Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

Loading...

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Wednesday, September 7, 2011

.. cerita raya lagi.

Assalamualaikum...

Sy dah mula start enjin balik dah nie... ingat nak kambus balik mana lopak-lopak tue. Tak banyak bajet yang lari sebab sanbutan tahun nie tak berapa meriah... baju anak-anak biasa-biasa saja & baju sy baju reject jer kater kooo... :p

.. cumanya ada perancangan sikitlah. Kalau hari-hari cangkul, bukit pon boleh landai nuh?

Ramadhan yang lepas perasaan sy rasa agak sayu memanjang... tak berapa nak seronok. Mungkin jugak pasal sy agak tertekan dengan tempahan baju, lalu membuatkan masa sy bergerak dengan cepat, lalu bila sy pandang bekakang.. sy rasa ralat sebab sy tak sempat buat banyak benda.

Tapi ada jugak yang boleh diingat dan dibuat kenangan.

Muhammad Idris Danial, dia belajar puasa tahun ini.. minggu pertama dapat setengah hari. Kalau selalunya di taska untuk transit ke sekolah petang.. dia payah nak makan nasik. Sampai sy kata kat dia.. abang kena pulun makan nasik banyak-banyak, abah bayar yuran transit banyak, LOL!
~ itulah mak dia... pulun kater ko!

Tapi bulan puasa, tengah hari & petang dia balun nasik.. lapaq la pulak kan? Minggu kedua.. cikgu pelawa makan dia tanak, nak puasa penuh katanya. Bagus, puasalah atas kehendak sendiri... sy tak berapa nak paksa sangat dia puasa penuh. Sebab fizikal dia dah kurussss... cumanya kalau balik rumah & petang sangat dah tue, sy paksa jugak puasa sampai habis.

Hujung minggu, payah sikit lah.. pasal Ishak suka makan depan dia. Tapi kalau dia dapat puasa penuh, sy bagi reward sikitlah. Makanya, hujung minggu dia siap fikir sambil menyurut dagu.... nak bukak puasa kat mana yer? Bertuah betui...


~ tapi ituhari dia bawa balik list untuk menu buka puasa nie..... wahhhh maintenance yang rendah kata sy.. air kosong pon boleh termasuk!

Muhammad Ishak Danial, dia mcam tue jugaklah. Cakap banyak & nampak sangat dia ikut sy. Celik mata.. dia mintak nak makan nasik, tapi dia cakap.... dia 'kuasa'. Bila makan, asik nak semawa orang lain makan..
~ semawa nie bahasa utara.. pelawalah maknanya tue.

.. semawa makan. Selalu dia jadi geng sy pang paling rapat, terutama kalau time sy raya :p ... kebetulan tahun nie sy raya dua kali sebelum raya yang sebenar :p


~ depa pakat selit sampul raya kat kopiah.. poket satu haper sy tak buat, nie lah nasib anak-anak tukang jahit :p

Dia menyusu badan jugak lagi.. dah tua bangka masih menyusu. Selalu sy perli dia... dah tua & berbulu dah pon menyusu gak lagi, LOL.

Si Nurul Aina Amani... mak dia kata dia punya mengajaq. Pi mana-mana kena usung buai, depa dah biasakan dia tidur buai. Lambat sikit bagi tidoq.. menyebai & nangis melalut-lalut. Nak suruh berdukung ajer... sy kata, dia nak bagi mak dia kuruih la tue. Pic amani tak der dalam hp sy rupanya.

Si Ahmad Darwish Zikry, dah start berdiri adan..
~ berdiri adan nie.. untuk budak-budak yang baru belajar nak jalan, dia akan berdiri sambil berpaut... itulah berdiri adan.


~ Idris bilang.. dia sayangkan Zikry, baguslah...

... kalau paut tangan dia & dia akan jalan pusing keliling. Sy kata kat dia.. orang tengah gila ekoq.
~ gila ekoq nie bukan gila nombor ekoq kekekke, kalau orang tue tengah beria-ia buat sesuatu & ia bersifat sementara, kita boleh kata kat dia tengah gila ekoq.


~ hepppp buat apa tuh? habislah kantoi. laling.. temah innesen!


~ malam-malam sebelum raya, sy menjahit baju ditemani aroma ini.. bunga durian. Sesekali angin bertiup, tercium bau yang manis. Yang bestnya tak lama lagi lah tue, yang tak bestnya sy selalu balik kampung tak kena musim :(


Anda ada rasa apa-apa perubahan yang baik pada diri anda berbanding sebelum ramadhan yang lalu? Mari kita semak & ini sedikit renungan :

Imam Ali Ar-Ridha (sa) berkata: “Orang yang benar-benar celaka adalah orang yang keluar dari bulan ini, tetapi dosa-dosanya tidak diampuni. Ketika itulah ia menjadi orang yang rugi saat orang-orang yang baik memperoleh keuntungan dari Tuhan Yang Maha Mulia.” (Fadhail Al-Asyhur Ats-Tsalatsah: 74)

Sumber : http://syamsuri149.wordpress.com/2011/08/09/orang-yang-celaka-karena-ramadhan/

2 comments:

Cik Puan Gaban@Apok Miki@SeneeyahHandmade said...

Cita bab baju raya, mmg dh jd perkara biasa, bila tukang jahit tak de baju raya baru, yg kesian anak2lah, ok lg idris n adik2 dia sempat gak siap wpon poketnya lom tampal..hahaha..anak2 sy mlm esok nk raya, pg kedai beli baju melayu..sedih dan haru rasa...siap pakat thn depan tak nak mcm ni lagi aiihh..lepas abis siapkan tempahan utk raya haji semua ni, nk beli kain 2-3 kaler utk anak2..bli awal2, buat besar sikit, blh tgu smpy raya thn depan..hahaha..insyaAllah mudahan2 dipanjangkan umur dan diKAYAkan rezeki..anyway Selamat Hari Raya Azima..

azima said...

cik puan..
tue lah nasib nuh... dok pulun jahit baju orang, baju raya yang sendiri punya semua KIV, last2 tak siap kena beli jugak.. tue nasib baik ada saiz.

dah berapa tahun dah sy dok plan macam tue... tapi tak menjadi, tima senggang.. penyakit M plak datang.

Aminnn.. Selamat hari raya juga ya cik puan :p