Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Tuesday, November 17, 2009

Musim hujan, peram, mengeram..

Assalamualaikum..
Cam mana hari nie? Dah berapa hari hujankan? Tadi sempat jenguk di tingkap, matahari dah nampak cerah hari nie...

Apa cer? (cer read: cerita, sy terikut2 word tue bila syik baca enovel remaja di internet ~ ehemmm.. orgnya remaja sangat kah :p)

Lagi sekali..

Apa cer orang belah2 utara sana.. belah2 Kedah, belah2 Bukit Merah? Apa cer.. masih hujan ker hari nie? Cam mana takat air Kolam Bukit Merah? Merbahaya kah? Dah bersiap sedia kah nak berpindah... tak pindah nanti, lagi banyak cer.
~prihatinnya.. ada jawatan kosong wakil rakyat tak bergaji, mai habaq sini..

Musim2 hujan nie jangan tanya apa cer lah. Sejuk, lembap, dingin.. selalunya tak produktif. Ya, selalunya lah... asik bergumpal ngan selimut, 'mengeram' 24 jam sebab sejuk... mmg lah sungguh tak produktifnya.

Sy? Bangun subuh.. kena2 air jer, haduuuiii ketaq. Ishak minta menyusu, mak dia ambil berkat tido seround lagi, tambah2 office dekat pulak tue thehehehe.. lajak, lajak & lajakkk ajer... liat sungguh!

Yg ketara tak produktif musim2 hujan nie.. posmen. Pos register klang ke banting sampai seminggu. Geram tauu.. depa mengeram sungguh2 musim hujan nie. Hari nie dah mula cerah.. pos register klang ke PJ dah laju plak... +- 2 hari ajer.





Haiiiii... musim hujan, peram, mengeram nie.. tunjuk baju gegirl, dah 'berisi' kah?
Ngeeee :p nak tunjuk jugak projek mengeram satu masa dulu nie.. dah berapa tahun terperam.

Selalu kengkawan yg mana jumpa balik/ terjumpa di facebook & friendster, depa heran. Macam mana bleh menjait2 bagai nie. Semua org ada air tangan sendiri, ada kebolehan sendiri.. yang sini kurang, kat sana plak lebih... cam tue lah.

Dan baju smocking nie sy buat based on internet & contoh baju smocking... tak belajar mana2. Kekadang satu benda tue bila kita pandang, dah dapat dah agak2 /dapat idea depa buat lagu mana...
Cam mana nak dapat idea tue & cam mana boleh datang?
Wallahualam.. idea dari Dia & jugak minat. Tak der minat, aper pon tak jadi jahhh..

0 comments: