Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Friday, September 9, 2011

~ are you sure? macam tersimpul jer...

Assalamualaikum...

Belasungkawa Allahyarhammah Norhalida, sy sebenarnya baru terjumpa blog http://halidasrijahitan.blogspot.com semalam & hari nie baru sy tahu arwah dah meninggal. Sy memang macam tue, selalu terlewat untuk membuat sesuatu. Itu yang seringkali buat sy rasa ralat. Salam takziah & al-fatihah....

Dua hari lepas, si Idris balik rumah bagi tahu sy katanya cikgu sekolah agama suruh dia bawa kuih & sushi untuk sambutan raya hari Jumaat. Sushi? biaq betoi.. rupanya sandwish! Makanya sy ok jerlah.. tanya balik pagi tadi rupanya Jumaat hari nie, ingatkan Jumaat minggu depan. Pi hantaq dia sekolah pagi, abah dia beli barang nak buat sandwish.

Sy tak berapa confident, makanya kena bukak lah posa sebab nak rasa-rasa. Pasaii.. last sy buat sandwish masa... masaa.. masa kat U dulu!
~ see bertuah kan mak dia nih! :p tolong jangan salahkan sy... salahkan perut melayu sy nie, apa barang sarapan nak sandwish bagai, mana kejap perut... LOL.

Tapi berbaloi lah bukak posa pagi tadi, sempat sy balun sandwish & nasik. Goreng pekasam ikan keli sekeping, sambal belacan belen semalam ada sikit lagi.. sy kasi lawan dengan tempoyak, kerabu daun selom belen semalam pon ada lagi. Meriah-meriah.

Pagi nie jugak ada sambutan hari raya kat taska Ishak. Makanya depa berdua akan berpakaian baju raya hari nie. Makanya sy pon beria-ia memakai baju raya sy juga di pagi ini.


~ bila tegokkan muka Ishak tue sy baru teringat peel sy masa kecik-kecik dulu. Dulu macam tuelah cara sy tangkap gambar... muka tuduk tapi mata nak tengok jugak, tue pasal gambar sy masa kecik-kecik tak ada.. habis sy koyak, nnggeeee baru sy teringat.

Dah pakai & nak tergedik-gedik sangat nak pergi kerja baru perasan belahan leher baju melayu dia tue dah tercarik... nak kena jahit tindih. Dek kerana dah lewat sy bubuh brooch, tapi sy bagi ayat-ayat pujian, bagi sama dengan brooch yang sy pakai & baru sama muka macam mak. Ayat pujian lebih sikit.. depa nie kalau benda-benda tajam memang tanak pakai, seriau terlebih.


~ are you sure? macam tersimpul jer...

Ini video semalam, Ishak tolong lipat kain. Lepas pekena sebotol susu, sambung lipat kain lagi... hai tak tau lah budak-budak nie, kalau time rajin menolong... buat sy rasa, ramai-ramai pon syok.


~ hasil lipatan kain oleh beliau.. sejuk perut mak nakkkk.

Masa sy nak tambah Ishak dulu pon macam tue, sy tunggu Idris boleh pakai baju sendiri & mandi sendiri. Tapi kalau masuk bab menangis.. uiii mak aii, sampai block sebelah pon boleh dengar, kensel dulu lah :p


~ tunggu pandai mandi sendiri dulu, abang kau mandi pon kekadang rambut ada yang tak kena air :p Main-mainlah dengan si zikry & amani dulu... dah besar sikit, sampai memasing mak dah sunatkan sekurang-kurangnya, LOL.

2 comments:

Kak Lia said...

hhhaahaha..gelak akak baca....

azima said...

mama L..

gelak kat keletah anak-anak sy ker kat perut melayu sy? nngggeeee....