Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Friday, August 26, 2011

raya & rumah tertutup?

Assalamualaikum...

Anak buah sy semalam dah telefon tanya acik nak pesan pape tak? Kot2 nak buat ketupat ker rendang ker? Memula sy dok pikiaq... mak dia (kakak sy) baru jer bersalin belah perut ituhari, tak payah la.
~ bersalin belah perut tue selalu orang-orang kampung guna, C-section lah maknanya..

Kakak sy pulak, masih tak boleh makan solid food, makan ikut straw jer sekarang nie, jadinya nak beria-ia masak... sy rasa tak valid. Tapi kemudian pesan jugak ayam tua 2 ekoq. Untuk buat lauk & kot-kot nanti nak buat bihun sup.

Macam tak berapa menjadi jer raya nie rasanya.. eloklah, sy pon tak nak 2.5 kg yang sy lupuskan sepanjang puasa nie wujud balik sepanjang raya nie :p Rasa lah jugak kecut sana sini.. tapi perut melayu nie masih tak makan saman.
~ debik-debik perut gendut.. buat malu jer :p

Kuih raya? Tahun nie sy tak buat apa satu pun... memandangkan tahun lepas sy buat & akhirnya dok berkulat ajer tak makan.. so no more experiment kuih raya keh. Sy oder 2 jenis.. sejenis dah habis makan, takpa.. takpa, beli memang untuk makan.

Dengar tak video Ostad Kazim kat youtube? Kelakar sungguh... dok tengah tekan kuih samprit, anak-anak & husband mintak nak makan, pi bagi kuih yang hangit. Yang elok simpan untuk raya. Kalau yang patah-patah tue boleh ampun lagi... ahahahah.

Masa arwah mak sy ada dulu, kalau malam-malam kami dok buat kuih raya.. macam nielah keadaan dia. Hat mana garing sikit & patah-patah.. habuan untuk makan, yang elok simpan untuk raya.



Macam nie lah lebih kurang rupa acuan dia.. kalau tekan kena kira berapa kali takuk yang ditekan. Kalau terlebih.. kuih membuak besar. Yang nie lah stok gelak masa buat kuih.. tambah lagi kalau buat biskut bentuk ulat, kejap-kejap kang membuak, kejap lagi pulak kecut.

Kat rumah sy apa satu tak sedia lagi.. day cutain yang nak ganti pon belum jahit lagi. Buat rumah tertutup boleh? Nggeeee... pi beraya rumah orang jer, rumah sendiri tertutup.

Sy lebih beria prepare makanan berat kalau ada yang nak datang rumah sy sebenarnya. Kuih-kuih tue, tak kejap perutt.....
~ debik-debik perut gendut.. kau memang selalu macam nie kan? :p



Thursday, August 25, 2011

What the funny....

Assalamualaikum...

Sy dok google nie.. pasal lemak ikan patin. Pasai nanti kalau ada mulut hebiaq, boleh sy sekolahkan kat situ jugak.

Ituhari, kebetulan kehabisan lauk & bulan posa nie sy malas nak ke pasar malam selasa tue, orang meremut. Masa awal posa ituhari, kekasih sy tinjau dari jauh ja.. dia kata baik tak payah pergi. Nanti buat bergesel dek orang jer katanya....

... kemudian dia perbetulkan statement, bukan sy nak bergesel dengan orang, atau orang nak bersesel dengan sy... sy bimbang orang bergesel dengan awak jer :p
~ laling... itu pasal i lap u :p

Lepas tue, dok beli lauk merata lah, ikut dan.. mana sempat. Dua hari lepas, lokasi Bandar Bukit Tinggi, supemarket...
~ klunya, supermarket tue ada jual barangan segar.

Sy & kekasih sy memang penggemar ikan patin, masa nak bayar.. cashier tue boleh pi kata, eii banyaknya lemak. Then cashier counter sebelah keluarkan statement : sy tak makan ikan nie dengan penuh raya yakin.

Persoalannya... sy & suami sy berdiri nak bayar ikan tue boleh mendengar statement awak tue ker dengan tak ada apa-apa perasaan? What the funny?

Nampak hadap sangat ker kami dengan statement awak tue? Sy cukup anti dengan orang yang persoalkan apa yang masuk dalam perut sy. Sy kerja dapat duit halal, sy makan benda halal... siapa awak nak persoalkan semua tue. Kalau sy makan lemak ikan tue pon.. haram ker? Patin tue babi ker?

Untung jugak sy berpuasa, kalau tidak gamak sy kata... antara patin nie dengan awak, rasanya lemak awak bagi banyak. Atau antara awak dengan patin nie... lemak awak lagi merbahaya. Atau sy rasa patin nie lagi takut dengan lemak awak...

... masa jalan balik, kekasih sy bagi tahu cashier tue pernah bergurau dengan kawannya depan kaunter & mengeja FU*K . What the funny... nasib baik masa tue sy tak ada sekali.

Tak guna kalau kau sibuk-sibuk greet customer yang masuk dengan : selamat datang..
~ ini lagi satu klu yer...

.. kalau kau tak behave, boleh mencarut-carut pulak. Atau polisi kampeni depa membenarkan? What the funny.

Sy ingat sy tak akan boikot dulu supermatket nie, sy akan berkunjung lagi.. sehingga sampai one fine day, something yang tak kena berlaku & sy akan keluarkan statement : What the funny... pergi panggil manager awak sekarang.

quote :

Memilih lemak yang bagus untuk tubuh badan sebenarnya tidak terhad kepada memilih minyak masak sahaja. Hakikatnya lemak ‘sihat’ ini terkandung dalam berbagai lagi sumber-sumber semulajadi yang SS rasa patut dimasukkan dalam diet seharian kita. Ini termasuklah menerusi sumber kekacang dan ikan yang tinggal di kawasan sejuk.

Ikan patin merupakan salah satu ikan air tawar yang kaya dengan lemak ikan yang bagus untuk kesihatan kita. Ahli-ahli arkeologi sebelum ini mendapati mereka yang tinggal di pinggir-pinggir sungai dan laut beberapa ratus tahun dahulu di sebuah kawasan di Eropah hidup jauh lebih lama berbanding mereka yang tinggal di kawasan pedalaman (hutan). Malah, kita boleh lihat sendiri kebanyakkan rakyat Jepun dan Korea yang mengamalkan gaya hidup tradisional (banyak makan sumber berasaskan laut) mampu hidup melebihi usia 100 tahun. Semua ini dikaitkan dengan rahsia sebenar lemak yang terkandung dalam ikan, yang mana ia membantu mempertingkatkan lagi kesihatan kardiovaskular disamping meningkatkan kadar kolestrol baik (HDL) dalam darah.

Asid lemak omega 3 telah terbukti secara klinikal penting untuk kemandirian tubuh (fungsi utama membrane sel), di samping mencegah kita daripada penyakit-penyakit kronik seperti stroke, sakit jantung dan diabetes. Walaubagaimanapun, sejak zaman nabi Adam lagi tubuh badan kita tidak dapat menghasilkan omega 3 dengan sendiri (badan kita hanya boleh menghasilkan asid lemak tepu yang dijadikan sebagai ‘sumber makanan jangka masa panjang’ dan sebagai penebat haba di bawah kulit). Maka dengan itu, hanya terdapat satu cara sahaja kita boleh mendapatkan omega 3, iaitu melalui diet. Pengambilan makanan-makanan semulajadi yang kaya dengan EFAs (seperti ikan, sumber kekacang) di samping supplemen lemak ikan (jika anda fikir diet anda kurang EFAs) amat membantu dalam mendapatkan sumber EFAs yang diperlukan.

~ sumber : http://sususejat.com/lemak-ikan-patin/


LET GO ~ MESIN JAHIT TEPI INDUSTRI BRAND SINGER.

Assalamualaikum...

Beli Mac 2011, harga 2k++, currently mesin jahit tepi nie sy pasang tapak untuk jahit tepi kecik pasal dulu ingat nak buat bizz shawl... tapi tapak untuk jahit tepi biasa ada sy simpan.. ini membawa makna, sy bagi FOC lah tapak utk jahit tepi kecik tue.

Sy nak jual pasal sy mengagau macam mana nak guna.. sy lebih selesa dengan portable, secara jujurnya.. sy takut pada kelajuan :p

Lokasi klang.. sy jahit sekali dua jer sehingga sy tak sengaja tercabut dia punya benang, lepas tue nak pasang balik dah lupa. Ada kemik sikit bawah moto.. sila tgk pic.

Serius buyer only, call/sms 019- 323 6255 . Negotiable


Jika ingin bincang boleh ke : http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150272851804527.331863.682694526&type=1



~ yang kanan jer... kiri tak jual


~ ada kemik sikit kat body motor...

Tuesday, August 23, 2011

Rasanya dunia dah semakin tenat!

Assalamualaikum...

Sy dah lama tertinggal isu-isu semasa sejak sibuk menjahit nie. Dan kekadang benda-benda yang tertinggal nie, sy lewat tahu... buat sy rasa ralat.

Rupanya dalam pada sy dok sibuk dengan urusan sendiri rupanya ada yang kesusahan. Rasa bersalah pulak. Kutuklah sy kerana sy leka dengan urusan-urusan sy sehingga tak perdulikan pada yang lain, selfish sungguh.
~ nanti bila orang buat macam tue kat kau, baru kau nak sebek sana sini!

Dah nak raya nie, tak dak lain... dok alert lah tarik & pukui berapa dapat diskaun tol, tapi teringat 2 beradik yang kena simbah asid tue. Kesian sungguh la. Rasanya dunia dah semakin tenat!

Ituhari sy dengar berita kat tv, depa kata kena simbah masa nak pi mengaji, sy buat apa masa tue tak tau, tapi sy tak paling pon tengok ke tv.

Tadi sy google.. Allahhu akbarr, sedihnya. Memang laknat betul.. gamak tue nuhh? Sy tak faham... apa sebabnya? Untuk mencari jawapan kepada sebab tue pon buat sy rasa nak mengamuk.. apatah lagi bila tengokkan kecederaan budak-budak tue. Apalah nasib masa depan depa?

Ada hati tue mintak ringankan hukuman.. pasai dok sara mak dia sakit jantung. Mak kau tak sakit jantung pon boleh sakit jantung bila kau buat kerja macam nie. Nasib baik la sebat tue kat punggung kau.. hanya sekadar isi punggung kau yang bersepai. Kalau ikut sy.. sy sebat kat muka, eiiii sy tak bolehlah... nanti sy mencarut.


~ pic semasa sihat..

sumber : http://ibudivas.blogspot.com/2011/07/sambungan-kisah-2-beradik-yang-disimbah.html

Semoga 2 beradik nie cepat sembuh & ada hikmah disebalik kejadian.

BTW.. kakak sy dah keluar hospital petang semalam. Alhamdulillah...

Monday, August 22, 2011

.. raya & giveaway.

Assalamualaikum...

Sy sempat balik kampung hujung minggu lepas. Balik sabtu & sampai Klang semalam.. penat betui, rasa lemau habis badan. Tapi rasa lega dapat tengok kakak sy tue. Mula-mula masuk tengok dia... ya Allah, tergejutnyaa...

... dagu & bawah leher dia lebam habis semua... dia tengah tidur masa tue, bila dia bukak mata & tengok sy, sayunya pandangan mata dia. Dia x boleh bercakap.. operation untuk letak besi pada rahang tue dibuat dari dalam mulut. Jadi dia tak dapat bercakap & tak dapat makan. Ada tiub oksigen & tiub untuk minum susu pada hidung.

Kecederaan yang dia alami patah rahang di kedua-dua belah, 5 gigi depan patah & luka berjahit pada dagu & bibir. Sabtu petang dia dah dipindahkan ke wad 17 & ahad sy pergi tengok, dia kata pening. Baru lepas muntah2.. tiub semua dia dah cabut sendiri. Menyebai lah kot... lepas tue minta nak mandi, dah seminggu tak mandi katanya.

Sy bagi mandi, tak perasan pulak dalam bilik air ada cermin. Ternampak lah luka semua kat muka & sedih lah dia... ini yang sy risaukan sebenarnya. Orang perempuan mana yang tak rasa sedih kalau tiba-tiba berjahit sana sini & berparut lah nanti. Untung juga luka dia pada dagu.. boleh jugak sorok.

Raya sy tahun nie kurang bersemangat nampaknya.. ada orang sakit di rumah, tak beria-ia nak cari kuih & buat ketupat bagai. Cuma sy usahakan semua adik beradik beradik ada sekali.. untuk gembirakan dia. Dah lah kami tak dah tak der mak... tapi untung jugak adik beradik semua duduk dekat..... sayunya.


~ baju pememang untuk giveaway ituhari... pic sy kebelakangan nie sy snap baju sahaja... kain sy malas nak sarung & bukak, lambat... tapi jangan risau, baju ada kain sekali :p

Thursday, August 18, 2011

terima kasih atas jalan yang kau permudahkan ya Allah...

Salam..

Alhamdulillah syukur.. kakak sy dah sedar tapi masih di CCU, dagu dia patah 2.. kiri & kanan. Agaknya tertomoih...
~ tertomoih tue bahasa utara.. mean, terjatuh dalam keadaan muka dulu kena tanah/lantai...

..agaknya tertomoih masa jatuh motor tue. Ceritanya dia bangkit tidoq terlewat, nak pi kerja. Jadinya bawak motor laju lah tue... nak elak bonggol & terjatuh. Rumah kami di kampung agak jauh daripada jalan besar, so nak kena merempit naik motor dulu kalau nak naik bas.

Jalan yang sama kami dok guna sejak kecik lagi... kalu ikutkan dah hapai sangat dah mana ada lopak dalam, mana ada bonggol.. tapi benda dah nak jadi. Dan kalau tengok dia pon tak der luka sangat... mulut pecah2, kat dagu ada luka berlubang sket, tapi bila scan baru dapat tahu tulang kat dagu dia patah.

Tadi sy call abang sy.. dia bagi tahu, kakak sy dah sedar tapi still kena tahan dalam CCU pasai dia bernafas guna oksigen lagi. Masa operate masukkan besi kat dagu tue.. saluran pernafasan dia bengkak lagi. Dalam sehari dua nie kalau bengkak dah surut, dah boleh pindah ke wad biasa. Tapi fizikal dia ok, sihat... alhamdulillah.

Itu satu... lagi satu, tarikh akhir poslaju beroperasi sebelum raya sampai 22 hb jer, mau tak melompat sy. Sy dok ingat ada masa lagi seminggu. Sy cuba apply UPL lagi sampai hujung minggu nie & dapat. Alhamdulullah... so mana oder online 22hb paling lewat.. yang offline tue memang sy hold kejap, tapi i'allah sebelum raya dapatlah baju.


terima kasih atas jalan yang kau permudahkan ya Allah...


Baju2 sy sy load di fb jer... agak banyak untuk loadkan di blog nie. Boleh tengok di sini:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150103714689527.275699.682694526

Monday, August 15, 2011

kalaulah aku ada sayap....

Assalamualaikum...

Sy timbui balik lepas seminggu tenggelam :) sy ambil UPL untuk jahit baju. Ada masanya sy terfikir belum masanya sy jadi full time tailor & full time housewife.. tak sempat nak buat apa pon, apa pon tak boleh :p

Ada lagi 15 hari lagi lebih kurang.. harap2 sempat, ada dalam 20 helai lagi lebih kurang.

Semalam kakak sy, kawan sy bergaduh masa kecik dulu.. jatuh motor, patah rahang dia. Patutlah semenjak dua menjak nie perasaan sy semacam ajer... rasa sayu & sedih ajer. Tadi pukul 9 dah start operate. Nanti kalau sy bergaduh dengan dia, sure dia menang... sebab rahang dia ada besi :(
~ ta, semoga cepat sembuh. sorry tak dapat balik, tapi kalaulah aku ada sayap....

Friday, August 5, 2011

15 Anugerah Allah Pada Wanita

Assalamualaikum..

Penawar untuk ikhlaskan penat lelah wanita, tambah-tambah di bulan puasa nie..

15 Anugerah Allah Pada Wanita

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Sumber : http://akuislam.com/blog/renungan/15-anugerah-allah-pada-wanita-tidak-pada-lelaki/

KUBUR BERKATA-KATA

Assalamualaikum...

Ingin berkongsi cerita dihari Jumaat yang mulia ini...

KUBUR BERKATA-KATA

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ?

Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."


Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."


Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t..

Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.

Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Sumber : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/1001kisahteladan3.htm

Thursday, August 4, 2011

Tips : Meja untuk potong kain..

Assalamualaikum...

Kalau sy buat kelas, ramai yang tegur meja potong kain sy.. tinggi & panjang.. just nice untuk potong kain, tak payah membongkok atau menonggeng-nonggeng di lantai katanya...



... ia berharga untuk saya, walaupun murah saja kosnya.. tapi mahal pasal orang yang membuatnya, telah membuat dengan penuh kasih sayang... ngggeee. Sy pindah rumah pon sy hangkut jugak meja nie.

Meja pootng kain sy nie dibuat daripada pintu sebenarnya... pintu bilik air rumah lama sy. Bila sy memotong kain atas lantai, sy selalu sakit pinggang. Kebetulan pintu bilik air sy nak tukar lain, pintu nie sy buat meja potong kain sy.

Sy ada kongsi cara buat meja nie kat : http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.269086049773279&type=1

~ nie open group Geng Mesin Jahit di facebook, sesape yang otak sama minat boleh join the group

Tapi takpa, sy cerita lagi bagi memanjangkan entry :p

Bahan diperlukan.. pintu, drill, skru, wall plug, paku, stapler dinding, plastik balut meja & kayu 1" x 2" (kayu satu dua) secukupnya.

Buat bingkai kayu menggunakan kayu satu dua keliling pintu (buat seperti bingkai frame gambar yang anda sangkut pada dinding tue)

Balut permukaan atas meja dengan plastik balut meja.. guna stapler dinding

Drill kan 2 sisi pada dinding..

Untuk satu bucu yang tak attach pada dinding, buatkan tiang/kaki untuk support meja

Pasangkan skirt cecantik.. langsir lama yang dah tak pakai pon boleh. Dah siap... sila abaikan sepah-sepah tue yer.



Tinggi meja agak-agak tinggi paras pinggang.. jadinya posture badan terdidik sikit bila buat kerja potong memotong kain...

... dan jika, lebar kain lebih lebar daripada meja.. sy guna cardboard hitam seperti dalam pic pertama tue, untuk melebarkan meja.

Ok selamat mencuba... jangan masing-masing pakat pi pelekang pintu bilik ayaq dah la. Cari la kawasan rumah yang baru dapat CF, selalunya pintu yang skema nie depa takmau pakai.. selalunya depa nak lempaq buang, daripada lepaq buang... boleh mintak beli atau ambil.

Sy mulanya nak buat 2 lapis.. satu lapis rendah sikit daripada meja potong kain nie. Kiranya hat bawah nie sy boleh tolak keluaq masuk, senang nanti kot-kot sy nak duduk & jait sembat ka kan. Tapi tak der maknanya.. bawah sy pi simpan kain perca, penuh dah bawah tue, cancel jelah.

Sy nak kongsi cerita, lepas berbuka puasa ke 2 ituhari... bottom part yang tak terdidik telah terkeluarkan angin kus kus. Lepas buka puasa kann.. normallah, terrr pulak tue ngggeeeee. Tapi bunyinya agak kelakar....
~ ya, sy tipuu.. ia memang kelakar, bunyinya agak mendayu-dayu :p

Minta maaf.... ken*ut mak kelakar sikit hehheehe, kata sy pada budak-budak tue, nasib baik abah dia takdak, pi masjid :p

Hat budak kecik tue, Ishak.. dia pi tanya, mana mak?

Anakku tak takperlu lah cari ken*ut hat yang mak dah lempaq buang tue, tak der gunanya! LOL

JAdi stok gelak untuk sehari...

Tuesday, August 2, 2011

... nafsu nafsi :p

Assalamualaikum....

Sejak dua tiga hari lepas sy dok google, betui ka ada yang kata awal ramadhan jadi PH? Kalau PH best gak.. boleh jait baju :p Tambah pulak taska anak sy cuti.. sapa nak jaga depa nie? Rupanya tak cuti & budak-budak tue MIL sy jaga...

Depa nie jarang tinggal dengan MIL, cuma untuk terdesak ajer, kebetulan MIL sy masih bekerja. Semalam, MIL baru faham macam mana perangai Ishak, dia kalu bercakap uiiiiiii bercakap ajer. Nyot nyet, nyot nyet mulut dia. Orang yang sy jumpa dalam hidup sy, kalau nama Ishak.. peramah, kalau nama Idris.. baik hati dan kalau nama Ismail pulak.. sabar :p > wiiiii...
~ ling.. temah puji yu niee...

Jadi semalam, dapur tak berasap berbuka puasa untuk 1 Ramadhan. Hari nie nak ke pasar.. rasa-rasa macam sampai rumah lewat. Tapi sy dah biasa, sy punya jurus silat di dapur agak boleh tahan lah :p ... kari ikan keli, ikan keli goreng, masak nasik & cili kicap rasa-rasa insyallah 15 minit boleh siap.

Sy cuba nak didik sikit cara pemakanan sy erti kata lain diet sebenar-sebenarnya dalam bulan puasa nie. Ituhari sy tetiba rasa sesak dada. Menggelabah jugak.. sebab sy tak pernah ada masalah macam nie, sy dok pikiaq, kolesterol tinggi kot, makan nasik tak ingat. Habis la sy.. penyakit dah sampai. Ok ambil berkat bulan puasa nie, latihkan diri kecikan sikit nafsu nafsi :p








Monday, August 1, 2011

Semoga ramadhan ini, ramadhan yang panjang...

Assalamualaikum...

.. ramadhan datang lagi. Seperti biasa, ia dengan dengan penuh rasa syahdu... yang pernah merasa kehilangan sahaja tahu betapa ramadhan itu dirindui.

Sy masih ingat macam mana kelam kabutnya dia untuk makan soq..
~ soq tue sahur lah...

.. masak nasik, panaskan lauk & buat ayaq teh. Dia selalunya tak makan banyak masa soq... sikit pon jenuh tolak dengan ayaq. Masak untuk bagi kami makan.

Sy masih ingat lagi, makcik sy... kalau dia nampak rumah kami masih bergelap, dia akan tolong gerak. Dari jauh lagi dia keloi...
~ keloi tue panggil lah.. panggil alam kedudukan yang agak jauh.

... hampa makan soq dak lagi? dah nak habis waktu dah nie kata dia....

Kalau belum makan, makanya lagi kelam kabut lah dia, sambil berjalan, sambil sanggul rambut. Panaskan lauk apa yang ada... kalau tak dan masak nasik, dia masak megi. Masa sy kecik dulu... merungut gak, pasai apa tak bangkit awai? Nanti lapaq.. dah la pi sekolah kayuh basikal, jauhh, tengah panas pulak tue...

... punya lah tak kenang jasa. Dah la celik-celik mata, terus suap masuk mulut saja... tapi itu masa kecik, bila dah lama-lama, dah faham.

Bulan puasa, selalunya dia rajin masak kuih.. tapi selalunya bukak posa, sy terkam nasik dulu :p
Lauk yang paling sy ingat, paling sy suka, paling sy lajak makan... ayam masak kicap. Ayam mesti ayam kampung yang dia bela, kentang kasi lebih & kuah melaut :)

Lepas aminn baca doa bukak posa, timba kuah masuk pinggan isi seketoi tapi cari part yang ada kulit, kentang & ikan goreng. Sedap sangat lah kalau dapat kulit... ayam kampung lain, ayam bandar lain :p Ayam bandar, sekarang nie nak makan kulit ayam pon pikir banyak kali. Dok pikir salur darah, dok pikir kat jantung... tue belum yang termendap kat babat & bumper lagik! LOL

Dulu-dulu, kalau bulan posa, yang tak sabarnya tue nak raya. Tapi bila dia dah takdak nie.. dah tak beria-ia sangat, nak seronok-seronok pon dah takder hati. Kalau ramadhan lajak sampai 2 bulan pon takpa... kekadang dok pikiaq macam tue. Cumanya tue lah.. kesian kat kakak-kakak, kesian kat anak-anak.

Semoga ramadhan ini, ramadhan yang panjang... dan banyak benda kita boleh buat di dalamnya :)