasarnya.. dah bebulu dah masing-masing, hehehe.

Itu anak-anak murid, cikgu-cikgunya pun rambutnya dibiarkan mengerbang. Kita yang tengok pulak pi rasa rimas... hiiihihihi... dulu-dulu kalau tengok BAHTERA (nama majalah sekolah sy) kelakar ada, sedih pon ada :p

Tapi sekarang nie.. untuk lebih tepat lagi sejak keluaq pesyen tudung segera, tudung ekin.. makin ramai pakat pakai tudung. La nie dah shawl, dengan hana tajima lah pulak... kira alhamdulillah la makin ramai bertudung.

Kami dulu-dulu, yang dah besar lebar pon ada yang dok mengaji jahama jugak lagi.
~ jahama tue muqaddam lah..

... tak berapa nak boleh kalau mengaji. Lepas tue bila dah memasing datang bulan.. hohohoho malu nak belajaq mengaji.. apa taknya dah anak dara dah masing-masing :p

Sejak dok ada iqra' nie lah sy dok tengok bebudak kecik pandai sungguh mengaji... depa hapai bunyi, tak hapai huruf. Kalau kami dulu alif datih aaa... ba datih ba. Depa bantangkan terus... a, ba, ta, sa. Kiranya sistem pembelajaran dulu umpana guna tangan kanan untuk tunjuk telinga kiri. Sepatutnya boleh ajer gunakan tangan kiri untuk tunjuk telinga kiri... saja pi jalan panjang & berbelit, kan tak pasal-pasal dah tua-tua kena beli iqra pulak :p

Senario yang sama... dalam pada dok tayang cerita realiti sana sini, ada jugak realiti alquran. Cerita bebudak mahir jawi tue... uiii ceredik-ceredik belaka. Sy nie pon ada yang silap eja jawi... nngggee.

Dalam pada bercambah cerita-cerita hantu paranormal, keluaq jugak lah cerita yang berjenih sikit.. ada juga sinetron daripada Indonesia. Siaran tv yang condong kepada keagamaan sikit.. hat nie yang rasa syok.

Penyampaian berbeza, kesan dia berbeza... sy kalu dok mai cerita suruh buat kebaikan bla bla bla mengantuk pon ada, kita bukan jahil sangat, tapi tak lah ceredik sangat pon. Tapi kalau buat cerita pengajaran sikit ker... uiiii dia punya tangkap syahdu, hujan air mata macam esok tak dah dah, sampai macam tue sekali. Terkesan sungguh kat hati... almaklum, orang seni, hati kecik :p
~ seni kater ko...

Lagi satu mai bagi rancangan macam 30 minit ustaz don tue : http://www.facebook.com/30minitustazdon
~ Link tue pakat2 ramai LIKE yer.. sama-sama war2kan & tunjukkan sokongan

... jangan kata 30 minit, 3 jam pon kita boleh larut & lajak. Pemandangannya indah...


~ ehemmm tengok dia punya senyum tue :p tapi Ustaz Kazim jangan risau.. sy tetap LIKE ostad! Kikikikikkk..

.. & bahasa utara nya pon sempoii. Pakat dating ramai-ramai nanti depan tv naa :p


---------
Baju yg dah pos.


blouse..





0 comments: