Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Thursday, December 8, 2011

.. LOST!

Assalamualaikum

Tup-tup timbui nuh? ingat kot lupa password :p


~ antara yg hadir

Weekend lepas, sy sempat join kelas jahit blouse & kaim kembang. Ada yang tanya sy, dah tahu jahit, kenapa join lagi... alamakk salah ker?

Kita join pasal kita nak tengok cara tok guru yang lain pula. Tengok cara, compare2 & select the best... sebab menjahit nie praktikal, bukan teori yang kita baca, kita hafal & habis takat tue.

Praktikal.. harus dipraktik dan untuk dipaktikkan tue ada pelbagai cara, lagi banyak tok guru yang kita menuntut, lagi banyak cara kita tahu... dan kalau jumpa cara yang paling simple itu yg kita nak.

Tapi sy ada jugak jumpa beberapa orang yang menuntut banyakkkk tok guru, tapi kemudian dia LOST!

Sy rasa nie bukan sebab terlebih menuntut, tapi asas dia tak kuat. Contoh ekk, setiap tok guru ada formula & cara dia sendiri untuk buat pola. Formula berbeza tapi kesudahan dia sama ajer... kalau tak sama pun..... lebih kurang sama. Bila asas dia dah tahu macam mana nak buat, menuntut lah kat sapa pun.. dia tau kesudahan dia mesti sekian sekian.


~ cikgu tengah jahit pinggang kain... ini kain, sy yang punyer :p

So pandai-pandailah lepas tue nak guna formula yg mana satu... jangan kelam kabut. Bila ada banyak tok guru, banyak formula yg boleh pakai... dah dia jadi blur. Pakai lah mana pon sebab nanti result dia sama ajer.


~ sy ada simpan keinginan buka company jahit baju, ada pekerja sendiri & ambil tempahan secara borong... keadaannya mungkin macam nie. Tapi, itulah one fine day...

Ini kelas kedua yang sy join di Kolej Komuniti Klang, sebelum ini kelas tartlet & tiramisu bulan lepas. Tak boleh join selalu-selalu sebab sy kerja hari sabtu.

Kekasih sy kata join kelas selalu, nanti kena pangkah depa lah katanya... hepppp! Hat mana depa bagi kita ambikk, dana tue dari duit kita2 jugak. Tapi pasal pangkah hat mana tue urusan lain :p thehehehe.



2 comments:

Embroidery said...

Saya setuju dengan hujah cik Azima ni. walau dh pandai cam mana pun, ilmu tu adalah sesuatu yang berharga, tak ternilai..bukan pasal dah pandai buat apa nak belajar lagi. Saya pun masih ikut kelas menjahit..seronok menjahit ramai2 mcm ni. teruskan usaha yer cik Azima.

azima said...

ya che gaban... lagi kita belajr lagi kita tahu banyak benda kita tak tahu sebenarnya...