Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Wednesday, February 8, 2012

... cuti yang pancit!

Assalamualaikum

Ok, cuti-cuti yang paling sibuk dirasakan kali ini.. sy pancit sangat rasanya. Sy yang pada asalnya ingat tak nak bawa balik mesin jahit, akhirnya hangkut jugak bawak balik. Ada orang request jahit kain uniform dia pulak....

Makanya, pagi sebelum balik sy pack semua barang. Ini lah peel sy kalau nak jalan jauh. Stay up sampai ke pagi, pack barang... kononnya kalau tak tidur nanti taklah terlajak tak bangun kan?

Tapi kekadang tue terlajak, pasal dah siap pack... tengok semua orang syok tidur, ada sikit masa pun jadi.. letak kepala jap. Tapi last-last terbabas jugak. Cadangnya nak bertolak sebelum subuh... kat luar dah cerah melapang dah baru mula bertolak.

On the way balik nie lah time sy balas dendam, layan mata tak ingat. Sy tak perlu teman bersembang ngan pilot, pasal dia dah tidur puas...
~ partner macam baby.. mana biasa stay up :p

.... jalan ajer kereta sy dah tak sedarkan diri. Sy terjaga setakat tanya... kita dah kat mana? laling, u ok? itu sahaja :p thehehe... kalau rajin urut-urut sikit bahu pilot, then sambung pengsan balik.

On the way balik singgah ipoh jap, promote baju seround & ambil tempahan, terus balik rumah. Sebelum sampai, calling kakak suruh join makan sekali kat kedai makan depan exit tol PLUS Bukit Merah.. senang, dia tak payah masak.

Malam, siap-siap pergi Kuala Sepetang, aim kedai mee udang mak teh tue, tapi BIL sy kata, ada lagi satu kedai... lajak ke depan lagi & kedai tue la nie lagi ramai orang. Apa ntah nama kedai dia.. mak jah kot.

Masa baru keluaq TV dulu, sy pernah pergi kedai mak teh nie, kereta yang park kiri kanan rasanya dalam 100 biji, ramai sungguh masa tue. Hari sabtu malam tue.. sy punyalah kejan adik sy suruh pi mandi & siap cepat-cepat, takut orang ramai atau takut udang atau mee habis... hohoohhho tapi bila sampai sunyiiiii aja kedai.

Tapi ada jugak kemungkinan yang lain.. sebab pada hakikatnya malam itu ialah malam maulidur rasul, merata masjid buat ceramah, kuliah... kami ja yang pi terkam mee udang. See... baik betul perangai, dek kerana mee udang ja.... lemah betui :p

Sy boleh perhatikan, ada beberapa faktor penyebab kepada sunyiii jer kedai tue, walaupun masa tue hari cuti dan sy dok jangka should be padatlah kedai dengan umat yang nak melahap mee udang.

Kedai makan nie rasanya family bisnes, yang memasak tue mungkinlah tuan punya kedai tue... tapi yang ambil oder & hidang rasanya semua anak beranak & cucu-cucu. Kalau tidak pun, anak-anak sedara atau anak kepada kawan-kawan sekampung.

Jadi senarionya... kalau yang datang spesis macam sy, akan sakit mata.... sikit.

Suasana kampung tak sama dalam novel, dalam tv... dalam cerita tv, berlakon boleh lah kau imagine baju kurung, bertudung litup bagai, jaga adap dan tingkah laku.

Jadi bila sy yang orang kampung nie pi makan... dia jadi pelik lain macam. Boleh pulak depa bergurau senda di dapur, sambil buat kerja tetiba tinggal kerja sempat pulak snap-snap gambar. Pakaian tak berapa kemas... yang lelaki, rambut bercapuk warna merah pun ada... kedai makan apa lagu nie?

Mungkin jugak lah, siang tue ramai sangat kot... jadi kebersihan sy tak nak sentuh. Cuma cara bekerja dan keseriusan bekerja tue saja sy nak highlight.

Handle kedai makan tak boleh samakan dengan handle kedai salon rambut. Ikut sedap hati boleh capuk satu kepala dengan macam-macam kaler pun, steady lah kan... dah namanya tokey salon rambut.

Makan? Oklah.. sedap & udang tue memang banyak lah macam yang diwar-warkan.
~ pic mee udangnya nanti...

Balik dari makan, masak pulak bekal untuk bawak pergi berkelah esoknya tue. Masak daging masak mamak. Lepas kakak sy siang ikan sepat... kesian depa tengah-tengah malam siang ikan :p .... masak asam pedas ikan sepat. Lepas masak, sy sambung pulak menjahit.

Esoknya tue, Ahad bertolak ke Manong dulu... sebab ada yang kata kat sana ada kolam air panas kampung Ara Panjang, tapi kawasan tue dah terbiar. Sampai jer... terasa seram lah pulak :p pokok jejawi terbiar sekeliling kawasan tue.






~ boleh duduk di terusan konkrit itu dan rendam kaki... airnya memang panasss betul.

Patah balik & singgah kat Ulu Kernas.



Lepas hangkut semua barang.. makan dulu serond, lapar. Sy yang ambil port celah batu pun tak peduli, punya lalu makan nasikk tak pandang kiri kanan. Anak-anak lantak lah.. depa dah nampak air, mana ingat nak makan.



Nasik putih lawan dengan asam pedas ikan sepat lawan dengan ikan sepat goreng lawan dengan daging masak mamak lawan dengan sambal belacan lawan dengan ulam pucuk bebuas... itu memang susah untuk di-ignore-kan hohohohoho.



Balik singgah Galeri Sultan Azlan Shah... masa nie sy push sangat untuk jalan-jalan dalam tue, sy dah pancit sangat. Masa singgah rumah abang sy kat Simpang, sy pakai heret ajer kaki.. hang menggengkang pun lantaklah pi lah, hahhahahaha tak kisah dah. Pancit sungguh... balik sampai rumah dah malam, masing-masing tidur tak sedar diri.

Isnin aktiviti bebas, sy dengan kerja menjahit sy lah. Berhenti untuk tolong kakak sy masak, lepas asar baru pergi ke kubur arwah mak sy.



Malamnya.. makan-makan kat luar, cuti kali nie memang tak berasap dapur.. :p



Balik rumah, sy menjahit sampai ke pagi sambil pack barang. Lepas subuh terus gerak balik Klang.