Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Thursday, July 14, 2011

MoU untuk ling...

Assalamualaikum...

Semalam masa sy pi beli susu chocolate kat satu kedai nie....
~ tetiba rasa teringin & rasa nak pow orang :p

.. dan sy jumpa jiran rumah lama sy. Dia kerja kat sana.. dia nie kawin muda & kalau tengok muka depa laki bini macam budak-budak jer lagi.

Masa sy last duduk rumah lama tue dulu, dia baru lepas bersalin anak nombor dua. Bila tengok semalam.. sy puji dia, makin kurus, kecik molek lah. Lepas tue sy saja tanya duduk mana sekarang, sebab sebelum nie dia kata dia dah tak menyewa rumah lama tue, depa ada masalah kewangan & mampu menyewa bilik ajer.

Tapi semalam, dia bisik-bisik kat sy, suami dia tue ada perempuan lain kat kilang tempat suami dia kerja. Itu lah sebabnya dia kurus sekarang. Dan sy terpelengong kejap...
~ terpelengong tue bahasa apa ntah... maksud dia cam terkedu, tercengang, terkejut, terkujat.. semua ter ter ter belaka :p

Sy nie kalau nak bercerita tentang ketidaksetiaan, kecurangan dan lain-lain masalah rumah tangga antara sy & partner sy, sy suka mengelak. Pasal benda nie tak best & sy nak elak sungguh-sungguh.

Sebab bila kita beria-ia bercerita, kita takut nanti tercakap besar & jadi betul-betul. Atau nanti bila kita terlebih berjanji, nanti jika Allah uji, kita takut kita mampu tunaikan janji tue.

Tapi bila satu-satu isu timbul..macam kes jiran sy tue, sy akan ambil peluang nak highlight benda nie kat partner sy.... biar terang. Dan sy bagi soft warning kat kekasih sy masa atas motor semalam....

.... laling, kalau satu masa nanti teringin nak buat hal, yu bagi tahu temah.. senang temah nak ending cerita cepat-cepat, temah akan permudahcara kan, temah jenis orang simple & tanak complicated kan keadaan.

.. sambil gelak-gelak, sambil sy hurut belakang. Walaupun melawak, suara ketap gigi jugak :p soft warning, tapi sy serius dengan apa yang sy cakap tue.

Kes jiran sy tue.. dah ada anak 2, kerja tak stabil.. kerja kilang, bukan tetap pon.. kontrak. Kalu ikutkan banyak benda boleh fikir, tapi ke situ dibuatnya. Tak kemana perginya bila dah kawin tapi susah nak let go zaman bujang. Mula-mula hanya untuk suka-suka, lepas tue tersuka.. tersangkut & terangkut.

Kita masih mentah & kena belajar. Kita takkan dapat rasa apa yang kita rasa sekarang jika kita tak sama-sama ke arah ini. Kita juga takkan dapat rasa apa yang kita rasa sekarang jika hanya salah seorang daripada kita bergerak ke arah itu.

Bila kita beca, dengar & tahu masalah orang lain.. kena ambil iktibar semua tue. Bila kita bincang masalah orang lain, sekurang-kurangnya kita tahu pendirian masing-masing. Sekurang-kurangnya juga tahu ke mana arah yang kita nak sasarkan nanti jika benda ini terjadi.

Untuk waktu ini, sy jenis yang kalau sy suka, insyaallah sy suka habis-habis. Kalau sy sayang, insyaallah sy sayang habis-habis. Tapi kalau satu masa, terhadirkan perasaan benci, sy juga insyaallah boleh benci habis-habis... tak perlu minta, sy akan let go everything.

Ada orang bilang, untunglah partner sy, sy tahu cari duit. Tapi ling.. ia datang dengan pakej, tahu cari duit & juga degil hohohhooo
~ ampunn.. temah kan budak kecik lagi :p

Ling, manisnyaaa kurma ituuu.. tapi lagi manis kalau fahami isi kandungan MoU ini :p

~~~~~



~ soft chocolate? pakai ngan tudung shawl leopard printed.. cun ekk?

0 comments: