Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Wednesday, November 25, 2009

Macam2..

Assalamualaikum..
Cam mana? dah siap pack baju utk balik kg? Kalau dlm perlumbaan dah kira sedia dah nie.. tunggu esok ajer & semua menyerit balik kampung.. menyerit tue bahasa utara, maksud ermm lebih kurang cam menonong dengan laju lah..

Tak bagi sy.. sy tak menyerit balik kg utk Aidiladha kali nie. Beraya di sini dan paginya serbu rumah MIL.. ermmm utk beraya & utk 'minta makanan'. Bertuah sungguh menantu! sepatutnya menantu yg bagi mak mertua makanan.. kehkehkehh.

Raya haji tak meriah la kat sini.. & kat kg pon sama. Nak balik kg, cuti satu hari ajer... AL dah habis, pon dah dekat ngan tarikh kenduri adik saya. 'Kering' gak kalau balik selalu2.. ngeeee

Tegah dok gentel folded roses utk bekas hantaran adik sy skrg nie. Lama sungguh tak 'bermain' dengan reben2. Idea baru mari sikit2... tak berapa nak nampak cerah lagi. Tapi sikit2 dah nampak. Bajet mmg bajet utk kasi lincin reben2 yg ada. Konsepnya macam terbangun di mlm hari.. tetiba terasa lapar & kita 'masak-apa-yg-ada-dlm-peti sejuk'. Tatau la apa hasil, aci main tarukk tapi harap2 menjadi!

Kekadang kena gamble & kasi redah... buat dulu jangan fikir hasil. Baru thrill! Itu kalau menjadi... kalau tak jadi, mamfuss thehehehee..

Sekolah dah mula cuti sekolah dah ekk... org tak der anak sekolah cam sy nie, mmg tak alert sangat pasal cuti2 sekolah. Yang perasan dah cuti sekolah, bila tengok meja nasik lemak kak ita dah siap tersimpan. Hai merempat ler cari sarapan pepagi sementara nak tunggu bukak sekolah balik.. huhuhuhu.

Cuti sekolah, kenduri pon meriah... baju nak pergi kenduri pon nak kena ready lah sesikit. Kain dah ada... masanya tak ada ~alasan tuh! Tapi bila terpandangkan contoh sulam kristal kak ain utk kelas sulaman manik & benang dia tue....



Automatik mentol atas kepala sy nie berkelip lip lap lip lap... idea suda mari, sudah mariii. Nak kena jait jugak kain sut merah sy tueee.. nak bagi lawan ngan bunga kristal oren tuh.

Masa ambil pic sulam kristal nie.. kak Ain kata, 3 org nie blom pernah letak pic dorang dalam blog. Kesian kat depa katanya.







Nak ambil pic.. ala2 malu plak, sy gempaq kata malu2 sangat.... nanti sy bubuh dlm ruangan mencari jodoh, baru tau ngeeee. Kebetulan ketiga2 nama sama... semua linda.

0 comments: