Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Wednesday, October 12, 2011

.. baju BAPAKKU dan seluar JIM

Assalamualaikum...

Sy suka tengok cerita hat kat TV9 tue.. RONA.
~ disamping 30 min ustaz don lah nngggeeee. Bila ustaz don tanya boleh tuan-tuan dan puan-puan? sy dok hangguk kepala memanjang.... kikikikik

Dulu masa mula-mula depa aim kat orang hat kerja bagus-bagus saja. Hat mana pengurus.. dok urus 4 ke 5 kampeni. Dok tunjuk lah sat-sat pergi kampeni sini, lepas tue sana sampai ke malam. Tapi yang dulu tue sy tak berapa minat.

Hat baru nie syokk... semalam budak muda lagi, kerja dok bela kambing, bela lembu dan malam mengurut orang pulak. Hat stok-stok macam nie lah kita nak kena bela..
~ bukan bela naa... BELA

.. mau kena bagi support. Mengurut orang bukannya senang oiiii, letih. Silap-silap urat orang yang diurut kendoq.. urat yang mengurut pulak tersimpui :p

Minggu-minggu yang lepas, ada tukang tebar roti canai , sales man kereta ada, ada penoreh getah, tukang masak kedai ada, yang bawak van sekolah ada, yang meniaga online & offine pon ada.

Jadinya... kita yang tengok nie boleh congaklah tahap usaha kita sehari-harian. Adakah kita nie jenis setakat kita dok tadah sahaja atau kita gali sampai habis. Sy rasa sy jatuh tangga yang corot sekali lah :p

Usaha hat mana untuk dunia nie kita boleh nampak & kita highlight kat situ lah. Bukan bermakna kita highlight yang dunia, akhirat kita tak peduli... bukann. Dia kerja siang malam, kita kata kerja tunggang terbalik, ke surau tidak masjid pon tidak... mana nak pi tau hati dia bersih tak ada nak mengata orang berbanding ngan kita hat dok tengok nie asyik berdengki saja.

Itu salah satu contohlah... setengah orang, bila tengok orang lebih dia rasa dengki tapi dia tak tukarkan perasaan dengki kepada yang lebih baik.. semangat untuk bersaing misalnya.

Jadinya, usaha lebih tapi timbangan kita nak kena jaga.. takmau sana lebih sini kurang.

----------------------
Dah jadi kelaziman sy akan bertanya baju apa & seluar apa depa nak pakai tia-tiap kali mandi. Satu hari tue sy tanya & ishak kata nak pakai baju BAPAKKU dan seluar JIM. Seluar jim sy tahulah seluar jeans.. baju bapak ku tue berjambul sy fikir baju apa yer?


~ baju BAPAKKU dan seluar JIM

.... rupanya baju nie. Ayoyooooo nie bukan baju bapakkulah... anakku!!

Ituhari sy marah dia sebab dia suka pegang bird masa berlenggeng. Bebudak lelaki memang suka kan pegang bird, mungkin sebab dia rasa takut-takut kalau nak terkencing. Sy marah dia & dia kata sy nie berkira.. mak nie, pegang bird pon tak boleh... itu pun berkira kata dia. Kira cukup baik lah tue, kalau tak berkira mak dah potong hujung tue, baru senang kira!



Si zikry nie dah tumbuh gigi.. agak lambat, setahun baru dapat gigi yang dia oder :) Anak-anak sy kalau ditanya nak baby ker tak? depa kata nak baby yang macam zikry... maksudnya boy & comel macam nie. Eloklah jimat dan senang kira.. suruh maksu korang ajerlah yang beranak :p

0 comments: