Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Thursday, September 2, 2010

tips untuk tutup kekurangan / kecacatan pemandangan kalau di rumah banyak longkang

Asaalalamualaikum..

Apa kabar? Sy dah raya utk kali ke dua dah nie.. hehehhe. Awal posa dulu raya dua hari & smlm raya lagi... nanti raya bebetui, raya lagi. Tige kali teman raye taun nie ye.. :p

Selamat hari merdeka & cuti merdeka ituhari memberi ruang kepada aktiviti kegilaan sy. Lepas zohor gerak pergi Sungai Buluh & dapat rembat 10 pack batu putih. Ini utk projek orang rumah sy. Singgah pulak satu nursery tak jauh dari situ & utk projek sy pulokk.

Dalam hujan lebat amat tue... pilih pokok bunga. Buat gila betuii.. habis basah lencun & hujan masa tue bebetul lebat, basah sampai sekerat pinggang punya ndap pokook bunga.
~ ndap tue daripada perkataan mengendap..

Dah lah kereta sy pakai NGV, tongnya besar & makan ruang.. dengan batu2, tambah plak pokok2 bunga. Kesian kat idris.. terkambus dia dengan pokok bunga.. hehehe. Jalan balik pon still hujan.. cuak gak lah, dengan jalan lincin & muatan yg sarat tue. Imagine, satu pack batu 20 kg.. 10 pack dah 200kg, dengan pokok bunga lagi. Mengukuk kereta tua sy :p

Sampai klang, singgah param kat Andalas & balik. Lepas tarawih, sambil budak2 tue main bunga api.. sy susun sikit pokok bunga.



Susun lebih kurang utk sementara, pasunya sy belum beli. Itulah aktiviti baru yang sy cuba untuk tahun nie, tanam pokok & buat kuih :p



Sy nak kongsi cara sy, tips untuk tutup kekurangan / kecacatan pemandangan kalau di rumah banyak longkang. 3 cara yg sy suruh orang rumah sy buat.. hehehehe, disebabkan kena bertukang so.. sy jadi mandur jerk la :p

Satu cara sy tanam pokok 'dalam' longkang. Kena pakai kayu 2" x 1" ( selalu panggil kayu satu dua) & pasu bunga panjang. Pasu bunga nie sy beli di giant, ada bua saiz pasu nie & sy pilih yg paling besar utk muat masuk dlm longkang. RM 25 satu pasu... sy beli 4 sahaja, bajettt nnggeeee.

Ukur lebar longkang.. contoh 12 ", potong kayu ngam-ngan 12" sebanyak 2 batang. Ketuk masuk kayu dalam longkang untuk support masuk pasu dlm longkang. Kiranya, pasu tadi di'hang' (gantung) dalam longkang pada kayu support tadi. Jadi, pasu tadi takkan mengganggu air longkang mengalir.



Ketuk kayu kedua dengan jaraknya bergantung kepada panjang pasu. Cuba hang pasu pada kayu tue.. terpulang samaada nak pasu tinggi daripada level longkang, atau sama level. Sy buat pasu sama tinggi dengan level longkang. Tapi dek kerana longkang luas dari pasu, sy terpaksa cover lubang tue dengan kayu..
~ kayu tue sy recycle daripada kayu yg support tilam pada katil lama.. hihihihi.

Cara kedua, sy tabur batu dalam longkang. Caranya lebih kurang cara yg sama dengan cara pertama. Kena buat kayu support dalam longkang. Kemudian, paku kayu sepanjang longkang & taburkan batu2.



Cara ketiga, sy buat slab. Slab nie sy buat slab reflexology utk tutup longkang.



Selamat mencuba & hijaukan rumah di hari raya nanti..
~ ewahhhh.. macam pro :p

2 comments:

CS @ Mama AA's said...

CS tgh duk pening pk camne nak tutup longkang tu... nak tanya ade wat takung air atas ke? sbb klu x wat leh ke main tutup2 lgkang tu, air hujan camna? x melimpah ke? klu ok, nak gak wat, penatla cuci lgkang huhuhu

azima said...

buat macam pelantar... utk tutup atas longkang mcm tue jer..