Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

Loading...

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Monday, August 2, 2010

...asal musim durian nampak la muka, asal nampak muka musiam durian lah tue

Assalamualaikum..

Jumaat lepas, lepas balik keja.. pi ambik MIL sy kat tempat keja dia di Bukit Raja. Dia nak ikut kami gak, balik kg. Masa tue pulak hujan renyai sikit & jalan nak ke Bukit Raja, punya la menyakitkan hati... jammed!

Sampai kat Sungai Buluh, makan.. memasing dah kebulur! Lepas isyak baru sambung jalan & sampai Taiping dalam kul 1.30 pagi..

.. cam biasalah, sampai terus check-in kat rumah abang sy kat Kg. Pak Darus, Simpang. Abang sy nie tukang rumah, kami dapat check-in bilik baru kali nie. Dia memangg.. dah namanya tukang, asikk sambung rumah ja dia! Geram tauu! :p

Sembang2, masa tue dah 2 pagi.. depa bawak keluaq mee udang la pulak. Laaa, dah pesan jangan masak pape, tapi apa nak dikata.. balun tetap balun! Nggeee.. Idris yang mata dah layu pon pulun semacam.

Esok paginya, lepas sarapan & isi NGV kat Aulong.. balik kampung. Tapau bawa balik mee udang utk kakak sy, tapi sampai kampung... sy kejan kakak sy pekena mee udang, sy pon join pekena sekali. Harharhar..

Tengah hari tue.. kami masak sup ayam, kerang rebus + cicah cili kicap. Lauk simple ja, tapi sy belasah bukan main.. pasal makan ramai2 & cili tue pokok kakak sy tanam. Sedap & lajak sungguh makan.. dah habis makan, tak leh bangun.. meratah la pulak :p

Petang tue dalam kul 3, kami bertolak pi Batu Kurau. 2 bijik kereta, satu van.. konvoi pencarian durian ke Kg. Batu Kurau. Tuan rumah, abang kepada kakak ipar sy. Memula sy ingat kena pi kutip kat pokok.. bila tanya abang sy, sah2 kena gelak. Katanya, durian kat sana pokok atas bukit. Bukit tue pon tinggi.. bila naik & turun jajak tanah pon rasa menggigil kaki... katanya.

Oiiiccc.. takyahlah, nanti patah riuk plak sy balik Klang :p


~Ishak pon balun jugak durian..
~tueee diaaa... mana nak larikk, dapat jugak pic orang Mesir! :p


~ hat orang kuat belah durian tue, siap keluaq aura mengetaq lagi.. takutt :p
~MIL sy & kekasih sy... depa mmg handal makan durian

So kami sampai, belasah buah yg pagi. Sementara tunggu buah petang turun.. ingat nak pi mandi kat air terjun Sempeneh dulu. Tapi bila sampai, airnya laju & keruh.. hujan di hulu sungai. Siannn lah kat kami semua. Punyalah beria pakat bawak baju spare, yang dah pakai seluaq pendek pon ada.. konon2 nak mandi ayaq terjun. Tak der rezeki lah nie...


~hujan kat hulu, apa nak buat.. tapi jalan/titi tue sy seriau sungguh rasa cam nak jatuh pon ader, biasalah sy kan overdose penakut :p

.. apa nak buat, gerak balik ke ke Kg. Repuh. Ambil buah.. dapat dalam 2 gundi baja. Sukerrrrr!

Gerak balik, maghrib kat jalan & terus pi Kubu Gajah. Sy ingat nak payung makan mee bandung. Kalau kat kg, bab payung memayung nie.. tak terasa sangat, mee bandung 11 orang makan + air.. tak sampai RM 40.00. Gila murah kan?


~mee bandung di Kubu Gajah
~menu petai rebus, sambal belacan + tempoyak... tengoklah pinggan yg lincin tue, tapi jangan tanya pinggan bekas sapa tue... ekekkekekee

Gerak balik, dalam kereta... sy bg tau kat kakak sy. Mee tue mee jugak.. kita nak kena pekena nasik gak mlm nie. Pasai, masa singgah pekan Batu Kurau, sy dah rembat petai. Ingatnya nak tumbuk sambal belacan, buat petai rebus, palit tempoyak pulak... ikan goreng saja pon dah cukup. Aduhduhduhhhh... benar bagai di kata. Makan ramai2... punya berlawan tambah, sendat perut2. Hehehehheheee... mak mertua tengok gelek kepala pon gamak buat tak nampak! Meahahahaha... tapi MIL sy sporting! Nggeeee....

Balik rumah, tido & esok paginya.. masing2 siap pi pekan ahad Sungai Gedong. Sejuk sungguh pagi kat kampung. Sy pi pekan tak mandi pon, ambil syarat yg penting2 saja heheheh. Pi sana sy, kakak & MIL sy... hilang ingatan pakat beli tudung syria. Puncanya sy tgk tudung yg kakak sy beli. Tawar2 & beli banyak dapat RM 10.00 seheli.


~menu: kari puyu, sambal belacan, rebus pucuk kaduk, kerabu kacang panjang..
~tudung syria, yg baru beli bersama baju raya tahun nie, aisehhh printednya membuatkan nampak boroi plak... ker memang boroi?..... ahkak nangiissss!

Sy ingat nak pakai tudung style cam nie pulak. Tudung syria, tapi labuh & cutting cam ariani... tapi sy pakai tak payah pakai inner. Agak sesuai utk bentuk muka petak sy... pakai tudung nie, nampak lah panjang sikit muka.
~ nampak kurus sket :p , ingat nak pi kamdar bila2 beli kain.. rasa2 kalau buat sendiri pon ok gak.

Balik rumah.. cepepat masak, sbb plan nak balik Klang lepas makan. Sy masak kailan ikan masin, kakak sy buat kerabu kacang panjang + ikan masin, kari ikan puyu , rebus daun pucuk kaduk, sambal belacan... sekali lagi terangkat!

Bertolak balik lepas zohor. On the way nak pi isi NGV kat Aulong.. kakak sy telefon, ikan pekasan tertinggal. Sempat dia hantar kat tol Air Putih sementara sy pi isi NGV. Ada lah rezeki lauk ikan pekasam utk bulan posa nie. Sampai Klang dah maghrib.. keluar makan & Isyak baru sampai rumah. Puas hati tullah balik kg kali nie.. padat sungguh & banyak yg berhasil.. sampai sendat satu kereta!

Dah lama sebenarnya tak pi Batu Kurau nie.. tak ada sedara mara kat sini, tapi sedara tumpang2 belah kakak ipar shj. Sib baik jugak ada kebun durian, bleh jugak tenggelam timbul... asal musim durian nampak la muka, asal nampak muka musiam durian lah tue, kata Ustad Kazim.

0 comments: