Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Monday, June 20, 2011

SOLD ITEM ~ CUSTOM MADE & READY MADE, untuk reference sahaja & boleh preoder jika berminat

Assalamualaikum...

Di bawah ialah ukuran baju ready made mengikut saiz:

1. BAJU KURUNG : Aladdin, Butterfly ~RM 100.00 (tak termasuk pos)
Saiz S :
bahu 13
dada 34
pinggang 30 (GETAH)
punggung 36
tangan 22
labuh kain 38

Saiz M :
bahu 14
dada 36
pinggang 32 (GETAH)
punggung 40
tangan 22
labuh kain 39

Saiz L :
bahu 15
dada 38
pinggang 34 (GETAH)
punggung 44
tangan 23
labuh kain 40

2. JUBAH : Aladdin, Butterfly~RM 90.00 (tak termasuk pos)
Saiz S :
bahu 13
dada 34
tangan 22
labuh jubah 54

Saiz M :
bahu 14
dada 36
tangan 22
labuh jubah 55

Saiz L :
bahu 15
dada 38
tangan 23
labuh jubah 55

3. BLOUSE 2 IN 1 ~ blouse + shawl~RM 50.00 (tak termasuk pos)

Saiz S :
bahu 13
dada 34
pinggang 32
punggung 38
tangan 22
ketiak 18

Saiz M :
bahu 15
dada 36
pinggang 34
punggung 40
tangan 23
ketiak 19

Sekiranya ukuran baju ready made di atas tidak mengikut ukuran badan anda, boleh oder untuk CUSTOM MADE. Sila email/call/SMS/ mesej di facebook untuk RUNDING oder custom made

BAJU READY MADE
~ boleh pre oder tetapi bergantung kepada stok warna kain yang available


~ Kurung Butterfly, warna sweet pink, ready made saiz S, Nurzulali, SOLD


~ Blouse 2 in 1, warna purple grey, readymade saiz S, Dila kasuarina, SOLD


~ Blouse 2 in 1, warna hijau lumut, readymade saiz S, Dila kasuarina, SOLD


~ Blouse 2 in 1, warna shocking pink, readymade saiz M, Fadhilah SMMS, SOLD


~ Blouse 2 in 1, warna kelabu, readymade saiz M, Norsidah, SOLD


~ Blouse 2 in 1, warna purple grey, readymade saiz S, Mazidah SMMS, SOLD


~ Kurung Butterfly, warna light blue, ready made saiz M, Watie, SOLD


~ Kurung Aladdin, warna light purple, ready made saiz M, SOLD


~ Kurung Aladdin, warna dark chocolate, ready made saiz M, Anak buah Fadhilah SMMS, SOLD


~ Kurung Butterfly, warna shocking red, ready made saiz M, Watie, SOLD


~ Jubah Butterfly, warna magenta, ready made saiz M, Watie, SOLD


~ Jubah Aladdin, chocolate, ready made saiz M, Watie, SOLD


~ Kurung Butterfly, warna merah bata, ready made saiz L, Aidah, SOLD


~ Kurung Aladdin, warna ocean blue, ready made saiz M, Watie, SOLD















BAJU CUSTOM MADE
~ jika sold, boleh pre oder tetapi bergantung kepada stok warna kain yang available


~ Blouse 2 in 1, warna coffee, custom made, Siti Norsazaliza (qis), SOLD
~ ukuran :
Bahu 17
Dada 38
Pinggang 36
Punggung 45
Tangan 20
Labuh 33


~ Kurung Aladdin, warna shocking blue, custom made, Ain Alep (qis), SOLD
~ ukuran :
bahu 17.5
dada 38
pinggang 40 (GETAH)
punggung 49
tangan 21
labuh kain 38


~ Kurung Butterfly (half), warna shocking blue, custom made (qis), SOLD
~ ukuran :
bahu 16.5
dada 42
pinggang 34 (GETAH)
punggung 41
tangan 23
labuh kain 39


~ Jubah Aladdin, warna dark chocolate, custom made, nursing wear, Norlida (qis), SOLD
~ ukuran : saiz M
bahu 14
dada 36
tangan 22
labuh jubah 55


~ Jubah Aladdin, warna dark chocolate, custom made, Aju Aziz (qis), SOLD
~ ukuran :
bahu 15
dada 37
tangan 23
labuh jubah 55


~ Jubah Aladdin, warna purple grey, custom made, Zaharah (qis), SOLD
~ ukuran :
bahu 15.5
dada 39
tangan 23
labuh jubah 55


~ Kurung Modern, warna ocean blue, custom made, nursing wear, Fadhlina, SOLD
~ ukuran :
bahu 15
dada 36
pinggang 33 (GETAH)
punggung 40
tangan 23
labuh kain 38


~ Kurung Butterfly, warna hitam, custom made, Siti Zalina, SOLD
~ ukuran :
bahu 17
dada 45
pinggang 39 (GETAH)
punggung 50
tangan 22
labuh kain 40


~ Kurung Aladdin, warna dark chocolate, custom made, Asni(qis), SOLD
~ ukuran :
bahu 15
dada 31
pinggang 26 (GETAH)
punggung 35
tangan 20.5
labuh kain 33


~ Kurung Aladdin, warna shocking pink, custom made, Nora, SOLD
~ ukuran :
bahu 17
dada 38
pinggang 26 (GETAH)
punggung 42
tangan 20
labuh kain 39


~ Kurung Aladdin, warna green, custom made, Cikgu Eton, SOLD


~ Jubah Aladdin, warna purple grey, custom made, Noritta(qis), SOLD
~ ukuran :
bahu 15.5
dada 39
tangan 23
labuh jubah 57


~ Kurung Modern Aladdin, warna soft chocolate, custom made, Izzati, SOLD
~ ukuran :
bahu 14
dada 34
pinggang 37 (GETAH)
punggung 48
tangan 23
labuh kain 40


~ Jubah Aladdin, warna green grey, custom made, mak Izzati, SOLD
~ ukuran :
bahu 15
dada 38
tangan 23
labuh jubah 54

FOR SOLD ~ AVAILABLE ITEM

~sticky post~
sila scroll down untuk current entry

Assalamualaikum...

Di bawah ialah ukuran baju ready made yang AVAILABLE ~ yang SOLD akan dikeluarkan

Panduan saiz baju READYMADE :


1. BAJU KURUNG : Aladdin, Butterfly ~RM 100.00 (tak termasuk pos)
Saiz S :
bahu 13
dada 34
pinggang 30 (GETAH)
punggung 36
tangan 22
labuh kain 38

Saiz M :
bahu 14
dada 36
pinggang 32 (GETAH)
punggung 40
tangan 22
labuh kain 39

Saiz L :
bahu 15
dada 38
pinggang 34 (GETAH)
punggung 44
tangan 23
labuh kain 40


~JUBAH ALADDIN, GREEN GREY, SAIZ S, RM 90 TAK TERMASUK POSLAJU.




~KURUNG ALADDIN, RED, SAIZ M, RM 100 TAK TERMASUK POSLAJU.






~KURUNG ALADDIN, SOFT PURPLE, SAIZ M, RM 100 TAK TERMASUK POSLAJU.









2. JUBAH : Aladdin, Butterfly~RM 90.00 (tak termasuk pos)
Saiz S :
bahu 13
dada 34
tangan 22
labuh jubah 54

Saiz M :
bahu 14
dada 36
tangan 22
labuh jubah 55

Saiz L :
bahu 15
dada 38
tangan 23
labuh jubah 55





~ JUBAH ALADDIN, GREEN GREY, SAIZ S, RM 90 TAK TERMASUK POSLAJU.





3. BLOUSE 2 IN 1 ~ blouse + shawl~RM 50.00 (tak termasuk pos)

Saiz S :
bahu 13
dada 34
pinggang 32
punggung 38
tangan 22
ketiak 18

Saiz M :
bahu 15
dada 36
pinggang 34
punggung 40
tangan 23
ketiak 19




~ BLOUSE 2 IN 1, BLUE GREY, SAIZ S, RM 50 TAK TERMASUK POSLAJU



~BLOUSE 2 IN 1, DARK PURPLE,SAIZ M, RM 50 TAK TERMASUK POSLAJU



~BLOUSE 2 IN 1, DARK CHOCOLATE, SAIZ M, RM 50 TAK TERMASUK POSLAJU



~BLOUSE 2 IN 1, SOFT PINK, SAIZ S, RM 50 TAK TERMASUK POSLAJU

Sunday, June 19, 2011

.. sama tapi tak serupa...

Assalamuaalikum...


~ kurung aladdin shocking pink, custom made, Zalina Ahmad, SOLD


~ kurung aladdin shocking pink, size S, Ayu Rafikah, SOLD

Thursday, June 16, 2011

brob briaq... brob briaq

Assalamualaikum...

Semalam sy cuti, Ishak sy tak hantar taska.. buat peneman kat rumah. Start dia celik mata, brob briaq... brob briaq dia bercakap!
~ kakakaka.. bahasa apa nie ek? ada macam bahasa jerman? :p nie kalau nak 'shadap' kan orang yang bercakap tak berhenti... hampa bagi ayat kat dia lagu nie :

"... hang dari tadi brob briaq... brob briaq, tak berenti-renti bercakap... tak jumpa titik ka?"

... cakap kat dia lagu tue, tambah-tambah lagi kat makcik-makcik yang suka buat mesyuarat tingkap, sambil menganyam ketupat. Tarik muka 14 terus & balik terus.
Wiiiiiiii...

Ada satu masa tue dia kata sy 'tak bawam bahasa'. Sy congak-congak, ohhh mungkin dia maksudkan dengan perkataan 'tak faham bahasa'. Sy tanya dia balik.. kenapa? Yalah mak tanak diam.

OOoiiiccc, siapa yang tak faham bahasa ntah. Semalam 2 kali sy calla abah dia, mengadu.. dia banyak bersoal balik sekarang.... geram kekadang :p

Ituhari, masa kami berkejar masa nak mencari barang untuk ke Tambun, Ishak kata sy kedekut. Kenapa cakap mak kedekut, sy tanya dia. Yalah ak-ak kan nak tengok vivi jap. Dek kerana dia tak dapat tengok cerita kat tv dalam supermarket tue, dia kata sy kedekut. Ada ka patut... sy kata kat dia, mak kedekut kat anak takpa, jangan kedekut dengan orang lain.

Kikikik.. jangan banyak komplen, pandai jer kata kiter kedekut plak.. sebut tv pon tak 'geti'.
~ LOL.. 'geti' tue pelat kami masa bebeudak dulu.. sepatutnya reti, pi sebut geti. Kalau masa main tue, bergaduh masing-masing kata... bukan macam tue lah, hang tak geti.

Si Ishak nie selalu tanya soalan yang sama. Cakap 'geram aku' boleh tak mak? Mungkin kawan-kawan dia di taska guna perkataan tue, bila geram cakap geram aku. Sy memang pantang bebudak bahasakan diri dengan perkataan aku.

Tiap-tiap hari dia akan tanya, cakap aku boleh tak mak? cakap geram boleh tak? Lepas tue dia tengok mainan dia & melalut tanya.. cakap mainan boleh tak mak? ermm cakap kereta boleh tak? cakap pistol boleh tak? cakap bola boleh tak?

Tak ker kau letih? Rasa macam nak buat-buat pitam jer.

Baju raya korang dah ready ker? Kalau belum azimaDIYshop ada jual baju raya...
~ ehhh terpromot plak!

Baju raya sy tahun nie :
~ baju-baju yang mana reject
~ baju-baju yang mana salah bikin
~ baju-baju yang mana daripada kain perca-perca
.............. kisah sedih di hari raya :(


Bila cerita pasal hari raya, giliran raya sy tahun nie di Klang. Kami gilir-gilir balik raya.. kecuali raya tahun arwah mak sy meninggal. Sy raya puasa 2 kali berurut-turut dengan tahun sebelumnya di kampung, sebab masa tue sy ingin sangat berada di sana & bagi kakak-kakak semua happy sikit.

Kami ramai perempuan, kalau time raya nie lah yang best. Semua pakat tolong sorang sikit. Kecuali abang sy, dia dah kawin & ada family sendiri.. & yang bongsu, lelaki, tak berapa boleh harap :p

Salah satu tugas masa rasa, keluarkan pinggan untuk pakai masa raya.. basuh buang habuk & tirap. Pinggan-pinggan nie arwah mak sy letak atas para di dapur dan dalam almari di rumah atas yang nie...



Jadinya sy & kakak sy yg tua setahun daripada sy tue lah punya kerja. Dia keluarkan & susun atas tangga rumah ... sy pulak ambil dari tangga bawa ke bilik air untuk cuci. Yang atas para, dia panjat & angkat dari para.. dia sua..
~ sua nie maknanya hulur

.. dia sua kat sy & bawa masuk bilik air. Mana periuk, belanga, senduk, sudu... semua kena cuci dulu. Rumah orang dulu-dulu, macam nie lah.. dia kalau boleh nak cukup lengkap semua, senang kalau nak buat kenduri, senang kalau anak cucu nak berkumpul, katanya.

Tapi masa tue kan kanyiaq lagi...
~ kanyiaq nie, budak-budaklah.. tak matang lagi

.. basuh pinggan pon kena bahagi-bahagi jugak.

Pinggan-pinggan tue dia beli duit daripada ambil upah mengerat & menanam pagi. Sy masih ingat.. kalau arwah mak beli pinggan mangkuk yang baru, dia akan sorokkan dulu. Kemudian, sikit-sikit dia akan bawa keluar... bila abah sy tanya bila beli? Dia akan cakap, nie dah lama dah beli nie.. abah hang yang tak perasan kot :p

Dia sorok bukan sebab takut abah marah pon, arwah mak beli pakai duit sendiri.. tapi abah suka tegur, pinggan kalau tiap kali beli, buat perhiasan bubuh dalam almari.. hari-hari biasa tanak pakai :p

Barang-barang yang arwah punya jarang bersentuh. Bunga straw tuekan lama dulu mengamuk orang dok buat... tapi sayang nak buang. Atas almari tue, kami letakkan al-Quran & jahama..
~ jahama = muqaddam..

.. masih teringat lagi, lepas maghrib.. sepupu-sepupu sy datang rumah.. kakak sy mengajar mengaji. Masuk rumah, masing-masing ambil bantal di bilik & letak bantak beratur memanjang. Mula-mula mengaji dulu.. nanti baca depan kakak sy, kalau dah lancar dia ubah.. kalau belum dia komplen itu ini :p Seronok betul masa dulu.. tapi kami dulu lambat boleh sikit kalau mengaji....

... ada sepupu yang sampai dah mai period pon dok jahama gak lagi. Mana taknya, mengaji tak tara mana, brob briaq... brob briaq bersembang ajer yang lebih. Hehhehehe....

Tuesday, June 14, 2011

kenangan yang bukan sedikit.

Assalamualaikum...

Sy dah tutup untuk kelas jahitan yer, sy nak menjahit baju.

Sy nak beletiaq lah sikit hari ni. Tapi sy kalau beletiaq kena guna bahasa utara, baru lancar sikit hohohoho.

Ramai yang nak join kelas tapi timimg yang hampa aim tue tak betoi. Kami sebagai tailor nie, time-time raya nie nak pulun menjahit. Masa la nie jangan kata hampa nak join kelas, hampa nak tempah baju sehelai pon kami dah tutup.

Jadi, faham-faham... nak join kelas & belajar dengan tenang, awal tahun tue plan siap-siap. Senang nanti... by the time nak raya, hampa pon dah cukup skill untuk ambil tempahan dah. Bukannya esok nak raya.. hari nie baru nak belajar.

Ramai yg nak join kelas jahit tapi sy tolak. Lepas raya nanti sy bukak balik. Untuk pengetahuan, tahun nie tempahan baju pon sy tak ambil.. sy jahit baju ready made /custom made tue saja. Hat mana sedara-sedara nak upah pon sy tolak, tapi sy dok promote baju lycra tue jugak kalau nak sy jahit baju.. kihkihkih.

Bukan aper.. malas nak pening-pening kepala. Lycra nie kalau kena gaya & tahu cara... senang nak jahit.

Hari nie kita nak cerita apa? Semalam dari petang, pening kepala... pukul 8 malam sy dah tidur. Mengantuk pon sama, radho tidoq yang malam sebelum-sebelumya tue.. jadi hapa satu tak jahit.

Kampung sy, agak jauh dari jalan besar. Jadi kalau nak beli barang-barang basah atau nak naik bas ke sekolah atau ke pekan Bagan Serai, Taiping.... kena naik motor keluar daripada kampung. Jadi, motor nie boleh kata pengangkutan utama kat dalam kampung.

Kalau di kampung, boleh tengoklah bebudak kecik lagi, lom bersunat pon lagi dah pandai naik motor :p Kekadang kita tengok pon seriau, motor besar daripada orang.. tapi naik motor menyerit laju.

Antara sy & kakak sy yang tua setahun daripada sy tue, kakak sy lagi cekap bawak motor. Tapi saiz dia kecik daripada sy. Jadi kalau nak naik motor dia tak bagi naik motor sopan-sopan tue, pijak, pegang bahu & celapak naik. Dia tak mau lagu tue... dia suruh kangkang naik macam tue saja.. hohoho.

Bila motor dah jalan.. kita nak enjak punggung, nak pebetui duduk pon dia tak bagi, dia kan kecik, kita kan besar, dia takut melelong motor. Kita nak pegang pinggang pun dia tak kasi. Geli... jadi kita nie, duduk-duduk ja atas motor, duduk dendiam... bila langgar bonggol & terentak, punggung terenjak ke tepi... kita enjak, kemut sikit-sikit lah bagi balance balik duduk. Kahkahkahh... takut melelong motor & takut kena cubit.

Dalam family sy semua tahu naik motor, kecuali arwah mak sy. Sy masih ingat lagi, masa tue sy kecikkk lagi.. arwah mak pernah belajar naik motor, tapi pi pulas minyak banyak sangat... terus menyerit langgaq pagar rumah. Taubat dah nak belajar lepas tue... jadi, nak kemana-mana kami nie lah yang jadi tukang hantar dia.

Abah sy dia pakai motor nie...



... dulu kaler hijau. Banyak berjasa sungguh motor nie, masa kecik lagi & tak tahu naik basikal.. naik nielah pi sekolah. Kalau hari hujan, kakak sy kat belakang.. sy di depan & menyorok bawah baju hujan. Sy tak suka duduk belakang bila naik motor nie.. tak reti nak letak kaki. Nak biar tergantung, buruk betul rupa. Nak letak ke sisi tue.. dah tak sampai kaki.

Vespa nie, kalau misal kata minyak dah nak habis... kena sengetkan motor & baru start. Kenangan tue.. masih teringat-ingat lagi, kenangan yang bukan sedikit. Sy & kakak pernah cuba belajar naik motor nie. Motor Vispa nie kan ada clutch, tapi kami belah utara... telah mengutarakan perkataan tue & menjadi kelaih :p

Masa tue kecik lagi, kaki pon tak sampai.. tapi nak jugak tuh. Start motor & bila gear 1 boleh jalan, masuk gear 2, enjin mati. Orang lalu nak ke bendang dok perati ajer... buat malu. Punya belasah sampai melecaq betis, mana taknya.. masuk gear 2 mati, masuk gear 2 ajer mati.

Ituhari masa di rumah sy sendiri, bawa anak-anak jalan pusing naik motor... anak-anak sy hairan, mak boleh bawa motor? Boleh la sikit-sikit, walau kaki tak sampai tanah, tapi kalau nak rempit tue boleh, tak der hal. Nggeee...

Monday, June 13, 2011

kempen ikut muka sapa...

Assalamualaikum...

Hari nie dah start balik sekolah. Selalunya kalau anak-anak dah kembali ke sekolah, ibu-ibu yang penat menyiapkan kelengkapan itu ini. Tapi di rumah nie, abah dia yang menyiapkan. Iyer... sy mengaku.

Sy selalu terkedu kejap bila ibu-ibu yang lain bercerita tentang hal-hal sekolah. Contohnya, ada ibu kepada kawan anak sy telefon bertanyakan tentang jadual hari ganti sekolah misalnya. Atau kengkawan bertanyakan pasal sabun cucian untuk baju sekolah misalnya...

.. ya, sy ibu yang tak sempurna.. sy tak membuat semua itu.

Kalau ditanya kenapa, sy percaya jawapan kepada soalan itu masih belum cukup untuk membela sy, belum cukup memadai.
~ laling tqvm.. temah dah hutang banyak untuk ini :(

Anak-anak sy sekarang, depa pakat dok kempen ikut muka sapa. Idris, iras wajah dia lebih kepada abah dia, wong jowo & Ishak lebih kepada sy, muka melayu :p

Bila depa jalan, depa nak pegang tangan orang yang sama muka dengan depa. So, nak jalan... abah pimpin tangan Idris. Sy kena pimpin tangan Ishak lah. Buat apa pon nak kena macam nie.. nak tidur, nak suap makan, nak duduk dalam kereta, hatta nak mandikan pon sama. Kalau tidak.. hat sorang juara menangis akan menangis, hat sorang juara merajuk akan merajuklah.

Macam-macam idea depa nie...



Sy baru dapat anak buah perempuan Jumaat lepas. Masing-masing dok kempen jugak ikut muka sapa. Hat sorang kata macam abang dia.. kebetulan abang debab, yang baru keluar nie pon bolatt jugak. Yang tengok mulut conget, kata macam mulut sepupu dia pulak.

Lepas tue pi snap pic baby tue ada lesung pipit... sorang mak sedara nie pi claim macam dia pulak, mentang-mentang dalam family dia sorang jer ada lesung pipit. Nasib baik sy tak ada pada masa tue.. kalau tidak sy boleh provoke, elehhh lesung pipit pon ada sebelah ajer, itu pon nak bising... hakhakhakk.

Adik ipar sy kata putih baby tuh... sebelum orang lain claim, baik sy chop cepat-cepat. Haa.. yang putih tue ikut acik dia nie lah! Kehkehkehh... putih kater kooo, geli ketiak.



Friday, June 10, 2011

BLOUSE 2 in 1~ for SALE

Assalamualaikum

Sy snap-snap balik blouse 2 in 1.. baru semangat sikit nak tunjuk :p

Cara pakai:










~ biru kelabu, saiz S, AVAILABLE


~ dark chocolate, saiz , AVAILABLE


~ dark purple, saiz M, AVAILABLE

RM 50.00 tak termasuk poslaju~ ada FREE GIFT

Thursday, June 9, 2011

~ che jah, si full body mannequin.. bikin lari bajet!

Assalamualaikum...

Ituhari, kakak sy bagitahu.. kawan dia komplen, katanya baju yang sy snap tue tak puas, tak nampak muka. Nak buat macam mana.. kalau tunjuk muka selenge sy, lagi lah tak puas. Kakakakaa... dia suruh beli patung. Sy kata kat dia, kalau nanti aku dah beli patung, kawan hang tak beli baju.. siap, saja jer gertak sebenarnya.

Sy memang ada keinginan beli jugak, sebab sy fikir kalau nak serius.. biar complete semua bagai. Tak lah orang pandang lekeh & kita pon jadi makin bersungguh. Harga patung full body sy dok survey kat internet dalam RM 250.00 - Rm 350.00

Sebelum balik kerja sy ke GM Klang, ingat nak survey harga kat sana plak. Dia letak harga sekoq RM 300.00. Mintak tawar dia kata kalau tanak rambut boleh bagi RM 250.00. Takdak rambut pon boleh la. Rambut palsu pon RM 50.00 ke atas kau... kirim salam jer lah, sy pakaikan tudung nampak gayanya.

Larilah bajet bulan nie.. dah la baru lepas jalan-jalan minggu lepas... hwaaaaa. Nanti sy kena selongkarlah cari apa yang boleh digadaikan :
- che senah, patung kepala sy tue.. dah ada full body kannn
- che shasha, mesin jahit high speed tue.. beli 2 bulan, tapi sy takut nak guna, takut tercabut benang, dah la sy lupa cara nak pasang benang.
- peder lama? tak kot, ada ker orang nak beli? kahkahkah...

... sedihkan marhaen, tak berharta! :p

Masa pasang, orang rumah sy pasang patung... sy tak tengok cara. Bila dia dah tidoq & sy nak cuba snap pic, aduhhh tak reti pasang tangan la pulak. Pelekoh sorang-sorang sampai peluh bercerau. Punya latah & menjerit wak wit, wak wit sorang-sorang bila sy pelekoh masuk tapi terlepas & nyaris jatuh...... 250 rat tueeeeeeee.

Letinya lah haiiiii.... lagi letih daripada snap pic baju pakai ke badan sendiri. Dah lah patungya tinggi melayup. Daripada pukul 3 pagi sy mengerjakan sampai pukul 5 pagi dok salin baju & snap... ahkak fancitttt!!


~ jubah aladdin, hitam, custom made, no bling bling, SOLD



~ kurung aladdin, hitam, custom made, SOLD



~ jubah aladdin, dark purple, custom made, SOLD


~ kurung aladdin, shocking red, readymade saiz M, AVAILABLE

..cuti-cuti mesia & anniversary wiiiii

Assalamualaikum...

Hujung minggu yang lepas, ahad pagi kami bertolak ke Batu Gajah.. kenduri abang kepada adik ipar sy. Kiranya depa langkah bendoilah.. tapi bendoi jantan. Adik dah ada anak satu, si Zikry tue lah. Takpa, nak buat cam mana... tapi nanti kampoi lebih sikit :p

Lepas gomol si Zikry lebih kurang... sape tak geram tengok abah dia dukung, baru bangkit tidoq, dengan mata kelat, sambil pandang orang buat muka mamai. Lepas tue pakai baju petak-petak macam abah dia pulak, macam dah besar sangat. Sy pelekoh la dia sampai rimas, padan hidung.... kan dah pesan, comel tue jangan tunjuk semua, cover-coverlah sikit. Nggeeee... balas dendam pon sama, dulu abah dia suka pelekoh anak kiter :p



Lepas kenduri, kami berangkat untuk check in 3h 2m di Alpine Village, Sunway City. Untuk agenda jalan-jalan cuti sekolah, jalan-jalan untuk reward diri sendiri & juga sempena ulangtahun perkahwinan sy dengan orang rumah sy yang ke 8 tahun. Dah 8 tahun, tapi kekadang sy suka tanya, kita dah kawen ekk? Nasiblah dapat partner yang gila-gila :p


~ ruang tamu..


~ dapur tapi tak ada dapur untuk memasak.. kalau datang family besar, parah gak :p

Petangnya santai-santai saja teman nangoi2 nie mandi kolam. Esoknya baru masuk Tambun. Tempat panas macam nie, sy memang dah plan nak pergi awal-awal. Awal sungguh sampai, siap tolong bukak pintu Lost World tue lagi...
~ acah jer :p


~ berendam sampai kecut siput :p

Dewasa RM 38.00, kanak-kanak RM 32.00. Berendam lebih kurang 3 jam, tukar baju kering & jalan-jalan dalam tue sampai pukul 3 lebih baru keluar. Balik solat & pergi rumah kawan sy di Kledang untuk hantar baju. Tengah bercuti pon sempat bizz lagi, LOL


~ apa barang kalau tak test mee rebus :p

Malam, pekena Mee Rebus Ramli. Sambil makan, sambil dok dengar cd ceramah Ostad Kazim. Syok & lajak sungguh.. berakar kat kedai sampai pukul 11 malam.

Esok paginya, nangoi nie mandi kolam lagi & tengah hari check out. Singgah Kellies Castle...


~ sayu ajer...


~ di kaki lima nie, ada yang claim pernah terpandang roh mendiang William Kellie berlegar-legar...


~ sy tak gamak nak panjat.. bukan dek kerana melihat tangganya yang berlingkar-lingkar hingga ke tingkat atas, tapi memikirkan berani sy takat siang ajer... malam nanti kang fikir yang bukan-bukan mulalah datang penakutnya tue :p


~ cicit dia, kot-kot berkenan.. boleh berkenalan.

..lepas isi NGV di Gopeng & bertolak balik. Nak bercuti pon dah bercuti, lepas nie kerja kerja kerja.. banyak baju yang tertunda :p

Friday, June 3, 2011

Elakkan kecuaian, elakkan menicah pelam :p

Assalamualaikum...

Ituhari dok bercerita dengan orang rumah sy pasal kes cuai. Nie rentetan kes kecuaian sy masa kat KLCC tue, bercerita membawak kepada kes wife orang dilarikan bersama kereta, siap menicah pelam, bergilir-gilir pulak lagi.

Aduhai, kesian sungguh. Umur muda lagi, gamaknya baru ajer kawin.. alih-alih dek kecuaian beberapa saat tue, menyesal tak sudah kan? Selalu dok tinggal kereta macam tue jer tak jadi pape, nie alih-alih benda nak jadi.. nuh?

Nie dok ia kan ajer, menicah pelam tue tau ker apa maksud?
~ :p rogollah maksudnya tue..

Sy ingat nak ke Ipoh hujung minggu nie, saja bawak anak-anak pi jalan. Dengan ini, dok set dalam kepala nie.. kena hati-hati lebih. Selalu kalau jalan dengan partner sy tue, sy selalu leka lebih.. pasai dok ingat superhero dok ada. Dia kan kuat, dia kan tinggi, dia kan gagah... harharhar.
~ ngggeee... laling temah puji u nie :p

.. so jalan pon sambil lewa. Sy akan lebih hati-hati kalau jalan sengsorang ajer. Itu peel sy :p

Central lock kereta tua sy yang buruk lagi bocor tue pon dah rosak. Nak betulkan balik, ituhari tak cukup bajet.
~ ahkak nangis... marhaen kater kooo!

... masuk dalam kereta, masing-masing pulun lock kereta dulu sekarang nie.

Sy dah dapat cari tukang jahit untuk sub jahit baju readymade sy. Sy boleh lah panggung kepala sikit.. kalau tidak jenuh kejang sy sengsorang :p

Semalam, jahit tak dan sudah 2 helai... sy dah rasa sakit rahang. Dah tua-tua nie, leka buat kerja pon tak boleh, suka ketap rahang. Last-last sy tinggal, susukan Ishak & tidur.


~ blouse 2 in 1, coffee.. blom letak bunga


~ pic ituhari, malas nak pakai & snap pic. yang bersepah kiri kanan tue baju tuk readymade.. dah siap nanti boleh pinang kalau berkenan :p