Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Thursday, September 22, 2011

wrap dress (really wrap :p) versi buang buruk.. LOL

Assalamualaikum....



Ini wrap dress (ia really wrap :p) versi buang buruk.. LOL. Sy buat dress nie semalam pasal hari nie sy nak pi renew AZURA SHOP & kemudian nak dating. Lama dah tak dating...
~ kasi can lah, orang tua-tua pon nak dating jugek..

Ada satu term yang orang utara guna iaitu buang buruk... maksudnya yang awal-awal tak menjadi, tapi yang kemudian baru elok. Sy bagi contoh... musim durian, buah yang awal jatuh selalunya kami panggil itu buah buang buruk. Maknanya hat mana yang tak elok tue luruh dulu, hat yang elok nanti luruh kemudian sikit.

Term yang sama sy apply untuk baju sy :p wrap dress nie, baju buang buruk. Dan untuk pengetahuan ini wrap dress yang kedua.. yang pertama dah buang buruk, dan yang kedua nie pon buang buruk gak lagi! LOL...



Sy dapati.. leher dia agak jatuh sangat ke bawah, tak berapa sesuai untuk kita-kita yang bertudung nie. Walaupun boleh pakai tube di dalam... tapi untuk keselamatan, lebih baik sy tinggikan sikit leher tue.

Bila sy tinggikan leher, itu bermakna tali ikat tue sy kena tinggikan ke dada, bukan di pinggang. Di dada sy rasa lebih sesuai.. at least dada tertutup dengan tudung & tak menunjukkan bentuk pinggang sangat. Lagi pulak kalau babat macam sy, si gendut itu memang tidak sama boleh di highlightkan!

LOL..

.... sy dari dulu lagi nak cuba wrap dress ini sebenarnya. Pada sy patern baju wrap dress nie sentiasa orang pakai, tak ketinggalan zaman, sentiasa nampak segak, simple tapi ada kelas.



Semalam sy sempat jahit 5 helai baju... pertama blouse 2 in 1, kedua blouse 2 in 1 juga, tapi tanganya kembung & hujung butang. Kalau ikut teori, nak buat tangan kembung & hujung butang nie kena letak lis / bias seam... tapi yang ini sy buat cara lain & lagi mudah.

Blouse ke 3, sy buat blouse hoodie... sy dah silap potong, hoodie plak tersingkat & tak tutup dada, makanya sy KIV dulu. Keempat wrap dress pertama & kelima wrap dress yang ini. Semuanya drag masa sebab nak buang buruk tue lah.. nak kena cuba & jahit, tak menjadi kena tetas balik.

Sedar-sedar jer dah 5.30 am... nahhh ambik kau, bila masa kau nak tidoq?



Jangan sy tertidoq masa dating sudehhh....

0 comments: