Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Thursday, August 18, 2011

terima kasih atas jalan yang kau permudahkan ya Allah...

Salam..

Alhamdulillah syukur.. kakak sy dah sedar tapi masih di CCU, dagu dia patah 2.. kiri & kanan. Agaknya tertomoih...
~ tertomoih tue bahasa utara.. mean, terjatuh dalam keadaan muka dulu kena tanah/lantai...

..agaknya tertomoih masa jatuh motor tue. Ceritanya dia bangkit tidoq terlewat, nak pi kerja. Jadinya bawak motor laju lah tue... nak elak bonggol & terjatuh. Rumah kami di kampung agak jauh daripada jalan besar, so nak kena merempit naik motor dulu kalau nak naik bas.

Jalan yang sama kami dok guna sejak kecik lagi... kalu ikutkan dah hapai sangat dah mana ada lopak dalam, mana ada bonggol.. tapi benda dah nak jadi. Dan kalau tengok dia pon tak der luka sangat... mulut pecah2, kat dagu ada luka berlubang sket, tapi bila scan baru dapat tahu tulang kat dagu dia patah.

Tadi sy call abang sy.. dia bagi tahu, kakak sy dah sedar tapi still kena tahan dalam CCU pasai dia bernafas guna oksigen lagi. Masa operate masukkan besi kat dagu tue.. saluran pernafasan dia bengkak lagi. Dalam sehari dua nie kalau bengkak dah surut, dah boleh pindah ke wad biasa. Tapi fizikal dia ok, sihat... alhamdulillah.

Itu satu... lagi satu, tarikh akhir poslaju beroperasi sebelum raya sampai 22 hb jer, mau tak melompat sy. Sy dok ingat ada masa lagi seminggu. Sy cuba apply UPL lagi sampai hujung minggu nie & dapat. Alhamdulullah... so mana oder online 22hb paling lewat.. yang offline tue memang sy hold kejap, tapi i'allah sebelum raya dapatlah baju.


terima kasih atas jalan yang kau permudahkan ya Allah...


Baju2 sy sy load di fb jer... agak banyak untuk loadkan di blog nie. Boleh tengok di sini:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150103714689527.275699.682694526

0 comments: