Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Thursday, July 7, 2011

Keputusan pemenang GIVEAWAY!!: BAJU RAYA!

Assalamualaikum..

Pemenang GIVEAWAY...
ain syafain http://icecoklatvanilla.blogspot.com/2011/06/giveaway-baju-r​aya​

Nanti email sy nama penuh & alamat, dah pos sy inform.. tq


~ SILA KLIK PADA PIC UUNTUK PAPARAN PENUH..

Wednesday, July 6, 2011

... giginya bolong bolongggg.

Assalamualaikum...

Apa cerita sekarang nie? BERSIH lagi? tak join kot.. balik kampung!

Gigit? aduhduh inilah peri pentingnya ibuk-ibuk, di rumah harus ada internet sorang satu walau tinggal dimana pun. Kalau jumpa apa benda pelik-pelik & tak tau apa guna, harus di google duluk. Kahkahkah... dah ada orang suruh cari benda ilmiah, pi cari benda lain.. tue kesan nak experimen yang bukan-bukan :p
~ overdose hentai gamaknyer!

... nasib tak baik kena penjara, dah berkurang getah dalam 5 tahun akan datang :p
~ apa pon tak bolehh..

Cerita sy, masih cerita sama.. terhegeh-hegeh menjahit mengejar due date. Susun perancangan macam mana pon, kekadang mai letih, tidoq jugakk. Kekadang dok tumpang semangat anak-anak & kengkawan untuk bagi pulun lebih sikit.

... kekadang kita perlu tumpang semangat orang lain utk kuatkan semangat diri sendiri...
~ jadi, jadilah orang yang pemberi semangat.. be +ve kalau bukan utk diri sendiri, utk orang lain.
Selain itu, ada pesanan jugak dari Ishak.. hasil olahannya sendiri, terimalah..... giginya bolong bolongggg.


Monday, July 4, 2011

.. offer that I can't refuse!

Assalamualaikum...

Sorry yer sy masih lom sempat edit semua untuk penyertaan GIVEAWAY tue. Tapi jangan risau.. pemenang still boleh pakai baju tuk raya keh.

Baju raya anda kaler apa tahun nie? Ramai yang dok pilih kelabu.. sy tak kot, kelabu nanti lagi tak nampak apa, mendap :p

Sabtu lepas sy jejak dah jakel.. punya ramai umattt. Depa punya pilih kain, sat sat sini tebaq kain.. sat sat sana pulak tebaq kain :p

Sy ambik jugak berkat.. tebaq sama. Depa bagi diskaun sangat... offer that I can't refuse! Kehkehkeh...

... sy dok pikiaq, apa la depa bagi diskaun banyak sangat nie, macam durian runtuh. Tapi mungkin dalam kepala depa, depa dok pikiaq lain.. depa dok kata, yessssss umpan dah mengenaa!! Mungkin yerr.. mungkin jer.

Depa dok kejan suruh beli lagi sampai RM 250.00 minimum.. boleh masuk peraduan, cehhh sy silap teknik pi kata sy tak cukup duit. Wat malu orang kampung betui.. patutnya sy kata lah, nanti sy pi chop duit dulu.

Lepas tue, nak buat malu lagi orang kampung... time turun, sy pi cari tangga turun!! Hauhauhauuu... jakel ada tangga naik jer la, turun kena naik lif! Patut lah salesman & sales girl dok pandang semacam jerr.. fecah rahsia 1st time jejak jakel.

Aferrr nak buat nakkk.. makcik tunggu sale jerk la nak pakai baju made in jakel, kalau tak... tak mampu derrr. Nie pon kutip-kutip duit raya anak tahun lepas... tak lah fafer sangat, marhaen jerk kater ko!

Sale jakel sampai 15hb jer katanya.. tapi tanya salesman sampai raya. Motippp? dia suruh ahkak mai lagi lah tue. Kalau 1st time ahkak tak jumpa tangga turun.. pi minggu depan maunya ahkak tak jumpa pintu balik :p

Lepas tue nak cerita lah jugak kan, Ishak anak sy tue.. kalau berhenti & nak turun ke mana-mana.. dia selalu mangambil masa yang lama nak pakai selipar & turun dari kereta. Selalu dia kena sindir dengan sy.. sempat mak tidur dulu tak? Masa pi jakel tue pon sama macam tue jugaklah.. sy tertinggal di belakang dengan dia. Abah dia ngan Idris dah mencanak & tak nampak dah di depan.

Lepas tue, nak buat malu lagi orang kampung... sampai-sampai jer sy nampak pintu & terus masuk. Masuk jer dalam tue.. salesgirl dah bagi selamat datang, baruuu ferasann. Alahhh senahhh, makcikk salah masuk kedai nakkk!

Nak tunjuk lah sangat kat pekan di kampung tue tak ada jakel.. padan makcik tak tahu, makcik pi masuk Hajra! Padan lah jual tudung.. kain tak der. Kahkahkahh.. dah namanya wisma jakel, makcik pi ikut hukum logic... semuaaaaaaa tue jakel.

Makcik rasa macam nak pitam, sib baik baru masuk dua tiga langkah. Kalau masuk dah round-round & tanya bahagian kain tingkat berapa? ada floor map? Maunya makcik kena buat plastik sejeri lepas nih!



~ makcik nie lah yang buat malu orang kampung tue.. sila ingat baju dia yang DIY nie, kalau jumpa di mana-mana buat tak kenal :p


~ lama ahkak tak snap baju pakai di badan sendiri khenn...

------

Oder hantar hari nie : Satu family depa semua nie, ibu, anak & cucu tapi ada 4 lagi jubah two tone & sehelai jubah budak x snap.





Friday, July 1, 2011

dulu & sekarang...

Assalamualaikum...

Semalam, sign report card sekolah agama.. petang. Hari nie sign report card sekolah kebangsaan.. pagi. Sapa yang pi? Dua-dua abah dia pi.. dua-dua hari ambik half day. Sy? Ermmm sy macam segan jer ambik cuti.. pasai sy dah banyak ambik cuti sebenarnya, cuti menjahit :p

Sekolah la nie macam tue nuh... kiranya oklah, cikgu-cikgu boleh kenal ngan ibubapa & boleh duduk bincang 4 mata tentang masalah anak di sekolah. Mana yang nak tegur boleh tegur, mana ada yang tak beres boleh beres, mana yang mengkelan boleh lepaskan.
~ mengkelan tue bahasa utara, bila pulun makan & tersekat.. itulah mengkelan, minum ayaq & terlepas lah mengkelan tuh.

Tapi time kami dulu lain, report card boleh bawak balik rumah untuk sign. Masa tue kalau ada yang gagal, cikgu tanda dengan pen merah... ada yg larat lagi kelentong ibubapak kata dakwat pen cikgu habis. Kakkahkahh.. mentang-mentang ibubapak buta huruf, ini sy dengaq kawan sy cerita.... tapi sy tak pernah buatlah.

Tapi itu bukan bermakna sy elok ajer dalam pelajaran.. sy pandai pon tak pandai sangat, bodo pon taklah bodo sangat. Tapi pernah la sekali masa darjah 6 cikgu kata sy bodo, pasai pi kira dengan tangan. Sepatutnya congak jer lah dalam kepala.

Itu cerita masa dulu, kalau masa la nie pi cakap kat anak murid bodo... untung-untung cikgu boleh patah hidung atau calar sepanjang-panjang kereta atau pancit ke empat-empat tayar kereta nuh? Kalau tak cukup dengan murid, ibubapak pon boleh campur tangan sama. Masuk sebelah anak & bertelagah sama, report polis sekali.

Dulu murid-murid kalau cikgu marah atau pukul.. tak berani nak cerita ngan ibubapak. Cikgu kata bodo.. hadam jerlah sendiri. Alhamdulillah.. sebab mengata sy, sy simpan kata-kata tue sampai bila-bila. Hari nie, sy masih ingat cikgu tue & kalau jumpa di jalan.. sy tengok dengan perasaan ada sesuatu yang tak beres.

Itu dulu, kami sebagai murid memandang cikgu sebagai orang yang harus dihormati, kata-kata dia boleh buat bekal untuk hadapi cabaran dalam hidup & apa yang dibuat akan jadi ikutan. Sy masih ingat cikgu disiplin masa sekolah menengah dulu, dia kata.. cikgu tak boleh buat dua perkara. Pertama, tak boleh korek hidung walaupun dalam kereta sendiri & kalau darurat tak boleh berhenti mana-mana semak, untuk siram pokok. Kikikikikkk.. dia cikgu disiplin, tegas tapi dia juga boleh melawak & nama dia Cikgu Ishak :)

Sy ok jer kalau marah & pukul untuk mengajar anak-anak sy... tapiiiii marah & pukul untuk mengajar. So far, kalau nangoi 2 orang tue bagitahu cikgu marah atau denda, sy akan sebelahkan cikgu dulu. Syukur alhamdulillah lah ada yang tegur anak kita & benda tue boleh kita take note nanti. Kita tak sempurna mana.. dalam pada kita dok pedo, mungkin ada yang terlepas pandang.

Thursday, June 30, 2011

DITUTUP------------>Giveaway!! Baju RAYA!

DAH TUTUP YER... NANTI SY EDIT & I'ALLAH ESOK SY AKAN CABUT UNDI & PEMENANGNYA KAN DIUMUMKAN

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum...
Giveaway!! Baju RAYA!

Ok, pada yang ingin join,

Blog :
1- buat entry Giveaway!! Baju RAYA!
2- add pic banner & link ke azimaDIYshop


3- add satu pic patern baju yang berkenan di hati dalam entry nie : BAJU RAYA & komen sikit tentang patern baju tue
4- bagi ukuran badan anda : dada, pinggang, punggung, labuh tangan, labuh baju
5- tinggalkan link entry anda di ruangan comment

Facebook:
1- add sy, Azura Jaafar
1- update status Giveaway!! Baju RAYA! & link ke blog azimaDIYshop
1- add pic banner azimaDIYshop


dan
2- satu pic patern baju yang berkenan di hati dalam entry nie : BAJU RAYA & komen sikit tentang patern baju tue
3- bagi ukuran badan anda : dada, pinggang, punggung, labuh tangan, labuh baju
4- tinggalkan message di facebook

~ Boleh join kedua-dua (blog & facebook) atau pilih salah satu
~ Tarikh tutup 30 JUN 2011
~ Hanya seorang akan dipilih (random)
~ Hadiah, sehelai baju yang sama patern seperti yang anda pilih (warna boleh request tetapi bergantung kepada stok kain yang ada)
~ .. bila dah dapat baju, pakai baju, snap pic & send kat sy untuk paparan umum (mean pic MESTI menutup aurat & sila edit wajah jika tidak mahu dipaparkan)


Terima Kasih..

___________________________

Yang Join :

1. Yana a.k.a Noni : http://ciknoniejahitbajukurung.blogspot.com/2011/05/giveaway-baju-raya-by-azima-diy-shop.html

2. MamaLeeya: http://norlijamal.blogspot.com/2011/05/giveaway-baju-raya.html

3. UmmiSalwa : http://ummimuadz.blogspot.com/2011/05/giveaway-baju-raya-by-azima-diy-shop.html

4. cik syuhada : http://suka-sukacontest.blogspot.com/2011/05/giveaway-baju-raya.html

5. Mrs. Asida : http://ilovecontestblog.com/2011/05/20/giveaway-baju-raya/

6. annur_islam : http://annurgiveaway.blogspot.com/2011/05/giveaway-baju-raya.html

7. deqlis : http://deqlis-contest.blogspot.com/2011/05/giveaway-baju-raya.html

8. Nana : http://nanamrul-contest.blogspot.com/2011/05/giveaway-baju-raya.html

9. nanakimie : http://nanakimie.blogspot.com/2011/05/giveaway-baju-raya.html

10. tiefazatie : http://tiefazatie.blogspot.com/2011/05/giveaway-baju-raya.html

11. cikbintang : http://bintanghatygiveaway.blogspot.com/2011/05/giveaway-baju-raya.html

12. Cute MuM : http://mamiuyuncontest.blogspot.com/2011/05/giveaway-baju-raya.html

13. ☀ Izzaty Hedry☀ : http://cikedispedas.blogspot.com/2011/05/giveaway-bajuraya.html

14. eB ezrin : http://mamaaerishtwo.blogspot.com/2011/05/giveaway-baju-raya.html

15. Fadzillah Kamarudin : http://fadzillah-kamarudin.blogspot.com/2011/05/giveaway-baju-raya.html

16. QUEENPINK : http://queenroszaliza.blogspot.com/2011/05/giveaway-baju-raya.html

17. mama rayyan comei : http://pelangichenta-fieda.blogspot.com/2011/05/giveaway-baju-raya.html

18. NOOR FATIN : http://fatinlovecontest.blogspot.com/2011/05/giveaway-baju-raya.html

19. b a m b a m ' s : http://bambam-addicted.blogspot.com/2011/05/giveaway-baju-raya.html

20. Azurina Indah : http://jarumasindah.blogspot.com/2011/05/giveaway-baju-raya-azima.html

21. Ummu Ukasyah : http://anakkuanugerahterindah.blogspot.com/2011/05/giveaway-baju-raya.html

22. http://www.blogger.com/profile/00480017272102198119 : http://alycia-dan-contest.blogspot.com/2011/05/giveaway-baju-raya.html

23. eITA : http://my-khalish.blogspot.com/2011/05/giveaway-baju-raya.html

24. IntaNBerliaN : http://intanberliangacontest.blogspot.com/2011/06/giveaway-baju-raya.html

25. Jaa : http://jaajahatga.blogspot.com/2011/06/giveaway-baju-raya.html

26.Zarina Tazari : http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=1540924954

27. amiey lee : http://dvillahati.blogspot.com/2011/06/giveaway-baju-raya.html

28. MyRule : http://myrule-dekattapijauh.blogspot.com/2011/06/giveaway-baju-raya.html

29. nureen : http://nureenasirellesya.blogspot.com/2011/06/giveaway-baju-raya.html

30.Aisya Humaira : http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000198350375

31. Mama Zharfan : http://suzie284contest.blogspot.com/2011/06/giveaway-baju-raya.html

32. Mama Balqis BPB : http://bluepinkbaby.blogspot.com/2011/06/giveaway-baju-raya.html

33.Balqis Bluepinkbaby : http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100001727950458

34. Ak Yunz : http://sukasukabelog.blogspot.com/2011/06/giveaway-baju-raya.html

35. umi eca : http://girlynicknack-twins.blogspot.com/2011/06/giveaway-baju-raya.html

36. Siti Nuriza : http://www.facebook.com/enuriza

37. umiliza989 : http://ibuarifandaisyah.blogspot.com/2011/06/giveaway-baju-raya.html

38. su su : http://suaizal.blogspot.com/2011/06/giveawaybaju-raya.html

39. ain syafain : http://icecoklatvanilla.blogspot.com/2011/06/giveaway-baju-raya.html

40. kaseh suchi : http://sesucikasehsuchi.blogspot.com/2011/06/giveaway-baju-raya.html

41. aisya ecah : http://alisyaaisya.blogspot.com/2011/06/giveaway-baju-raye-yeaa.html

42. haswani : http://haswani.blogspot.com/2011/06/giveaway-baju-raya.html

43. cikpuanhady: http://myapeapeaje.blogspot.com/2011/06/giveaway-baju-raya.html

44. Adyshariz : http://ady-shariz.blogspot.com/2011/06/giveaway-baju-raya.html

45. Nida : http://along-nidar.blogspot.com/2011/06/giveaway-baju-raya.html

46. taufikmaria : http://taufikmaria.blogspot.com/2011/06/giveaway-baju-raya.html

47. taufikmaria : http://www.facebook.com/profile.php?id=100000563784658&ref=ts#!/profile.php?id=100000563784658

48. Zie : http://sayangkuzie.blogspot.com/2011/06/giveaway-baju-raya.html

SEMUA DAH UPDATE ~ SY CABUT UNDI NANTI. TQ

Wednesday, June 29, 2011

Budi yang baik... nanti kami BALAS yerr :)

Assalamualaikum...

Semalam... kakak & anak buah sy, depa buat kenduri kuetiaw sup ayam kampung & tengah elok hadap mangkuk, depa duk perangat sy. Nak join, mai la katanyaaa... saja jer jau. Depa nie bukan boleh tengok orang kurus sikit.. jeles lah tue. Kahkhkahkah...

... sy yg jeles sebenaqnya. Mujuq semalam ada pasar malam, dapat la jugak makan kuetiaw sup, tapi sup daging lah. Depa kata tak holiau.. yang acik beli sup turpedo, punya terangkat sampai menyerit dia punya kuasa kuda!
~ aciknya pon boleh tahan sewel, dok melawak 18SX ..

Apa nak cerita hari nie? BERSIH? sy dah lama tak ikut perkembangan politik, dok mengadap mesin jahit & kain.. tatau bersih tue apa, yang sy tau kat area rumah sy nie memang dah bersih depa terkam. Pembahagi jalan kat simpang jalan semua depa sodok bagi koi lebaq la nie... bagi senang rakyat nak lalu, senang nak buat U turn. Senario yang seronok... kalau macam nie, tiap-tiap tahun ada pilihanraya pon takpa! Kakakaka...

.. kalau kampung? Ce citer, ce citer.. kampung pulak sekarang macam mana? Kalau sy cerita... mesti cerita-cerita lamaaaa dulu. Tapi kami masa duk kampung dulu lebih kepada insentif kepada pesawah, la nie sy dah tak tahu cerita. Bukan sy kacang yg dah lupa kulit, cuma kulit yang tak berapa ingat kat kacang! Hehehehe.. tersurat tue, tersurat.

Kalau dulu, mungkin kepada pondok telefon, balai raya, depa bagi baja, rancangan makanan, buku teks, sy merasa duit biasiswa masa tingkatan 6, merasa kejap join golongan ibu-ibu pi belajaq menjahit kat KEMAS... apa lagi? Jalan raya, kami tak berapa nak dapat... pasai kampung kami ramai yang pakat jadi golongan yang berBEZA :p

Jalan raya masuk ke kampung kecikkk ja, kalau selisih 2 bijik kereta, kena beralah masuk semak sikit. Kalau orang luaq masuk kampung bila ada kenduri.. dia boleh larat kata, laaaa ramai orang duduk kat sini, ingatkan hutan.. takdak orang!
~ sampai hati mengata ker kiter.. duduk dalam hutan...

Tapi kita tak boleh nak komplen tue, komplen nie.. tak mengenang budi kater kooo :p Jangan kita fikir apa yang negara boleh bagi pada kita, tapi fikir apa yang kita boleh bagi pada negara.

Tapi nampak gayanya sekarang nie.. negara rajin dok bagi pada kita. Kita dapat pembahagi jalan yang cantik untuk memudahkan kita buat U turn, kita dapat klinik, kita dapat kedai 1 Malaysia.. tapi dah namanya 1 Malaysia, kita dapat 1 jerk lah.. depa tak bukak kat Klang lah tue maknanya.

Walau pendirian berBEZA, kita kena cakap terima kasih jugak. Budi yang baik... nanti kami BALAS yerr :)... errmm manisnya kurma inii.

Monday, June 27, 2011

Haaaaaaaaa fancit lagi

Assalamualaikum...

Hujung minggu yang lepas, hujung minggu yang memenatkan. Bila sy decide nak tambah size S untuk baju readymade tue. Makanya dua orang jiran sy.. sorang jahit kain & sorang jahit baju kena kerahan tenaga kekkekee. Kakasih sy kata, oohh kiranya sekarang nie 3 orang tailor fully booked?! Tauu takpaaa...

Paginya mengangkut baju untuk pi juai.. sy dah rasa gabra. Sy tak biasa meniaga offline, segann.. tak tau macam mana nak mula bukak mulut. Sy totally takdak idea. Mulanya dok belakanglah tengok member sy sembang & promot barang.. sambil mencelah sesesikit.




Sy tak menaruh harapan yang besar, cuma setakat nak belajar marketkan secara offline sahaja... belajar macam mana nak tebalkan muka :p sale boleh dibanggakan & dapat tempahan dari para guru.

Sy yang malam sebelumnya tue siapkan jahitan baju tak tidur memang fancit giler. On the way balik, dalam kereta... memang sy tekan butang off terus. Sampai depan kedai makan pon sy tak sedar diri... gagah jugak buka mata & bukak mulut. Ya... selain sy perlukan bantal, nasik pon perlu jugekk :p

Sampai rumah, tidoq teruih sampai jam 2 partner sy kejut zohor. Sambung tidoq balik sampai pukul 6 kejut asar pulak... lailahaillallah, mengantuk & letih sungguh. Sy memang jarang sangat tidur petang.. pasai nie lah, badan rasa letih & lemau.

Mandi & siap pi kenduri.. malamnya sy ada kenduri kat jalan kampung perepat, sampai rumah dah lewat, banyak benda bergayut kat mata... sy pi bantai tidoq dulu. Fancit lagi.... dengan lengan sy dah rasa berdenyut-denyut, muscle pain mengangkut baju-baju. Dok ingat-ingat lupa, sambil tidoq sambil dok beradui.. mujuq la ada orang tolong urut :p Jam 2 pagi baru isyak... itulah hari yang paling liat bagi sy & jenuh partner sy kejut.
~ don't try this at home :p

Esoknya, ahad sy mengajar adik ipar sy pulak menjahit. Sambil goreng bibun, sambil siang ikan keli. Lama tak makan kari kan keli.. teringin. Petangnya sambil buat photoshoot baju pulak. Dah makin petang, makin masing-masing pakat rasa tak larat... makin masing-masing dok merapu sambil gelak kuk kik kuk kik.


Dah lah cik Senah si full body mannequin tue tinggi melayup & yang ada nie dah la katik. Jenuh ginjat nak bagi pakai baju.... hat sorang lagi yang snap pic gelak kihkihkih pasai masa aim camera, tak nampak apa.. dok nampak bumper orang yang hat bagi pakai baju. Kakakakaka... ketumbit mata baru tau :p

Haaaaaaaaa fancit lagi, kaki pulak berdenyut-denyut. Rasa macam nak berjalan dengan lutut, letihnya. Mujuq ada orang urut lagi...

~ mekasih ling.. temah hutang banyak untuk ini :).... manisnya kurma ini, haaaaaa fancit lagi. Serius kelakar ekk Sepah.. kampung pon kampung lah ekk!

Thursday, June 23, 2011

Jualan Hari Koperasi SMK Shahbandaraya, Klang, Selangor.

Assalamualaikum...






azimaDIYshop akan berada di Sekolah Menengah Kebangsaaan Shahbandaraya, Klang pada 25 Jun 2011 sempena jualan Hari Koperasi 2011.

Jemput datang beramai-ramai yer...
~ adeh, rasa gabra plak.. 1st time menjual offline nie weyyy :p

untuk maklumat lanjut sila ke : http://shahbandaraya.blogspot.com/




bomoh & paranormal

Assalamualaikum...

Ada 4 benda yang anda kena alert di azimaDIYshop sekarang nie :p

1- SALE sampai 30 hb Jun nie saja, so jangan tunggu sampai esok
2- GIVEAWAY.. baju raya pon sampai 30 hb Jun nie, jangan tunggu raya
3- Sy still terima tempahan baju custom made/readymade lycra aladdin/butterfly
4- Sewing party, DIY telekung ~ date blom decide lagi... i'allah sebelum puasa

Kak Yah/ Kak Moh masih kat Malaysia ekk, hat tue pon kita kena alert jugak :p Mana nak tau kot-kot nanti selisih kat jalan ker kan..

.. tapi pada zaman teknologi memacam , bomoh jugak yang dicari. Apa nak buat nuhh... dah mentaliti tak sampai, nak buat macam mana. Kalau kita boleh fikir bomoh tue kalau tak kena gaya boleh jatuh hukum syirik, tapi depa tak boleh fikir sampai ke situ.

Mentaliti tak sampai! OKUb... Orang kurang upaya berfikir.

Sy kalau bosan-bosan kerja di office nie, asyik mengadap angka.. bosan jugak. 3 benda jadi minat sy... enovel, paranormal & isu-isu rumah tangga.

Sy penakut & sy memang cukup anti dengan cerita-cerita tentang paranormal di tv, tapi sy minat baca tentang paranormal. Benda-benda nie kekadang bila kita baca, kita nak gelak pon ada... betapa manusia nie senang untuk ditipu & diperdaya.

Bila perasap kemenyan & suara bertukar, tetiba pandai cakap siam...mintak pulut kuning pon dah percaya. Pulut kuning sudah sampaiii.. sambil bam bam bam pukul lantai, menurun..kahkahkah.

Black magic macam nie sy cukup anti, tambah pulak kalau dok percaya kat benda-benda & bawak masuk dalam rumah & simpan. Sy anti sebab sy jenis penakut & sy tanak tengok benda nie.. sebab sy tanak nanti rasa takut tue lagi besar daripada takut pada Dia. Pasal hati kita nie berkata-kata... masa ada orang berani, masa sorang-sorang mula fikir macam-macam :p

Anti-anti pon,baca jugak.. nak tahu kenapa ada yang dok tebiang sangat kan? Bukan main hensem ashraf muslim & pandai pulak mengubat... boleh terlepas pandang yer.. hohohho.

Tapi sy admire giler lah ngan cerita-cerita orang yang terbuka hijap mata nie. Dia boleh nampak ajer benda tue sana sini... aduhduhduhhh sy dok fikir macam mana nak ignore tue, kalau macam dalam cerita Ghost Whisperer kira boleh ampun jugak lagi, rupa segak. Kalau tetiba yang jengoi.. ~ jengoi nie bahasa utara, maksudnya muncul

.. jengoi yang tak berjenis,tak cukup sifat..tak ker berak cair?!



~ kedai 1Malaysia dah buka kan? Bila lah nak buka kat klang.. katanya kualiti sama, harga murah. Ahkak insan marhaen nie nak test lah jugak roti yang ditunjuk dalam tv semalam. Agak-agak sama lembut dengan roti jenama 'teeettt'.. ahkak scan ngan mata yang tak terbuka hijab nie macam ala-ala kejung ajer roti.. boleh berderai gigi pelesu ahkak bila dimamah. Kualiti ater kooo..

Wednesday, June 22, 2011

jangan tunggu saja, apa pon tak boleh!

Assalamualaikum...

Semalam kan plan, nak letak bling-bling kat baju readymade tue. Realitinya bila letak kepala masa nak eramkan si Ishak tidur, ngan kiter sekali tereramm hohohoooo....

..qadho sungguh tidoq, tidoq mamfuss sampai pukul 7.30 pagi.

Kekasih sy.. kalau time sy cuti, memang dia tak kejut awal. Dia tahu sy penat, see very the carring & understanding. Saper kata mael lambung ganas...itu version mak jemah punyer...

mael lambung version sy punyerr, memang baaekk punyerr.
~ laling... temah puji yu nie :p

Jadi kita santai-santai, sembang kosong.

Dua tiga tahun yang lepas, masa mula orang dok mengamuk buat tudung DIY, tudung instant nie... seronok tengok ramai yang pakat dok menjahit & pakat dok jual. Disamping dok buat & pakai sendiri, jadi punca pendapatan juga.. & sy suka tengok, ramai pakat menjahit. Semangat.

Hat mana yang dok dekat dengan key ell, depa pi beli kain & depa pakat jual kain secara online pulak untuk yang mana jauh & tak dak masa nak pi beli. Jual kit & buat kelas jahit... sy masa tue jual jugak tudung, tapi kain sy jersey kamdar sajork senah!

Pasai klang ke key ell jauh & nak pi berkomuter bagai, kos itu, kos ini. Tak balik modal.. sy lebih minat kepada baju, dimana sy boleh reka & bermain dengan imaginasi untuk buat baju..
~ bermain dengan imaginasi yer senah... kau?

Makanya bila depa dok mengamuk dengan lebih dasyat.. ahkak dok dendiam. Ahkak kan kategori marhaen, hanya mampoo ke kamdar & ke nagoya sajork lah... beli kain jersey. Sy jenis cemerkap... tak mahal pon takpa, rosak sy tak ralat. Ia ibarat kanvas untuk menzahirkan imaginasi yang telah dimainkan ittieww :p

Patern baju yang mana sy suka, sy cuba study & buat. Prosesnya berulang kali, kekadang kita tak selalu bernasib baik dengan percubaan pertama kali pertama. Makanya itu yang sy buat & tudung sy still buat untuk matchkan dengan baju yang sy pakai.

Pada sy, orang buat itu.. aku buat ini.

Sekarang sy tengok, banyak blog-blog yang jual/jahit DIY tudung nie dah senyap. Sedih gak... tapi itu roda.
~ mawi raja sms tue pon la nie dah suam kuku, inikan pulak tudung diy yer tak?

Tudung pada sy mudah.. beginner pon boleh belajar, jadinya akan ada ramai pesaing. Bila tudung daripada luar dah masuk & masuk pulak pasar malam, tak boleh buat apa lahh senahhh.. RM 10 jer. Sedangkan kita kat sini nak beli kain semeter pon dah lebih sepuluh hinggit, mana dengan upah menjahit lagi.

Kalau misal kata... RM 5 untuk kain & RM 5 untuk upah, sy rela tak jahit.. penat ooo menjahit. Tapi mana tudung-tudung nie mai? China ekk? Sana kan kos buruh murah, kain pon murah.

Kalau jahit baju nie kiranya ... patern & cara jahit,selamatlah sikit. Kalau boleh custom made nie harapnya boleh kedepan lagi, tak semua match ngan baju readymade.

Kan raja sms pon boleh suam-suam kuku :p bila dah nak rasa suam nanti pepandailah kita cari patern lain. Fesyen sentiasa bergerak & ia bergerak dalam rotation pattern. Sentiasa berputar & dulu dah ada fesyen kain lycra nie. So keep alert untuk tidak ketinggalan.

Kalau tak der idea sangat pon, cari siapa-siapa yang nak tukang jahit untuk baju kurung readymade & pulun yang tue pon dah ok. Janji jangan tunggu saja... haa yang tue, apa pon tak boleh!

Tuesday, June 21, 2011

Sewing party...ada ker yang nak join?

Assalamualaikum...



Semalam kawan sy ajak join gerai jualan di sekolah, sy teringin tapi sy tak pernah menjual offline direct macam nie. Rasa macam mana ntah.. segan, kulit muka tak berapa tebai. Nggeeee...

almaklom... pemalu!

~ kihkihkih...

Sy gagahkan jugak lah, tapi nak kena berteman.. buat peneman tebalkan kulit muka :p Nie kira langkah pertama sy.. jadi kalau nanti nak tengok baju-baju yang sy jual secara direct, boleh pi sana... tak beli pon takpa, bagi peramai pon jadiklah... nak tengok sy pon boleh!

~ .. artis kah? atau anak dara kah? kahkahkah..


Makanya balik kerja semalam.. sy pulun jahit baju yang sy dah potong, punya pelekoh baju.. peluh keluar besaq-besaq kambin, beranak sungai.

~ sy tipu.. tapi serius puas, rasa ringan badan... dah burn berapa kilo gamaknya tuh wiiiiiiiiii.

Dapat 6 helai baju, sesambil tue prepare order pola. Yang kainnya sy dah sub hantar jahit kat jiran sy sebelum nie.

Dah berpeluh, lapaq lah pulak.. kebetulan lauk ada balance sikit, pukul 5 pagi makan nasik pulak dahhhh... lepas tue teman orang sahur, cicah roti la pulak. Aduhaiii macam mana nak kuruih, dah kenyang takkan nak tidur.. jahit sikit lagi & sempat letak kepala setengah jam ajer.. mengantuk wehhh.

Malam nie letak bling-bling pulak... nak snap pic lagi. Nak pakai & bukak baju kat che jah tue yang lama tue... aduhaiii. Rabak lagi mata.


Sy plan nak buat sehelai dua blouse simple pakai kain jersey printed untuk tambah baju yang nak dijual. Semalam sebelum balik kerja, naiklah bas... cenggah pergi kedai kain yang selalu sy pi.... tapi haramm, punyalah geram. Kain tue letak kat section sale tapi tau harga dia berapa? 18.90 per meter dengan 10%.


Tahun lepas.. kain yang sama sy beli untuk raya, pakai masa gathering sekolah sy... sy ingat lagi kain tue harga 12.90 ada diskaun 10%. Itulah tektik depa nie.. sebelum raya depa up harga, masa nak raya nanti bagi diskaun. Diskaun katanya... padahal harga sama jer.


Sy ingat nak buat blouse drape neck daripada kain printed, adehhh.. tak jadilah macam tue. Kensel. Sy beli kain lycra untuk buat telekung ajer semalam.


BTW, telekung tue sy ingat sy nak buat sebagai projek untuk sewing party nanti. Dok buat baju jer kannn.... untuk sambut bulan puasa nie, kita pakat buat telekung plak. Tapi sy kena jahit sehelai dulu.. mana tau kot-kot tak jadi....... haruuu :p


Sewing party nie i'allah kalau jadi.. sebelum puasa. Details tentang sewing party nie.. pape hal sy inform nanti. Tapi ada ker yang nak join?



~ ladang mulberry sy.. tengah galak berbuah lagi, ladang kater kooo.




~weekend lepas, dekat office les' copaque ... lepas kena pow. saidina upin ipin rm50, patung ipin rm30, makan2 @ geng's corner +- rm 25... tue pon balik rumah tanya nape tak beli upin sekali? phewww.. tunggu kejap, mak gadai spender lama tue dulu, tengok berapa boleh dapat. Bolehh?









Monday, June 20, 2011

SOLD ITEM ~ CUSTOM MADE & READY MADE, untuk reference sahaja & boleh preoder jika berminat

Assalamualaikum...

Di bawah ialah ukuran baju ready made mengikut saiz:

1. BAJU KURUNG : Aladdin, Butterfly ~RM 100.00 (tak termasuk pos)
Saiz S :
bahu 13
dada 34
pinggang 30 (GETAH)
punggung 36
tangan 22
labuh kain 38

Saiz M :
bahu 14
dada 36
pinggang 32 (GETAH)
punggung 40
tangan 22
labuh kain 39

Saiz L :
bahu 15
dada 38
pinggang 34 (GETAH)
punggung 44
tangan 23
labuh kain 40

2. JUBAH : Aladdin, Butterfly~RM 90.00 (tak termasuk pos)
Saiz S :
bahu 13
dada 34
tangan 22
labuh jubah 54

Saiz M :
bahu 14
dada 36
tangan 22
labuh jubah 55

Saiz L :
bahu 15
dada 38
tangan 23
labuh jubah 55

3. BLOUSE 2 IN 1 ~ blouse + shawl~RM 50.00 (tak termasuk pos)

Saiz S :
bahu 13
dada 34
pinggang 32
punggung 38
tangan 22
ketiak 18

Saiz M :
bahu 15
dada 36
pinggang 34
punggung 40
tangan 23
ketiak 19

Sekiranya ukuran baju ready made di atas tidak mengikut ukuran badan anda, boleh oder untuk CUSTOM MADE. Sila email/call/SMS/ mesej di facebook untuk RUNDING oder custom made

BAJU READY MADE
~ boleh pre oder tetapi bergantung kepada stok warna kain yang available


~ Kurung Butterfly, warna sweet pink, ready made saiz S, Nurzulali, SOLD


~ Blouse 2 in 1, warna purple grey, readymade saiz S, Dila kasuarina, SOLD


~ Blouse 2 in 1, warna hijau lumut, readymade saiz S, Dila kasuarina, SOLD


~ Blouse 2 in 1, warna shocking pink, readymade saiz M, Fadhilah SMMS, SOLD


~ Blouse 2 in 1, warna kelabu, readymade saiz M, Norsidah, SOLD


~ Blouse 2 in 1, warna purple grey, readymade saiz S, Mazidah SMMS, SOLD


~ Kurung Butterfly, warna light blue, ready made saiz M, Watie, SOLD


~ Kurung Aladdin, warna light purple, ready made saiz M, SOLD


~ Kurung Aladdin, warna dark chocolate, ready made saiz M, Anak buah Fadhilah SMMS, SOLD


~ Kurung Butterfly, warna shocking red, ready made saiz M, Watie, SOLD


~ Jubah Butterfly, warna magenta, ready made saiz M, Watie, SOLD


~ Jubah Aladdin, chocolate, ready made saiz M, Watie, SOLD


~ Kurung Butterfly, warna merah bata, ready made saiz L, Aidah, SOLD


~ Kurung Aladdin, warna ocean blue, ready made saiz M, Watie, SOLD















BAJU CUSTOM MADE
~ jika sold, boleh pre oder tetapi bergantung kepada stok warna kain yang available


~ Blouse 2 in 1, warna coffee, custom made, Siti Norsazaliza (qis), SOLD
~ ukuran :
Bahu 17
Dada 38
Pinggang 36
Punggung 45
Tangan 20
Labuh 33


~ Kurung Aladdin, warna shocking blue, custom made, Ain Alep (qis), SOLD
~ ukuran :
bahu 17.5
dada 38
pinggang 40 (GETAH)
punggung 49
tangan 21
labuh kain 38


~ Kurung Butterfly (half), warna shocking blue, custom made (qis), SOLD
~ ukuran :
bahu 16.5
dada 42
pinggang 34 (GETAH)
punggung 41
tangan 23
labuh kain 39


~ Jubah Aladdin, warna dark chocolate, custom made, nursing wear, Norlida (qis), SOLD
~ ukuran : saiz M
bahu 14
dada 36
tangan 22
labuh jubah 55


~ Jubah Aladdin, warna dark chocolate, custom made, Aju Aziz (qis), SOLD
~ ukuran :
bahu 15
dada 37
tangan 23
labuh jubah 55


~ Jubah Aladdin, warna purple grey, custom made, Zaharah (qis), SOLD
~ ukuran :
bahu 15.5
dada 39
tangan 23
labuh jubah 55


~ Kurung Modern, warna ocean blue, custom made, nursing wear, Fadhlina, SOLD
~ ukuran :
bahu 15
dada 36
pinggang 33 (GETAH)
punggung 40
tangan 23
labuh kain 38


~ Kurung Butterfly, warna hitam, custom made, Siti Zalina, SOLD
~ ukuran :
bahu 17
dada 45
pinggang 39 (GETAH)
punggung 50
tangan 22
labuh kain 40


~ Kurung Aladdin, warna dark chocolate, custom made, Asni(qis), SOLD
~ ukuran :
bahu 15
dada 31
pinggang 26 (GETAH)
punggung 35
tangan 20.5
labuh kain 33


~ Kurung Aladdin, warna shocking pink, custom made, Nora, SOLD
~ ukuran :
bahu 17
dada 38
pinggang 26 (GETAH)
punggung 42
tangan 20
labuh kain 39


~ Kurung Aladdin, warna green, custom made, Cikgu Eton, SOLD


~ Jubah Aladdin, warna purple grey, custom made, Noritta(qis), SOLD
~ ukuran :
bahu 15.5
dada 39
tangan 23
labuh jubah 57


~ Kurung Modern Aladdin, warna soft chocolate, custom made, Izzati, SOLD
~ ukuran :
bahu 14
dada 34
pinggang 37 (GETAH)
punggung 48
tangan 23
labuh kain 40


~ Jubah Aladdin, warna green grey, custom made, mak Izzati, SOLD
~ ukuran :
bahu 15
dada 38
tangan 23
labuh jubah 54

FOR SOLD ~ AVAILABLE ITEM

~sticky post~
sila scroll down untuk current entry

Assalamualaikum...

Di bawah ialah ukuran baju ready made yang AVAILABLE ~ yang SOLD akan dikeluarkan

Panduan saiz baju READYMADE :


1. BAJU KURUNG : Aladdin, Butterfly ~RM 100.00 (tak termasuk pos)
Saiz S :
bahu 13
dada 34
pinggang 30 (GETAH)
punggung 36
tangan 22
labuh kain 38

Saiz M :
bahu 14
dada 36
pinggang 32 (GETAH)
punggung 40
tangan 22
labuh kain 39

Saiz L :
bahu 15
dada 38
pinggang 34 (GETAH)
punggung 44
tangan 23
labuh kain 40


~JUBAH ALADDIN, GREEN GREY, SAIZ S, RM 90 TAK TERMASUK POSLAJU.




~KURUNG ALADDIN, RED, SAIZ M, RM 100 TAK TERMASUK POSLAJU.






~KURUNG ALADDIN, SOFT PURPLE, SAIZ M, RM 100 TAK TERMASUK POSLAJU.









2. JUBAH : Aladdin, Butterfly~RM 90.00 (tak termasuk pos)
Saiz S :
bahu 13
dada 34
tangan 22
labuh jubah 54

Saiz M :
bahu 14
dada 36
tangan 22
labuh jubah 55

Saiz L :
bahu 15
dada 38
tangan 23
labuh jubah 55





~ JUBAH ALADDIN, GREEN GREY, SAIZ S, RM 90 TAK TERMASUK POSLAJU.





3. BLOUSE 2 IN 1 ~ blouse + shawl~RM 50.00 (tak termasuk pos)

Saiz S :
bahu 13
dada 34
pinggang 32
punggung 38
tangan 22
ketiak 18

Saiz M :
bahu 15
dada 36
pinggang 34
punggung 40
tangan 23
ketiak 19




~ BLOUSE 2 IN 1, BLUE GREY, SAIZ S, RM 50 TAK TERMASUK POSLAJU



~BLOUSE 2 IN 1, DARK PURPLE,SAIZ M, RM 50 TAK TERMASUK POSLAJU



~BLOUSE 2 IN 1, DARK CHOCOLATE, SAIZ M, RM 50 TAK TERMASUK POSLAJU



~BLOUSE 2 IN 1, SOFT PINK, SAIZ S, RM 50 TAK TERMASUK POSLAJU