Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Thursday, September 30, 2010

Jadinya.. smlm MC sesaja.

Assalamualaikum..

Klang dlm minggu lepas berhujan saja... tapi rezeki tue, rezeki pokok2. Pokok2 lantana camara yg tanam sebelum nie galak keluarkan bunga..
~ lantana camara.. nama melayu dia bunga tahi ayam. Sy tak jangka lantana camara yg kami masa kecik2 dulu duk rengke pakai buat rantai tue nama melayu dia bunga tahi ayam, hakhakhak...

.. spiderlily pon bunga dah keluar & kembang hari nie. Ituhari, sy usya pokok akar dani orang punya.. nyaris2 sy tak pergi kidnap dahan akar dani di satu taman area sini dek kerana mengidam akar dani :p Sy pergi pasar tani Stadium Shah Alam, ada rezeki sy... dapat sepokok.


~ rm 10 sepokok..


~bunganya dah tak berapa segar.. takpa nanti sy bagi cukup makan & pakai :p

Cerita pasal rezeki sy plak, semalam sy dah tergolek sengsorang kat rumah. Rezeki sy pulak demam semalam, MC lah sehari. Selepas sy lincinkan satu bungkus nasi kerabu.. tatau nak buat apa, sy habiskan menyulam. Menyulam aper?

... akan ku anyam gelombang-gelombang menjadi hamparan ranjang tidurmu. Hwahaha.. lagikan nak bawak diri pon tak larat, nak menyulam gelombang bagai. Kumpul2 hasil sulaman dua tiga hari sebelum itu, sy dapat siapkan 6 keping nie..


~ yang nie utk tutup balang kuih. cacamarba bunga, ini belen yang buat masa kenduri adik sy bulan 12 thn lepas.. belasah.

Masuk tengah hari, dah rasa nak demam balik.. sy mop lantai, bagi berpeluh, bagi kebah. Peluh bercerau2 peluh. Dah rasa ringan badan, rasa cam nak menyangkul tanah pulak. Tengah menyangkul, kuku yg sy 'simpan' sejak minggu lepas dah terkoyak pulak.

Aklisahnya minggu lepas buat ikan bakar cicah ayaq asam, kelam kabut potong cili pi potong jari & kuku sekali. Punya lah panic.. dahlah pisaunya tajam, baru lepas sy asah!

Dah lama sy buat kerja2 suri rumah, masak-memasak, potong-memotong.. jarang lukakan jari sendiri. Dah luka baru sy teringat, selalunya potong memotong sy pakai gunting, bukan pisauu.. aperrdaaa!

Masa menyangkul tue, kuku yang terpotong tue dah tersangkut pada baju & kerkoyak lagi. Aduhhduhhhduhhh... kensel semua plan, ikan yg dah defrost semua masuk dlm peti sejuk. Orang yang puasa, balik kerja masak nasi & goreng telur sendiri. Jadinya.. smlm MC sesaja. Kat opis sy MC, kat dapur pon sy MC, huhhhuhuhu.


0 comments: