Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

Loading...

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Monday, August 16, 2010

kenangan sentimental.. kehkehkehh sentimental katanya!

Assalamualaikum..

Aktiviti hujung minggu lepas, sabtu.. balik daripada kerja, sy duduk kat rumah menjahit apa yg patut & petangnya sy nak try satu resepi... Ayam Penyet. Sy memang boleh dikatakan selalu tak bernasib baik kalau cuba resepi2 baru.. selalu tak jadi! Nggeeee..

So, berhempas pulas kehulu & kembali ke hilir sambil baca resepi. Yang selalu tak menjadi.. sebab sy suka menderhaka tak ikut resepi, kekekeke.. sy pakai hentam ikui dan memanjang.

Kalau masak lemak cili api tue kena bubuh daun kunyit. Aiiii... menyusahkan. Mana nak cari daun kunyit tue & kekadang kat kedai pon susah nak dapat. Beli seikat, tapi nak pakai sehelai... hat lebih tue nak buat apa.. sentel? Kikikikkk.

Sy akan menderhaka dengan alasan... kita nak makan lauk, bukan nak akan daun kunyit! Jangan disebabkan satu item tak ada, benda tak menjadi & tak perlu susah2 kan diri. Itulah satu sebab kalau sy masak selalu tak jadi cam org lain buat :p

Sama cam buat ayam penyet tue... daun salam & air kelapa muda, sy aci kirim salam ajer lah. Bubuh mana yang ada ajer. Buah keras tue pun... kira nasib baik sy tau mana satu buah pelaga, kalau tidak maunya sy pi bubuh buah pelaga... dok sangka itulah buah keras kehkehkehhh.


~ ayam yang dah dimasak dengan bimbu & tapis

Bergitulah catatan peribadi seorang isteri yang amat rajin ke dapur, selama 33 tahun.. baru sekali nie berkenal mesra dengan buah keras kekdahnya :p


~ dah tapis, lepas tue goreng.. siap!

Menjadilah jugak ayam penyet sy.. rasa cam hat jual kat kedai. Kalau di ikutkan hati nak ajer type ayam penyet sy menjadi lebih sedap daripada hat jual kat kedai.. tapi cam bajet terlebih sudah...

Sambal dia sy buat main pakai bubuh saja. Sebab resepi asal kena bubuh tomato.. kekasih sy masih berpantang lagi. So, lupakan.. resepi tolak tepi & main aci taruk dalam blender ajer. Bukak peti sejuk.. terpegang halia, bubuh halia.. terpegang bawang bubuh bawang. Kalau nak menjadi.. menjadilah.. kalau tidak pakai talian hayat, cicah sos cili kikikikk. Bergitulah episod betapa redhonya memasak di bulan puasa nie, tak boleh merasa bagai.

Tapi lepas habis masak... sy letih sungguh la, sama penyek dengan ayam penyek sy :p

Sy suka nie sbb ayam nie, ayam penyek nie kembaq dengan nasik + ulam2 + sambal. Sy ingat kat kampung nanti.. nak tunjuk skill, raya kedua buat masak ayam penyet nie. Tapi ayam la nie pon sekilo dah RM 7.00 uiiiii mahainya, depa bagi ayam makan apa taktau!

Sebut pasal mahal nie.. teringat sy, raya tahun lepas. Nak buat buhun sup & belilah barang2 kat satu hypermarket nie. Balik rumah baru perasan, bawang goreng sepeket RM 27.00. Esoknya, sy bawak bungkus bawang goreng yg dah pakai separuh tue... pi tunjuk kat customer service kaunter, untuk bawang goreng nie... u tanam bawang nie kat mana?

Kerut ajer budak tue melayan perempuan kerek ntah tetiba dari mana datang tue. Sy nak tau jugak.. kot2 bawang tu pi tanam kat alaska ker, logik jugak mahal. Rupanya, depa salah key-in harga. So, moral value dia... time masing2 tengah sibuk beli utk raya nie, lepas bayar check balik harga.
~ tue dia moral value, pi highlight double check harga.. patutnya, moral value suruh jangan melenting dulu... nngggee.

Aiiii.. panjang sungguh cerita, tue baru sabtu. Ahad paginya.. semua pakat pi pasar pagi. Tambah2 lauk dlm peti sejuk. Lepas tue, bertolak pi Sungai Buluh. Sy nak cari pokok & batu hitam utk buat slab lagi. Batu tue sy nak guna utk buat slab yg bubuh batu utk refleksologi.



Akhir2 nie, jatuh minat pulak nak tanam pokok. Baru sy tau.. cam mana gilanya org yg gila menanam pokok :p Walaupun sy tak berapa pandai tanam.. ingat nak cuba jugaklah. Selain org kata, tanam pokok nie nak kena tengok tangan.. panas atau sejuk, mind set pon termasuk gak kot. Pasai, kalau dok kata.. sy tanam apa pon mampuih, memang mampuihla pokok tue. Kott la nooo... kottt...



... jadinya masa cari pokok tue sy aim pokok yang senang hidup saja. Dan maksud sy itu, pokok yg sy kenal & arwah mak sy pernah tanam. Dua pokok yg mula2 sy beli... sy terlupa nak tanya nama penuh pokok tue. Satu pokok yang kemudian tue... tokey tue bagi tau, nama pokok tue spider lily.

Satu pokok yg sy beli mula2 tue & spider lily nie... terlalu banyak berkait dengan kenangan zaman kanak2 sy. Tetiba... timbul idea, sy nak tanam pokok yg ada kenangan sentimental dengan sy sahaja.. kehkehkehh sentimental katanya!


(sumber : gambar carian internet)

Inilah spider lily yg sy maksudkan. Stigma bunga nie jadi satu permainan masa sy kecik2 dulu. Ambil sorang satu stigma & lawan pukul.. sapa yg jatuhkan benda kuning hujung stigma tue, dialah yg menang. Batang bunga & daun pokok nie.. selalu jugak jadi lauk utk kami main masak-masak dulu :)



Budak2 sekarang tatau cam mana nak main guna bahan2 alam nie. Nanti sy boleh ajar Idris & Ishak cara nak main... tapi mintak2 pokok hidup lah. Hik!


~ rasa cam nak kidnap ajer wakaf depa nie.. lepas raya sy pulangkan balik :p

Sy dok merengek kat kekasih sy.. suh buat wakaf nie satu. Belilah katanya.. tapi serius sy suruh buat sendiri, DIY. So wakaf nie masuk dalam list antara yg nak DIY nanti. Apa barang berbapak & bapak mertua tukang rumah... try lah buat sendiri.
~ lalingggg.. temah cabar u nie :p

2 comments:

Mila@Rimbun said...

dah pindah rumah baru ke nii? bestnyer

azima said...

che rimbun...
dak lah.. rumah lama jugak, tapi baru sampai seru nak menanam..
~sampai seru katanya :p ..