Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Sunday, November 25, 2012

... cara sy travel dengan anak2.

Assalamualaikum...

Masa balik kampung ituhari, kebetulan masa kami sampai ayaq banjir dah kerin, lagipun dah tak berhujan macam sebelumnya. Nasib kami langkah kanan... kalau tidak jenuh.

Langkah kanan lagi pasai balik kampung kena dengan musim durian. Musim durian syok pasai boleh dapat buah durian yang baru jatuh dari pokok... harga pun murah lagi lah. Kalau tidak nampak plat kereta selangor & buat pulak cakap key ell... boleh lah nak terkena, dah la kami nie tak pandai tawaq.

Balik kampung juga, sy ada customer nak ukuq baju & kebetulan kerja kat sek rendah sy dulu, jadinya sambil menyelam sambil ambil peluang snap2 pic keliling sekolah.

Sy dok aim satu toilet yang dulunya ada sikit2 unsur paranormal disitu.....ada sorang budak nie sebaya kami, selalu kena soqok dek hantuuuu...
~ halamakkk mula sereeem bulu roma, dah la depa semua dah tidoq & nak dekat  4 pagi dah nieeee

...tengok ke tandas tue kemudian pandang ke atas tengok apa ada.... tetiba bila sy pandang ke bawah balik kannnn... kat toilet tue ada yang senyum kat sy.

... tanjat gegurl!!

Kecut perut... ingatkan entiti ker hape, cleaner kot. Bila dengaq kami dok bersembang dia keluaq tengok & senyum. Agaknya tengok kami beria2 snap pic bagai...

... tapi kesian kat budak tue, memang dia pendiam masa sekolah dulu, sy masih ingat lagi rupa dia.


~ pic snap dengan anak2 semua kami sorok... muka masing2 belemoih :p

Cerita ceriti kat kampung macam biasa jalan2 & makan2... tapi sy nak kongsi cara sy travel dengan anak2. Kalau ada baby atau tak baby pun boleh. Macam nie lah sy buat bagi tak letih nak jaga depa dalam kereta.


Idris duduk depan & baringkan kerusi sampai habis ke belakang, di belakang letak tilam & barigkan Ilyas... dulu Ishak baring kat situ,


... la nie dia terpaksa berhimpit duduk ngan sy kat sebelah, walaupun kami pakai hummer..
~ hummer tue.... serius sy tipuu :p :p

... boleh jer suruh dia tido kat belakang, tapi kesian pulak sorang2. Kerusi depan baringkan sampai habis pasai tanak bagi anak yang tido di belakang tergolek jatuh. Kalau dah selamat macam nie... mak boleh lah bajet sambung tidoq.


Sy selalu travel balik kampung awal2 pagi... selalunya sebelum subuh jadi depa tengah nyenyak tido. Let say kalau dah siang & ada cahaya matahari masuk sy cover macam nie... tapi selalunya sy guna tuala. Suka sangat buat macam nie... macam pondok2 :p :p lepas tue mula lah pikir, kalaulahhhh sy boleh muat tidoq sekaliiii :p :P


... kalau tuala tue melendut tutup muka anak, sendai lah dengan apa2 kat hujung kepala tue. Dan misal kata kalau travel tengah hari panas... sy akan ambil botol air spray yg sy selalu standby untuk cebok anak kalau darurat, & sy spray tuala tue bagi lembab2... anak tak panas sangat.

Selalunya, kalau sy buat lagu nie... hsbn sy akan kata : tengok mak hang, buat macam2...punya lah nak jaga hampaaa! LOL

Sayang anak2 satu hal... sayang pinggang satu hal, kalau asyik nak riba baby, mau patah riuk pinggang.



0 comments: