Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Thursday, August 4, 2011

Tips : Meja untuk potong kain..

Assalamualaikum...

Kalau sy buat kelas, ramai yang tegur meja potong kain sy.. tinggi & panjang.. just nice untuk potong kain, tak payah membongkok atau menonggeng-nonggeng di lantai katanya...



... ia berharga untuk saya, walaupun murah saja kosnya.. tapi mahal pasal orang yang membuatnya, telah membuat dengan penuh kasih sayang... ngggeee. Sy pindah rumah pon sy hangkut jugak meja nie.

Meja pootng kain sy nie dibuat daripada pintu sebenarnya... pintu bilik air rumah lama sy. Bila sy memotong kain atas lantai, sy selalu sakit pinggang. Kebetulan pintu bilik air sy nak tukar lain, pintu nie sy buat meja potong kain sy.

Sy ada kongsi cara buat meja nie kat : http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.269086049773279&type=1

~ nie open group Geng Mesin Jahit di facebook, sesape yang otak sama minat boleh join the group

Tapi takpa, sy cerita lagi bagi memanjangkan entry :p

Bahan diperlukan.. pintu, drill, skru, wall plug, paku, stapler dinding, plastik balut meja & kayu 1" x 2" (kayu satu dua) secukupnya.

Buat bingkai kayu menggunakan kayu satu dua keliling pintu (buat seperti bingkai frame gambar yang anda sangkut pada dinding tue)

Balut permukaan atas meja dengan plastik balut meja.. guna stapler dinding

Drill kan 2 sisi pada dinding..

Untuk satu bucu yang tak attach pada dinding, buatkan tiang/kaki untuk support meja

Pasangkan skirt cecantik.. langsir lama yang dah tak pakai pon boleh. Dah siap... sila abaikan sepah-sepah tue yer.



Tinggi meja agak-agak tinggi paras pinggang.. jadinya posture badan terdidik sikit bila buat kerja potong memotong kain...

... dan jika, lebar kain lebih lebar daripada meja.. sy guna cardboard hitam seperti dalam pic pertama tue, untuk melebarkan meja.

Ok selamat mencuba... jangan masing-masing pakat pi pelekang pintu bilik ayaq dah la. Cari la kawasan rumah yang baru dapat CF, selalunya pintu yang skema nie depa takmau pakai.. selalunya depa nak lempaq buang, daripada lepaq buang... boleh mintak beli atau ambil.

Sy mulanya nak buat 2 lapis.. satu lapis rendah sikit daripada meja potong kain nie. Kiranya hat bawah nie sy boleh tolak keluaq masuk, senang nanti kot-kot sy nak duduk & jait sembat ka kan. Tapi tak der maknanya.. bawah sy pi simpan kain perca, penuh dah bawah tue, cancel jelah.

Sy nak kongsi cerita, lepas berbuka puasa ke 2 ituhari... bottom part yang tak terdidik telah terkeluarkan angin kus kus. Lepas buka puasa kann.. normallah, terrr pulak tue ngggeeeee. Tapi bunyinya agak kelakar....
~ ya, sy tipuu.. ia memang kelakar, bunyinya agak mendayu-dayu :p

Minta maaf.... ken*ut mak kelakar sikit hehheehe, kata sy pada budak-budak tue, nasib baik abah dia takdak, pi masjid :p

Hat budak kecik tue, Ishak.. dia pi tanya, mana mak?

Anakku tak takperlu lah cari ken*ut hat yang mak dah lempaq buang tue, tak der gunanya! LOL

JAdi stok gelak untuk sehari...

0 comments: