Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Tuesday, August 23, 2011

Rasanya dunia dah semakin tenat!

Assalamualaikum...

Sy dah lama tertinggal isu-isu semasa sejak sibuk menjahit nie. Dan kekadang benda-benda yang tertinggal nie, sy lewat tahu... buat sy rasa ralat.

Rupanya dalam pada sy dok sibuk dengan urusan sendiri rupanya ada yang kesusahan. Rasa bersalah pulak. Kutuklah sy kerana sy leka dengan urusan-urusan sy sehingga tak perdulikan pada yang lain, selfish sungguh.
~ nanti bila orang buat macam tue kat kau, baru kau nak sebek sana sini!

Dah nak raya nie, tak dak lain... dok alert lah tarik & pukui berapa dapat diskaun tol, tapi teringat 2 beradik yang kena simbah asid tue. Kesian sungguh la. Rasanya dunia dah semakin tenat!

Ituhari sy dengar berita kat tv, depa kata kena simbah masa nak pi mengaji, sy buat apa masa tue tak tau, tapi sy tak paling pon tengok ke tv.

Tadi sy google.. Allahhu akbarr, sedihnya. Memang laknat betul.. gamak tue nuhh? Sy tak faham... apa sebabnya? Untuk mencari jawapan kepada sebab tue pon buat sy rasa nak mengamuk.. apatah lagi bila tengokkan kecederaan budak-budak tue. Apalah nasib masa depan depa?

Ada hati tue mintak ringankan hukuman.. pasai dok sara mak dia sakit jantung. Mak kau tak sakit jantung pon boleh sakit jantung bila kau buat kerja macam nie. Nasib baik la sebat tue kat punggung kau.. hanya sekadar isi punggung kau yang bersepai. Kalau ikut sy.. sy sebat kat muka, eiiii sy tak bolehlah... nanti sy mencarut.


~ pic semasa sihat..

sumber : http://ibudivas.blogspot.com/2011/07/sambungan-kisah-2-beradik-yang-disimbah.html

Semoga 2 beradik nie cepat sembuh & ada hikmah disebalik kejadian.

BTW.. kakak sy dah keluar hospital petang semalam. Alhamdulillah...

2 comments:

zuwaidah said...

Azima, tu ler dah buat salah, baru perasan nak minta ringan hukuman. kalau kak zu bagi hukuman buat setakat punggung kena sebat, ikut hukum Islam, potong tangan. biar penyimbah asid tu bila tgk tangan dia kudong, teringat akan kesalahan dia sendiri.

azima said...

kak zu.. kita sebagai ibu nie, boleh rasa macam mana perasaan. anak kena simbah asid, sepanjang hayat menderita... org yg membuat penjara & sebat ajer.

maca mana anak kita yang cacat nie nak mebesar macam org normal & berhadapan dengan orang. kalau depa boleh fikit +ve pon, sedikit sebanyak ada perasaan dendam di hati.

itulah penyakit org sekarang, buat apa tak fikir consequences atas perbuatan tue.

ituhari eksiden maut 2 motor.. budak 13 tahun langgar mekanik.

Pada sy yang salah mak bapak budak tue. macam mana budak 13 tahun boleh ada 1 bijik motor.. depa nie 13 tahun mana nak fikir panjang, tau start motor & koyak minyak selagi boleh.

.. yang meninggal tue meninggal lah.. consequences nya?

kot mekanik tue ada anak & isteri, ada mak bapak budak tue nak sara depa?

macam nie lah selalu dok jadi... terlalu ambik mudah sangat. sy cukup anti org macam nie...