Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

Loading...

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Wednesday, August 29, 2012

... raya 2012

Assalamualaikum...

Selamat hari raya aidilfitri, maf zahir dan batin... harap2 valid lagi ucapan2 raya nie walau raya dah berbelas hari :p

Raya sy tahun nie kat klang, raya ke 3 baru balik kampung sy. Masa raya macam tak raya, raya di rumah MIL tapi kami still bermalam di rumah, siang beraya.. malam balik rumah.  Kawasan apartment sy nie pulak macam perumahan tinggal, sunyi jer malam-malam.

Tapi kalau ikutkan raya di Klang lagi banyak berjalan, masa kat kampung ituhari sy pergi rumah kakak & abang jer, mak-mak sedara semua tak pergi. Pasai masing-masing ajak pi kenduri lah, rumah kawan lah... dengan sy pulak rasa sengkak perut semacam... tak ingat lain dah, dok ingat ada yang bersalin dalam kereta plak karang :p

Agak menariknya raya tahun nie tak ada pic raya pun... kiranya mood beraya memang tak ada nie :p yang ada pic anak2, anak2 buah & makanan saja LOL.

Hari raya ke berapa ntah, kami berkelah kat rumah abang sy... menu kami, macam biasalah lah, ikan keli bakar, ayag asam... & ada tambahan kerabu pucuk bebuas, sambal tempoyak. Lepas makan nasik & lincin semua, sy pi snap lah pic...



....sedar-sedar jer pinggan sy dah hilang. See pinggan sy dah tak dakk, mana pi??? kekekkeke

Punya makan sampai ketat perut, snap-snap pic sampai tak perasan pinggan sy, adik ipar dah angkat bawak ke sinki. Yang kelakarnya... makan dah petang sikit, semua pakat lapaq.... tak dan dah nak cari sudu2 bagai... ada senduk nasik & tomyam...sauk pakai senduk ja, tak dan dah. Hat peruk tue saja nak tunjuk... tapi jangan tertipu...bukan itu satu saja, ada lagi satu periuk besar lagi nasik. Nie baru bebetul perut melayu namanya! LOL

Raya di utara memang tak ada menu nasik2, ramai yang jamu ketupat bagai, laksa & mee yang berkuah... tapi kalau raya banyak rumah.... perut boleh meragam. Tambahan pulak kalau ada yang jamu bihun sup & sambal kicap, ciria biria nanti pasal tak kejap perut, tak makan nasik. Itu yang bila dapat nasik dia jadi macam kebulur sakan tuh :p

Oklah... sy baru plan nak menjahit lapik meja utk rumah sendiri, see kesian kan? Untuk diri sendiri, waktu kecedraan macam nie baru teringat nak jait. Due date sy awal bulan oct nanti tapi sy plan nak bersalin ikut 'tingkap' jugak tahun nie, so 25 sept i'allah masuk OT, doa2 kan sy yer :)

2 comments: