Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Monday, August 22, 2011

.. raya & giveaway.

Assalamualaikum...

Sy sempat balik kampung hujung minggu lepas. Balik sabtu & sampai Klang semalam.. penat betui, rasa lemau habis badan. Tapi rasa lega dapat tengok kakak sy tue. Mula-mula masuk tengok dia... ya Allah, tergejutnyaa...

... dagu & bawah leher dia lebam habis semua... dia tengah tidur masa tue, bila dia bukak mata & tengok sy, sayunya pandangan mata dia. Dia x boleh bercakap.. operation untuk letak besi pada rahang tue dibuat dari dalam mulut. Jadi dia tak dapat bercakap & tak dapat makan. Ada tiub oksigen & tiub untuk minum susu pada hidung.

Kecederaan yang dia alami patah rahang di kedua-dua belah, 5 gigi depan patah & luka berjahit pada dagu & bibir. Sabtu petang dia dah dipindahkan ke wad 17 & ahad sy pergi tengok, dia kata pening. Baru lepas muntah2.. tiub semua dia dah cabut sendiri. Menyebai lah kot... lepas tue minta nak mandi, dah seminggu tak mandi katanya.

Sy bagi mandi, tak perasan pulak dalam bilik air ada cermin. Ternampak lah luka semua kat muka & sedih lah dia... ini yang sy risaukan sebenarnya. Orang perempuan mana yang tak rasa sedih kalau tiba-tiba berjahit sana sini & berparut lah nanti. Untung juga luka dia pada dagu.. boleh jugak sorok.

Raya sy tahun nie kurang bersemangat nampaknya.. ada orang sakit di rumah, tak beria-ia nak cari kuih & buat ketupat bagai. Cuma sy usahakan semua adik beradik beradik ada sekali.. untuk gembirakan dia. Dah lah kami tak dah tak der mak... tapi untung jugak adik beradik semua duduk dekat..... sayunya.


~ baju pememang untuk giveaway ituhari... pic sy kebelakangan nie sy snap baju sahaja... kain sy malas nak sarung & bukak, lambat... tapi jangan risau, baju ada kain sekali :p

0 comments: