Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Friday, July 1, 2011

dulu & sekarang...

Assalamualaikum...

Semalam, sign report card sekolah agama.. petang. Hari nie sign report card sekolah kebangsaan.. pagi. Sapa yang pi? Dua-dua abah dia pi.. dua-dua hari ambik half day. Sy? Ermmm sy macam segan jer ambik cuti.. pasai sy dah banyak ambik cuti sebenarnya, cuti menjahit :p

Sekolah la nie macam tue nuh... kiranya oklah, cikgu-cikgu boleh kenal ngan ibubapa & boleh duduk bincang 4 mata tentang masalah anak di sekolah. Mana yang nak tegur boleh tegur, mana ada yang tak beres boleh beres, mana yang mengkelan boleh lepaskan.
~ mengkelan tue bahasa utara, bila pulun makan & tersekat.. itulah mengkelan, minum ayaq & terlepas lah mengkelan tuh.

Tapi time kami dulu lain, report card boleh bawak balik rumah untuk sign. Masa tue kalau ada yang gagal, cikgu tanda dengan pen merah... ada yg larat lagi kelentong ibubapak kata dakwat pen cikgu habis. Kakkahkahh.. mentang-mentang ibubapak buta huruf, ini sy dengaq kawan sy cerita.... tapi sy tak pernah buatlah.

Tapi itu bukan bermakna sy elok ajer dalam pelajaran.. sy pandai pon tak pandai sangat, bodo pon taklah bodo sangat. Tapi pernah la sekali masa darjah 6 cikgu kata sy bodo, pasai pi kira dengan tangan. Sepatutnya congak jer lah dalam kepala.

Itu cerita masa dulu, kalau masa la nie pi cakap kat anak murid bodo... untung-untung cikgu boleh patah hidung atau calar sepanjang-panjang kereta atau pancit ke empat-empat tayar kereta nuh? Kalau tak cukup dengan murid, ibubapak pon boleh campur tangan sama. Masuk sebelah anak & bertelagah sama, report polis sekali.

Dulu murid-murid kalau cikgu marah atau pukul.. tak berani nak cerita ngan ibubapak. Cikgu kata bodo.. hadam jerlah sendiri. Alhamdulillah.. sebab mengata sy, sy simpan kata-kata tue sampai bila-bila. Hari nie, sy masih ingat cikgu tue & kalau jumpa di jalan.. sy tengok dengan perasaan ada sesuatu yang tak beres.

Itu dulu, kami sebagai murid memandang cikgu sebagai orang yang harus dihormati, kata-kata dia boleh buat bekal untuk hadapi cabaran dalam hidup & apa yang dibuat akan jadi ikutan. Sy masih ingat cikgu disiplin masa sekolah menengah dulu, dia kata.. cikgu tak boleh buat dua perkara. Pertama, tak boleh korek hidung walaupun dalam kereta sendiri & kalau darurat tak boleh berhenti mana-mana semak, untuk siram pokok. Kikikikikkk.. dia cikgu disiplin, tegas tapi dia juga boleh melawak & nama dia Cikgu Ishak :)

Sy ok jer kalau marah & pukul untuk mengajar anak-anak sy... tapiiiii marah & pukul untuk mengajar. So far, kalau nangoi 2 orang tue bagitahu cikgu marah atau denda, sy akan sebelahkan cikgu dulu. Syukur alhamdulillah lah ada yang tegur anak kita & benda tue boleh kita take note nanti. Kita tak sempurna mana.. dalam pada kita dok pedo, mungkin ada yang terlepas pandang.

2 comments:

Nonie said...

betul2x..sy setuju ngan akak:-)

azima said...

che yana.. calettt!