Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

Loading...

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Tuesday, August 24, 2010

2nd Giveaway : DIY & saya...

Assalamualaikum

Ahlan wa sahlan yaa syahra Ramadhan.. selamat menjalani ibadah puasa & pohon maaf salah silap yg ada. Dan sempana bulan Ramadhan yang mulia nie, ada sehelai baju sy nak bagi.. tapi kena join giveaway dulu ya :)



Biasalah, kalau hari raya mesti banyak pinggan mangkuk nak basuh. Teringat lagi masa budak2 dulu... eeeiii malas sungguh bila ada tetamu yang datang. Kena potong tue, topap nie.. tambah2 pulak kalau belah kg sy, time raya.. kami raya sungguh. Buat ketupat daun palas, rendang pedas kerang, laksa.. imagine berapa banyak pingan mangkuk nak kena basuh tue?

Masuk petang hari.. baju raya pon lencun, punya basuh pinggan. Jadi, persalinan nie... sesuai untuk anda selalu jadi mangsa tangkap kontrek basuh pinggan di hari raya :p

Bersiap sedia selinsing lengan dengan span di tangan. Bila kena berlari-larian dari dapuq ke depan.. delivery pinggan, mangkuk & sudu segala. Kita tukaq pakai seluaq, senang.... langkah luaih sikit katanya :p

Jadi, baju nie boleh pakai ngan skirt labuh atau pon seluar panjang. Tujuan lain, sy nak rombak & buat eksperimen sikit pada dada baju nie.. ada nak ejas2 sikit. Mungkin masa cam dah singkat utk anda pakai di pagi raya, tapi i'allah sy cuba siapkan cecepat.

Giveaway kali ke 2 nie.. kita nak cerita pasal : DIY & saya

1. Buat entry yg menceritakan apa DIY yang anda lakukan (seeloknya.. snap gambar utk lebih menarik). Tak terhad pada jahitan, boleh cerita apa jua DIY yg anda lakukan.

2. Masukkan link URL giveaway ini.

3.
Add blog sy dalam bloglist anda

4. Tinggalkan comment pada entry ini

Tarikh Tutup 31 AUG 2010
~ harap2 sempat lah sy menjahit baju nie sebelum raya.. aminnn!

Contohnya seperti ini : DIY Slab

Dalam pic di bawah sebenarnya DIY Slab nya dah siap. Cuma tinggal nak kemaskan & tabur batu.. kerja2 simen ituhari utk tinggikan level longkang. Slabnya orang rumah sy buat sikit2.. ahad buat sekeping slab & tengok pada kelapangan & nanti buat lagi sekeping. Anggaran setahun gaklah nak siapkan semua tue :p

Sy cuba ceritakan step by step, cam mana nak buat slab.

1. Buat acuan. Lebar slab 1.5' x 2'.. tapi utk satu sisi lebihkan sedikit kayu. Part yang lebih tue, utk habuan nak ketuk bagi mudah di bukak petak kayu tue nanti. Kalau slab tue umpama huruf d.. so ekor d tue lah utk di ketuk nanti.

2. Boleh paku atau skru petak slab.. skru nanti bleh recycle, kalau paku nanti dah terbuang paku tue... tue jer beza.
Lapik plywood bawah slab atau apa2 permukaan yang rata.

3. Campur pasir + simen + kapur & gaulkan. Bentuk cam telaga & tuang air. Biar seketika hingga mesra...
~ eh ehhh cam memasak plak ya!


~ buat telaga & masukkan air...


... gaulkan rata & tuang masuk dlm slab. Ratakan & penuhkan separuh sahaja dulu.


~ gaul rata..

4. Ratakan & masukkan potongan2 dawai dlm simen. Nie kalau slab besar & tak bagi mudah patah. Kalau slab kecik2 1' x 1', misalnya.. tak payah dawai pon takpa.

5. Masukkan lagi lebihan simen & ratakan.
Make sure dawai berada dalam/ditengah lapisan simen. Tutup slab dengan plastik etc & biar sampai keras.. anggaran 2 hari.

6. Bila dah keras, ketuk bahagian kayu yang lebih utk buka slab. Kalau pakai skru, bukak skru dulu. Bukak 1 bahagian saja.. yang lain2 nanti, bila angkat dah terbukak sendiri.

7. Levelkan tanah kat mana slab nak letak.. gunalah timbang air ker atau tenang...
~ tenang yer... e teleng, bukan tenang aman damai tue :p aim dari jauh tengok level ker tak.

8. Gap antara slab tue, boleh kalau tanak simen.. tapi nanti rumput tumbuh mengganggu plak, tambahan rumput rumah sy bukan rumput kapet...
~ ahkak nangiss! doa2 rezeki lebih ada bonus raya, leh pi beli rumput... macam orang datang raya nak jamu rumput kekdahnyerrr... kehkehkehhh.


~ slab yg dah siap susun & simen antara gap



~ tenaga buruh burma sedang buat kerja2 pembersihan :p

9. Tabur batu...


~ tabur batu..

Hasilnya dapatlah lagu nie..


~En. Ishak sedang merasmikan.. jaga2 En. Ishak, jangan jatuh longkang..

Ramai juga tenga buruh yang menjayakan slab nie. Ada yg dari burma & dari Indon pon ada sesat sorang. Dan saat akhir, lepas wonder pets tonyoh buang taik mata.. dia pon ada tolong.


~ wonder pets datang membantu..


~ ada tolong jugakk.. tolong kacau :p


~ upah pekerja dari Indon sorang, cepat sikit buat keja. Pekerja Indon yang dimaksudkan, yang pakai seluar tido tue.. kehkehkeh buruk giler seluar! :p

4 comments:

Izyan Nadiah said...

hehehe..comei ja

azima said...

che izyan..

yg comel tue.. baju tuk giveaway atau slab atau anak2 sy atau pekerja indon sorang tuh?
~ :p

Em's Family said...

salam,

saya join juga.. tapi tk sure lah ni boleh consider DIY ke tak :D

http://jomjoincontest.blogspot.com/2010/08/2nd-giveaway-diy-saya.html

thanks

azima said...

che em..

ok noted, moga ada rezeki yer.. bleh ambil tender basuh pinggan raya nie :p