Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Tuesday, August 25, 2009

FAQ.. la pulakk! SY MASIH TENGAH EDIT2 LAGI...

FAQ la plak lagi kan.. bagi nak melengkapkan/merungkai sesegala persoalan. Kekadang soalan yg sama ditanya banyak2 kali. Nak kata berbuih tue tak der la kan.. takat buang kredit reply SMS n leceh nak menaip jerk la :P ~ memandangkan leceh (read: pemalas) nak type SMS... sbb sy tak suka guna shotcut2, makanya bila nak menaip kena pepanjang.. tarik masa. Bila dah kat office tue tau lah.. keje tak buat, asik dok reply SMS ajerr.. nngggeeeeee

Ok.. FAQ ~

1. Kalau beli nota nie, org yg tak ada asas langsung menjait.. boleh faham ker azima?

Nggeeeee.. cam gitulah rentak soalan dia. Well... back to zaman sekolah dedululah.. ada yg cerdik, ada yg kena usaha sikit.. malah ada yg benak kena ketuk tangan pon ada ~ mengaku : pernah kena libas tangan masa sekolah rendah dulu :( Jadinya, based on ur speed / pick uplah... tak boleh jawap pukul rata. Tapi bagi yg nak tgk nota jahitan sy, formatnya cam mana.. boleh tgk nota jahitan FOC blouse Bella di http://azmaildani.fotopages.com/?entry=1531035 . Kalau tgk yg tue boleh faham, i'allah lah boleh faham nota2 sy tue.. semuanya ikut format yg sama. Tapi kalau basic tak ada, janganlah masuk gear 5 terus... cubalah kurung ker, kurung kedah ker kan?

2. Kalau nak beli nota u nie cam mana? Ada jual kat kedai2 mana2 tak? atau nak kena kirim duit?

Nggeeee lagi... sy punya nota, blom terfikir lagi di cetak n edar di pasaran. Jadinya nak beli kena direct beli ngan sy... dan jangan guna jalan lama nak kirim2 duit bagai, highwaykan ada? Internet banking boleh, masuk ikut cash deposit machine boleh.. apa lagi, direct terus bayar di kaunter2 bank boleh, nak COD by hand pon boleh.

3. Kalau masukkan duit ikut cash deposit, abis kalau beli nota amount RM 47.00, mana boleh masukkan RM 47.00 kan?

Nggeeee... bank in ler RM 50.00, sy pos balik ler balance tue karang. Yg mana balance lebih banyak tue, bagi no akaun MBB atau CIMB.. nanti sy transfer balik nanti, bukan duit sy.. i'allah sy tak 'makan'.

4. Kalau kena bank in dulu, nanti dapat ker nota tue?

Aduhduhduhhhh.. memang gitulah adat berniaga di internet. Buat payment dulu, baru dapat barang. Serasanya.. lom pernah lagi yg claim tak dapat nota. Kalau lambat tue maybe dia tak ada dirumah masa posmen datang n kad daripada pos pon tak dapat.. so tunggu punya tunggu punya tunggu tak dapat2. Last2 return balik kat sy, kenalah bank in sekali lg duit pos n sy poskan balik. Ada satu kes... oder sebelum puasa, sampai dah raya.. baru claim tak dapat nota. Cam mana nak tolong tue? Term 14 hari sajer..

5. Kalau beli nota nie... nanti kalau tak faham boleh tanya azima tak?

I'allah bolehhh... ada 2 cara samaada email atau YM (YM nie limited, office hour n tgk masa free.. kalau byk keje tinggalkan mesej n nanti bebila sy free sy reply) Mintak tlg sesangat.. jangan call kalau nak tanya soalan, sbb sy jenis buat aper benda mesti nak kena bertulis n nak menjawap pon kena bukak nota (read : pelupa!) .. so bila call n nota tak ada depan mata, mmg masalah. Dan cara tanya soalan pon kena spesifik, bagi nota no berapa, page berapa, step berapa.. point sekian-sekian... baru sy clear n nak explain pon senang.

6. Azima, sy nak oder nota dewasa bla bla bla... dan nota kanak2 bla bla bla bila boleh dapat?

Bolehhhhh... nota i'allah ada. Tapi soalan tue 'tergantung' sesangat.. masalahnya nak bank-in nya bila? Kalau bank-in nya tahun depan, dapatnya jugak tahun depan. Nggggeeeee... mana bleh reply cam gitu! At least bagi tau bila nak buat payment.. so sy bleh bajet2 bila sy boleh pos. Bank-in hari selasa, i'allah khamis sy boleh pos... sbb sy pos hanya pada hari selasa, rabu, khamis.

6. Azima, sy nak oder nota bla bla bla, tapi nak minta pos pakai poslaju / pos express boleh?

Bolehhhhhh dan tak boleh. Boleh utk poslaju, tak boleh utk pos express. Kalau nak pos pakai poslaju... at least bagilah tau duduk kat mana (lokasi) sbb poslaju nie caj berbeza samaada semenanjung, sabah atau sarawak. Kalau pos express mmg tak boleh.. sape2 boleh receive, so sy takut hilang.. kecuali kalau oder pola tudung, hilang pon tak la ralat sesangat...

2 comments:

Villa 501 said...

maCam2 sOklan yaNg akaK teRima kaN...hihiih...MeriaH tOl kehidUpan aKak.. kaK, aDe taK yaNg miNtak resePi masakaN daRi akaK so faR??? hikHkhi... jOke je kaK ...

azima said...

so far lom lagi... memasak susah sikit, air tangan tak berapa nak menjadik :p