Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Friday, September 24, 2010

Tips jimat masa memasak di dapur..

Assalamualaikum..

Patutnya nie sy letak masa bulan posa dulu... tapi lupa. Sy letak nie do forum CARI, so sy copy paste sahaja. Sementelah sy sibuk kat opis.. daripada blog tak berupdate, copy paste pon jadilah. Update jugak.. jimat & senang kira katanya :p

Copy paste :
sy kalau di dapur, memang wajib ada 2 kuali ~ satu utk goreng ikan/ayam/telur utk lauk & satu lagi utk prepare kuah.

hsbn sy suka lauk yg masak dua kali. masak kicap, masak cuka, masak tauchu, masak sambal, 3 rasa, bistik, masak madu.. semua yg kena masak 2 kali.

goreng lauk satu kuali & dalam masa yg sama prepare kuah dalam kuali yg lagi satu. dah siap goreng lauk.. terus transfer kuali sebelah... jimat masa & tak kotor pinggan.

lagi satu utk masak yg pakai sambal cili kering.. ada satu cara yg sy buat. selalunya blend cili kering banyak2 & buat masak sambal bawang... (basic sambal bawang.. tumis bawang & suaikan rasa)

kalau nak buat masak sambal, masak madu, masak tauchu, bistik, masak kicap ayam.. dah mudah. ambil pes sambal bawang tue & ejas2 based on lauk yg nak masak..

kalau buat masak madu, tumis bunga lawang & kayu manis.. tunggu kejap masuk madu & ayam. angkat & tabur daun bawang sikit, dah siap.

kalau nak buat masak tauchu.. masuk pes sambal bawang tue & tambah cili hidup, tauchu biar mendidih sikit & masuk ikan..

kalau nak buat masak sambal ikan/telur/ayam.. lagilah senang, leburkan pes sambal bawang tue & mendidih sikit masukkan lauk

jimat masa nak potong bawang, nak menumis & dapur pon tak berapa kotor.. pasal tak perlu menumis & lauk pon kurang minyak.

Nie cerita hat semalam punya.. sy ada balace nasi yg banyak dlm rice cooker yg sy dah masukkan dlm peti sejuk. So nak buat apa nasik sejuk nie? Selain tambah air sikit & tekan butang cooking, boleh jugak buat nasik goreng. Itu saja sy dok buat selama nie...

.. semalam sy buat nasi lemak experess. Segalanya express pasal pakai nasi sejuk yg dah siap masak & pakai santan serbuk sajork.

Caranya ya ibuk2.. hiriskan bawang & halia, sedikit halba campur, sedikit lada hitam ( biji), daun pandan , garam, air (air biar kurang jangan terlebih).

Semua nie bergantung kepda banyak nasik.. agak2 lah. Air pon bergantung jugak hanya setakat nak lembabkan nasik & utk stim kan nasi nanti.

Leburkan semua dlm peruk (masak atas dapur gas dulu) bila mendidih masukkan santan serbuk & masak sampai pecah minyak sikit. Kemudian curah masuk dlm peruk nasi elektrik yg berisi nasi sejuk. Gaul2kan nasi dengan bahan2 tadi & kalau masa nie rasa air terkurang bleh tambah sikit air.

Tekan butang cooking & stimkan (warm) agak2 lah dlm 15 min. Dan siap..

0 comments: