Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Wednesday, September 22, 2010

Raya 2010

Assalamualaikum..

Okeh kat mana kita tadik?
~Ehhh :p

Lama rasa tak masuk blog sendiri, masuk kejap2 ajer.. ada banyak keja kat opis nie. Okeh.. citer pasal raya. Rabu lepas kerja sy ambil anak2 & balik ambil beg2 semua.. & bertolak balik. Sampai dalam kul 12 cam gitu rumah abang sy di Kg Pak Darus, Simpang, Taiping.

Sembang punya sembang, bila tanya nak makan nasik dak? si Ishak kata nak makan nasik. Padahal masa ambik dorang, dah beli lauk & nasik tapau dari rumah. Makan la nasik.. dlm kul 2 pagi makan nasik kauuu. Nampak pulak sambal tumis petai + udang, masak style letak santan tue & petai hiris sekali ngan kulit. Dah lama tak makan sambal petai cam tue.. masa kecik2 dulu selalu kakak2 masak. Aii jangan ditanya tambah ke tidak, sure lah bertambah :p

Itu kira consider makan malam yer.. hihihi sahurnya makan lagi sekali!

Lepas subuh, ingat subuh shepie..
~ spelling? ustaz kazim la yg ajaq subuh shepie nie :p
.. nak pi terkam ayam kat pasar borong Simpang, tapi katanya kat depan sana ada jual ayam. Lajak la tidoq balikk... bangkit kul berapa tak tau, baru gerak pi pasar borong & beli bahan2 masak yang lain. Kakak sy dah siap SMS apa barang yg nak kena beli... tuee dia beratuq orang nak beli santan. Last2 tak jadi beli, beli nyok & balik perah sendiri lagi cepat. Terus balik gerak ke kampung..

Tengah hari tue, gi rumah kakak sy. Ingat nak tumpang sekali buat ketupat daun pisang ngan dia. Utk kami2 sekilo dah cukup dah.. kakak sy 2 kilo.



Masak santan + garam.. pecah mintak + pulut yg dah di basuh & tos. Kacau sampai santan kering & kecilkan api & tutup periuk.. lebih kurang cam masak nasik atas dapur gas ler kaedahnya.
~butki bergambar.. tangan ahkak yer yg tgh mengacau itteeww. Bukan sekadar menjahit, ke dapur juga mahirr.. iklan tak bleh blah! :p



Dah masak pulut, bungkus dalam daun pisang cam gini. Ada setengah2 orang, masak pulut separuh masak, then balut then kukus. Kakak sy punya style.. masak bagi masak terus & balut, tak tarik masa nak kukus nanti.
~ yang 8 ketui nie ahkakk yang balut tauuu.. amacam, hensem tak ketupat2 ahkakk? kikkikkikk..

Dah ada ketupat, harus ada lawannnya.. kat kg masa arwah mak masih ada, menu wajib rendang pedas kerang. Dek kerana kekasih sy tue ada gout, makanya tahun nie rendang pedas ayam sajorkk.



Redang pedas ayam yg blom sempat ditaburi hirisan daun kunyit. Masak pakai dapur kayu api lagi, nostalgia sungguh!
~ ahkakk juga yang memasaknya.. ehh iklan lagi :p

Malamnya bukak poasa last rumah kakak sy. Punya banyak makanan, sy pulak gi param kat kg.. saja nak merasa.

Esoknya raya 1st.. pagi cam biasa puak2 lelaki gi solat aidilfitri. Kami pompuan2 dia setup apa patut. Budak2 datang berapa yang 1st tue sy lom sempat mandi lagi..kihkihkihh, awal betul depa. Memang semangat sungguh budak2 kg sy kalau beraya. Beraya ramai2, ada yg jalan kaki, berbasikal pon ramai.. nostalgia sungguh, teringat masa budak2 dulu.



Idris & Ishak dengan sepupu2 nak pergi beraya . Baju ditaja oleh azimaDIYshop, baju kemeja leher butang 3. Sampin & songkok made in Maidin sajorkkk :p
~ ada iklan lagi!

Lepas kekasih sy balik solat, kami gerak pi kubur. Sempat jengah kubur arwah mak, pak sedara & mak sedara. Tengah hari, lepas zohor.. ingat nak gi beraya. Sempat gi rumah mak sedara sorang saja.. kawan ajak pi gath rumah kawan2 sekolah rendah dulu. Geng sekolah rendah yer.. punya lama tak jumpak, mujuk ada FB.



~ lama sungguh tak jumpaa....

Sambung lah kot cerita raya..

0 comments: