Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Wednesday, July 20, 2011

Inilah harga yang sy patut bayar untuk...

Assalamualaikum...

Sy rasa bersalah sangat pagi nie. Kekasih sy selalunya belikan sarapan yang berat setiap pagi & tengah harinya sy tak lunch. Jadi sy dah terbiasa, tak ada duit se sen dalam hand beg pon sy boleh bertenang lagi. Asalkan bateri handfon sy ada & ada kredit.....

.... kalau sy susah atau terdesak, ada superhero datang membantu.
~ laling, temah tujukan ayat ini kat yu ;)

Tapi pagi tadi, memandangkan kakak yang jual nasi lemak tue tak meniaga... sy jadi menyebai. Sy dah jadi regular customer lah kiranya, menu sy nasi putih + ayam masak sambal atau pedal masak sambal atau kerang masak sambal atau ayam masak kicap. Kalau makan nasik putih pagi-pagi, kiranya boleh ampun lagi, perut melayu nie dah terbiasa sejak kecik-kecik dulu. Kalau nasik lemak, sy tak berapa gemar.. kolestrol kehkehkeh.
~ selepas makan baru nak kata kolestrol.. sebelum makan, hadap tak sedar diri :p

Sy ada sebuku roti, so malas lah nak cari sarapan kat tempat lain, kat tempat lain mesti nasik lemak... ermmm tanak makan lah macam nie. Menyebai & diet kater ko!

Bila sy turun dari motor besar, berkuasa besar...
~ laling, ayat tak agak-agak ekk.. kuasa besar, hakikatnya........ (fill in the blanks) tapi mesti akhirkan dengan alhamdulillah, syukur :)

... dah siap salam & comolot bagai,
~ lalinggg... di tempat awam? ohh tidak, temah saja mereka-reka cerita... bagi menarik! LOL

dah babai tata & flying kiss semua, sy disapa dengan salam dan....

....akak ada jual nasik lemak panas-panas dalam kereta, lauk sambal sotong, tiga ringgit jer.. nak ker?

Sy bersalah kerana menipu, sy dah sarapan... sebab sy tak tahu samaada sy ada duit ker tidak dalam handbeg. Sy naik ke office & tengok ada duit orang beli nota semalam.. sy lari ke bawah balik. Sy serius nak beli nasik lemak panas-panas dalam kereta, lauk sambal sotong, yang harganya tiga ringgit jer tue. Tapi sy terlewat.. dua kali sy jalan kiri kanan blok nie. Tak jumpa.

Sy rasa sy bukan sahaja berdosa pasal menipu.. tapi sy juga berdosa kalau penolakan sy tue akan melunturkan semangat seseorang. Bukan senang nak tebalkan muka & berniaga macam nie. Semua tue perlukan semangat & kekuatan.. kekadang semangat tinggi, suara pulak tak terkeluar.

Masa first time sy meniaga kat offline masa kat sekolah ituhari, sy dah rasa macam mana... betapa tebalnya muka. Jika ada penolakan, itu membuatkan sy termalu sendiri dan ia membuatkan sy rasa berkecil hati. Jadi, sy rasa kecewa pulak dengan diri sendiri sedangkan masa tue, sy boleh buat sesuatu.

Hidup sekarang susah & sy tak tahu.. mungkin itu hari pertama kakak tue meniaga. Belajar memasak & itu entah percubaan kali keberapa nasik lemaknya menjadi, bila dah menjadi & dia bungkus satu persatu dengan harapan setiap bungkus nasik lemaknya terjual. Ohhhh myyy.. sy rasa nak menitik air mata.





Ini pic kebakaran rumah belakang block rumah sy. Masa kejadian tuan rumah keluar & jiran terpaksa pecah masuk untuk padamkan api. Mungkin sebab terlupa padamkan api dapur & mugkin juga lilin, sebab rumah nie dah kena potong elektrik.

Cuai tue memang cuai, tapi ini salah satu contoh lagi sebab sy katakan hidup sekarang susah. Takkan saja-sana tak bayar bil, takkan saja-saja nak biarkan anak-anak tidur dalam bergelap & berpanas. Sy maklum kesusahan sy macam mana, tapi sekurang-kurangnya sy boleh tidurkan anak-anak sy dalam keadaaan selesa.

Kalau kita cerita kat orang hidup kita susah, sedangkan kita tinggal kat apartment, pakai kereta sebijik, motor sebijik & laki bini kerja... mampus orang nak percaya. Tambah-tambah pulak kalau pi balik cerita kat kampung. Nak masuk bersamamu minta bantuan? Buat malu kat orang kampung.... so apa alternatif yang kita ada? Ikat perut? Bizz kecik-kecik?

Dulu masa sy mula meniaga online, sy kata nak cari setakat duit susu anak... tapi sy selalunya dapat lebih. Dan kakak nasik lemak tadi... mungkin jugak cari duit susu anak.
~ pagi nie sy mamah sebuku roti itu dengan rasa mengidam nasik lemak panas-panas dalam kereta, lauk sambal sotong, yang harganya tiga ringgit jer tue dengan rasa bersalah. Inilah harga yang sy patut bayar untuk... satu penipuan!

How silly of me....

Add Video

4 comments:

Nonie said...

itulah die hakikat kehidupan kan kak..bukan senang nak senang & juga bukan susah nak susah..so kenelah hidup bersederhana & berbelanja kene ingat masa depan:-)

Cik Melor said...

sedih melor baca. pengalaman melor yg lalu membuatkan saya faham keadaan itu. sedih betul betul ni.moral of the story. kene berjimat dan beringat ketika rezeki murah

Mama Zara said...

akakkkkkkkk...menitik air mata baca post ni...

terkena bab, keje laki bini....ada motor, ada keta..kalo ckp susah, mampos orang tak percaya

hakikatnya kami laki bini pernah ikat perut sebab nk beli susu anak dgn pampers. kesnya biz on9 masa tu tak brapa nk masyuk...gaji harap byr utang je...huhuhuuu

azima said...

che yana..

itulah kita kan? beringat & sentiasa beringat.. untung2 kesusahan membuatkan kita dekat pada-Nya.

che melor..

sy masih terbayangkan matanya yang beria-ia, tapi sy pulak tak membantu :(

che zara

mampus orang nak percaya kannnn? inilah nasib kita marhaen, tersepit dalam kancah pemodenan..