Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

Loading...

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Thursday, August 25, 2011

What the funny....

Assalamualaikum...

Sy dok google nie.. pasal lemak ikan patin. Pasai nanti kalau ada mulut hebiaq, boleh sy sekolahkan kat situ jugak.

Ituhari, kebetulan kehabisan lauk & bulan posa nie sy malas nak ke pasar malam selasa tue, orang meremut. Masa awal posa ituhari, kekasih sy tinjau dari jauh ja.. dia kata baik tak payah pergi. Nanti buat bergesel dek orang jer katanya....

... kemudian dia perbetulkan statement, bukan sy nak bergesel dengan orang, atau orang nak bersesel dengan sy... sy bimbang orang bergesel dengan awak jer :p
~ laling... itu pasal i lap u :p

Lepas tue, dok beli lauk merata lah, ikut dan.. mana sempat. Dua hari lepas, lokasi Bandar Bukit Tinggi, supemarket...
~ klunya, supermarket tue ada jual barangan segar.

Sy & kekasih sy memang penggemar ikan patin, masa nak bayar.. cashier tue boleh pi kata, eii banyaknya lemak. Then cashier counter sebelah keluarkan statement : sy tak makan ikan nie dengan penuh raya yakin.

Persoalannya... sy & suami sy berdiri nak bayar ikan tue boleh mendengar statement awak tue ker dengan tak ada apa-apa perasaan? What the funny?

Nampak hadap sangat ker kami dengan statement awak tue? Sy cukup anti dengan orang yang persoalkan apa yang masuk dalam perut sy. Sy kerja dapat duit halal, sy makan benda halal... siapa awak nak persoalkan semua tue. Kalau sy makan lemak ikan tue pon.. haram ker? Patin tue babi ker?

Untung jugak sy berpuasa, kalau tidak gamak sy kata... antara patin nie dengan awak, rasanya lemak awak bagi banyak. Atau antara awak dengan patin nie... lemak awak lagi merbahaya. Atau sy rasa patin nie lagi takut dengan lemak awak...

... masa jalan balik, kekasih sy bagi tahu cashier tue pernah bergurau dengan kawannya depan kaunter & mengeja FU*K . What the funny... nasib baik masa tue sy tak ada sekali.

Tak guna kalau kau sibuk-sibuk greet customer yang masuk dengan : selamat datang..
~ ini lagi satu klu yer...

.. kalau kau tak behave, boleh mencarut-carut pulak. Atau polisi kampeni depa membenarkan? What the funny.

Sy ingat sy tak akan boikot dulu supermatket nie, sy akan berkunjung lagi.. sehingga sampai one fine day, something yang tak kena berlaku & sy akan keluarkan statement : What the funny... pergi panggil manager awak sekarang.

quote :

Memilih lemak yang bagus untuk tubuh badan sebenarnya tidak terhad kepada memilih minyak masak sahaja. Hakikatnya lemak ‘sihat’ ini terkandung dalam berbagai lagi sumber-sumber semulajadi yang SS rasa patut dimasukkan dalam diet seharian kita. Ini termasuklah menerusi sumber kekacang dan ikan yang tinggal di kawasan sejuk.

Ikan patin merupakan salah satu ikan air tawar yang kaya dengan lemak ikan yang bagus untuk kesihatan kita. Ahli-ahli arkeologi sebelum ini mendapati mereka yang tinggal di pinggir-pinggir sungai dan laut beberapa ratus tahun dahulu di sebuah kawasan di Eropah hidup jauh lebih lama berbanding mereka yang tinggal di kawasan pedalaman (hutan). Malah, kita boleh lihat sendiri kebanyakkan rakyat Jepun dan Korea yang mengamalkan gaya hidup tradisional (banyak makan sumber berasaskan laut) mampu hidup melebihi usia 100 tahun. Semua ini dikaitkan dengan rahsia sebenar lemak yang terkandung dalam ikan, yang mana ia membantu mempertingkatkan lagi kesihatan kardiovaskular disamping meningkatkan kadar kolestrol baik (HDL) dalam darah.

Asid lemak omega 3 telah terbukti secara klinikal penting untuk kemandirian tubuh (fungsi utama membrane sel), di samping mencegah kita daripada penyakit-penyakit kronik seperti stroke, sakit jantung dan diabetes. Walaubagaimanapun, sejak zaman nabi Adam lagi tubuh badan kita tidak dapat menghasilkan omega 3 dengan sendiri (badan kita hanya boleh menghasilkan asid lemak tepu yang dijadikan sebagai ‘sumber makanan jangka masa panjang’ dan sebagai penebat haba di bawah kulit). Maka dengan itu, hanya terdapat satu cara sahaja kita boleh mendapatkan omega 3, iaitu melalui diet. Pengambilan makanan-makanan semulajadi yang kaya dengan EFAs (seperti ikan, sumber kekacang) di samping supplemen lemak ikan (jika anda fikir diet anda kurang EFAs) amat membantu dalam mendapatkan sumber EFAs yang diperlukan.

~ sumber : http://sususejat.com/lemak-ikan-patin/


8 comments:

Mama Zara said...

sapa yg kutuk lemak patin ni kak....ckp kt saya...meh sy nk bitau kat dia:

Lemak ikan patin adalah lemak tersedap di dunia! Saya boleh makan lemak je, tak dapat isi pon takpe...

MamaLeeya said...

huwaaa..kecuq ayaq lioq tgk ikan patin....huu..nak suh kekasih beli jugak..tp smlm dh lepas psq minggu...pas ghaya lah jwpnya....msk asam tempoyak pun..petghhh malatoppsss

azima said...

mama z...
kalau buat masak elmak cili padi... bubuh asam keping lebih sikit.. pedas, masam, masin & lemak... perghh macam anak sy, Idris kata... abang tak tau lah kenapa tak boleh berhenti hirup kuah....

mama l...
rasa nak nangis kalau gi ada ikan patin & tak beli.. mau teringat2...
kalau takut lemak banyak sangat buat lah pindang, tak yah taruh santan bagai.. tapi masa tempoyak still the best huhuhhuhu..

Melor said...

melor suka patin masak tempoyak. kalau makan mesti nak bhagian perut dia byk lemak sedap.

takda insurennn punya mulut la dia org tu

azima said...

melor...

itulah.. patin tempoyak, bubuh nasik sikit, kuah melaut & ikan.. part perut tue yg berebut. kalau ada ikan masin sikit...aduhaiiiii

Anonymous said...

Salam singgah.

Maaf jika saya salah. Sekadar ingin berkongsi ilmu yang pernah saya dapat daripada pembacaan :-

Asid Lemak Omega 3 hanya didapati pada ikan laut dalam yang mana ikan2 ini memerlukan lemak memandangkan laut dalam berada jauh daripada matahari dan sangat sejuk.

Ikan sungai pada amnya berada di dasar sungai yang mengandungi banyak lumpur dan ikan patin yang kurang bersisik tidak dapat menapis kekotoran yang terdapat di dasar sungai. Keadaan mungkin berbeza sekiranya ikan patin itu diperolehi daripada sungai yang lebih dalam seperti Sungai Pahang.

Kebanyakan ikan patin yang dijual di pasar raya sekarang adalah ikan patin yang diternak di dalam kolam atau lombong yang mempunya air yang tidak mengalir serta kotor. Makanya, berhati2 dalam meilih makanan seharian kita.

http://sususejat.com/yang-tersurat-dan-yang-tersirat-bahagian-6/

Sharing is caring :)

azima said...

che anon...


ooooo yaker, ok tq tq :)

azima said...

che anon...


ooooo yaker, ok tq tq :)