Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Thursday, December 1, 2011

bukannya comel tara mana ponnnnn

Assalamualaikum...

Dek kerana sampai Klang selasa lepas dah malam, makanya sy mintak tolong kekasih sy ambil BABY sy tue semalam. Bila pi ambik, uncle tue kata ada barang hilang & dia tak boleh repair, spare part pon tak tau ada ker tak.

Thread tension tue kan dia kena pulas ketatkan ke mesin jahit. Jadi untuk bagi peketat tue kena ada skru.. hat skru tue yang tak dak.

Dia kata, dia ada lah jugak cari kot-kot jahit dalam mesin.. tapi takdak. Tau dak pasaipa? Tue tanda menjahit ganas sungguh.. sampai terpacol habis skru! Kekekeke...

Habislah sy, dah la sy nak kena jahit baju. Makanya sy pun oder satu mesin jahit kat online, oder sejam mesin dah sampai ke rumah. Mesin yang basic ajer lah, tapi yang penting boleh jahit. Sy beli mesin jahit nie pun ada tujuan sebenarnya. Sesetangah orang beria-ia beli mesin jahit ribu-ribu, katanya yang itu bagus.

Tapi pada sy, tak bermakna beli ribu-ribu.. tapi jahit tak seberapa. Jadi mesin jahit yang ini, sy nak tengok berapa lama boleh tahan dan sy nak tengok berapa banyak dia punya pulangan hasil. Yang penting cermat bila guna...

.... semalam try jahit 2 helai baju, ok lah jugak. Cuma sy tak suka kalau isi benang kena bukak dari bawah. Sy lebih suka mesin jahit yang dari luar kita boleh tengok benang dia dah habis ker belum. Nak cucuk benang kena guna manual.. itu satu helah yang bagus untuk menguji mata sy LOL.

Ok balik cerita pasal kampung.. petang sebelum kenduri semua dah pakat berkumpul. Sy rasa bertuah, pasal walaupun arwah mak sy tak tak ada, abah sy pulak ada kehidupan dia sendiri... tapi kami adik beradik, kalau ada apa-apa semua pakat sekali. Alhamdulillah lah.. ini hikmah, bila orang dah tak ada.. kita lazimnya cenderung untuk lebih menghargai.


~ lauk kenduri...


~ ishak melayan zikry..

Sy yang malam sebelumnya tue mabuk ubat selsema, tak mampu dah nak buat apa-apa.. badan pun seram sejuk nak demam. Manakala kakak sy, tengah-tengah malam duk bilas pinggan & cawan sampai terlelap dalam bilik air. Itu yang buat sy sangat rasa tersentuh...

Lepas habis kenduri, esoknya masing-masing tegang urat betis, penat :p

Isnin, sy ingat nak ke rumah kawan sy, tapi kekasih sy sakit perut overdose makan durian. Sy tinggal dia kat rumah sorang :p ... ingatkan nak pi hantar kakak sy kejap ajer. Tapi bila depa semawa ikan nak masak kari ikan keli & ikan kaloi....


~ apa lagi, rejeki jangan di tak tolak :p


~ dapatlah merasa ikan kaloi...


~ cari durian dulu.. utk bawa balik :p

Esoknya lepas makan tengah hari, dalam 3 petang jugaklah baru bertolak balik. Sy buat lawak ajer memula tue kata nak bawa balik amani, rupanya ishak dia ingat sy bersungguh. Lepas salam semua & amani sy tinggal.. dia tanya kenapa mak tak bawak balik baby amani, baby amani kan comel? Sy bilang amani isap enen mak dia lagi, nanti kita oder baby satulah :p Tutup pintu kereta, dia tanya dah... dalam perut mak dah ada baby amani ker? Kuikuikuiii...


~ omotnyaaaa omell nieee...

Bila dia sengeh, sy bilang pada dia... tak payah la buat muka macam tue, bukannya comel tara mana ponnnnn. Dia ingat sy agah dia... lalu sengeh lagi. Bila dia pakai baju pink.. sy provoke dia bilang baju dia tak cantik sangat punnn.. termasuk jugak hair ban, yang sy claim kain perca apa ntah pi letak kat kepala..

.... kikikikik, bukannya comel tara mana ponnnnn :p

0 comments: