Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Monday, January 18, 2010

Ngantukkk...

Assalamualaikum...
Apa kabar? Celik2 ajer mata hari nie sy dah terbabas tidur! hihihi sy mmg bergantung 100% kepada 'kekasih cerah' sy untuk bangun pagi selama lebih 6 tahun nie :) dia lah yg kejutkan tiap2 pagi.. tambah2 lagi kalau sy 'cuti' & sy berjaga malam.. thehehe memang dia lajakkan tidur sy & sy pulak akan lajak2 kan lagi dengan 'jap.. 5 minit ajeer' :p

Kalau dah berjaga sampai 12 mlm, automatik mata sy susah nak tidur. Walhal, badan penat sbb hari cuti pon sy bukan cuti, sy pergi kelas itu ini ~pancit! Letih, tapi tak boleh tidur. Apa nak dibuat? Mata dok lip poq, lip poq lagi nie..
~maksud lip poq, lip poq? tatau nak explain...

Selalunya kalau sy tak boleh tidur, sy akan kacau orang tidur.. thehehe. Ketip kuku anak ker, belek muka & badan dorang ker.. tengok mana luka bekas garu ker, sapu ubat.. kopek keruping ker ~ kulit kepala Idris agak sensitif sejak kecik sampai skrg..
~jangan.. jangan tanya yer, samaada sy kacau abah anak2 ker tak... :p

Aduii aper nak dibuat lagi? Sy ambil gunting & kain.. potong langsir. Pastue pasang benang & jahit langsir pulak langsir. Palmet dah siap.. day & night, tinggal nak jahit atas bawah. Hambik kauu 5 pagi... memang tak sedar diri, esok kan keje. Bila Ishak dah nangis mintak susu baru tidur. Menyesal tul skrg nie.. mata kelat, ngantukk sungguh senahh!

0 comments: